Ya Allah, kurniakanlah kami lisan yang lembut, basah mengingati dan mnyebut (nama) Mu, hati yang penuh segar mensyukuri (nikmat) Mu, serta badan yang ringan menyempurnakan ketaatan kepada (perintah) Mu.
Ya Allah, kurniakanlah kami iman yang sempurna, hati yang khusyuk, ilmu yang berguna, keyakinan yang benarbenar mantap.Ya Allah, kurniakanlah kami (din) cara hidup yang jitu dan unggul, selamat dari segala mara bahaya dan petaka. Kami mohon (Ya Allah) kecukupan yang tidak sampai kami terpaksa meminta jasa orang lain.
Berikanlah kami (Ya Allah) iman yang sebenarnya sehingga kami tidak gentar atau mengharap orang lain dari Engkau sendiri. Kembangkanlah lembayung rahmat-Mu kepada kami, keluarga dan anakanak kami serta sesiapa sahaja yang bersamasama kami.
Jangan (Ya Allah) Engkau biarkan nasib kami ditentukan oleh diri kami sendiri, walaupun kadar sekelip mata atau kadar masa yang lebih mudah dan cepat wahai Tuhan memperkenankan doa (perkenankanlah).
Selawat dan restu Allah untuk junjungan kami Muhammad, Nabi yang mulia, kepada keluarga Baginda dan para sahabat Baginda amnya..
Aminn..
No comments:
Post a Comment