Monday, October 12, 2009

Kasih Dan Cinta Dalam Islam

"Syair Arab menyebut, apabila seseorang yangbercinta di tanya, "Apakah kau menyintai atausedang bercinta dengannya?", makadijawabnya, "Oh, tidak...kawan sahaja atau apasahaja alasannya," Ketahuilah dia seorangpasangan KAZZAB (penipu)

"...Rasa hormat adalah asas penting menjalinhubungan cinta yang suci sesuai dengan aturanAllah swt. Hormat kepada perintah Allah, ajaranRasul serta hormat ke atas hak dan maruah diantara pasangan amat dititik beratkan ke arahsatu hubungan yang berkekalan.

Seorang lelaki yang jujur terhadap cinta dan kasihsayang yang terjalin terhadap seorang wanitatidak sewenang-wenangnya menyentuh tanganwanita atau memegang erat tubuhnya. Wanitabukannya objek yang boleh diperalatkan.

Jika ini terjadi, seorang wanita perlu berfikir,apakah pasangan seperti ini mampu melindungidan menjaga maruahnya apabila berkahwinnanti?Jika hari ini haknya tergadai kerana seorang yangdinamakan kekasih, apa kesudahan yang bakalberlaku satu hari nanti?..."









Istilah cinta amat popular dan menjadi satuungkapan setia di bibir-bibir remaja yangmenganggapnya satu kalimah suci dan bererti.Ada yang berbangga memiliki seorang kekasihyang setia dan mula memasang angan-anganuntuk mendirikan rumah tangga bersamapasangan pilihan.Fanomena ini berlanjutan dari bangku sekolah lagi malah adakalanya membawa kepadasesuatu di luar jangkauan.

Cinta perlu difahami. Semestinya seorang remaja perlu memahami kehendak dan definisi yangtepat.Tanya pada diri, sama ada cinta hanya sekadargelojak perasaan serta rasa tertarik antara satusama lain cukup untuk menjelaskan maksudnya?Di dalam artikel bertajuk Hakikat PercintaanDalam Islam, rasa hati yang dinamakan cinta merupakan satu perasaan yang semulajadi dialami oleh setiap insan baik muda mahupun tua.Allah telah menganugerahkan manusia naluriuntuk meneruskan keturunan (salah satunya,menyukai pasangan berlainan jantina) ataudikenali dengan gharizah Al-Nau'.

Ini merupakan salah satu naluri manusia dari yangtiga iaitu gharizah Al-baqa' (naluri untukmeneruskan kehidupan dan mempertahankan),gharizah Al-Tadayyun (naluri untuk menyembahdan beragama) dan gharizah Al-Nau'.Jadi adanya perasaan itu sememangnya sudahfitrah manusia dan perkara ini wajar dan tidakharam di sisi Islam.


Dalam keadaan ini, manusia perlu memahamikedudukan cintanya dan ke mana hala tujuseterusnya.Malangnya remaja hilang punca dan meletakkansatu kesimpulan yang mudah tentang hakikatcinta.Cinta perlu difahami sebagai satu rasa kasihsayang yang penuh rasa hormat, tanggungjawab,kesetiaan, komitmen, keikhlasan, bermaruah dan ada matlamat.


Jika ciri-ciri ini tidak ada dalam apa yangdikatakan sebagai cinta, maka hubungansedemikian sekadar satu permainan dan kepura-puraan sahaja.


Konsep cinta dalam Islam meletakkan satu aturanyang sistematik dan teratur tanpa mengabaikanhubungan antara manusia dan Allah.Atas dasar ini, Islam meletakkan cinta pada satukedudukan yang bermaruah dan bernilai baik bagipihak lelaki dan perempuan.Ke mana hala tujunya destinasi cinta remaja?Adakah setakat mengisi usia remaja danadakalanya putus di tengah jalan?Mungkin destinasi cinta remaja yang diingini lebihkepada konsep ala Barat yang disifatkan penuhromantis dan indah.

Mulianya cinta berlandaskan Islam kerana cintayang dibina bermatlamat. Kerana ingin mendapatkasih sayang tuhan, manusia sedia berkongsirasa cinta dan kasih sayang sesama insan.Kerana inginkan kasih sayang tuhan jualah,masing-masing ingin selamat-menyelamatkanantara satu sama lain dari segi hubungan dankehidupan di dunia untuk mengejar sesuatu yangabadi di akhirat.

Cinta yang dibina bukan cinta kosong tetapi cinta yang punya pengertian yang luhur dan hanyadapat dirasakan dengan jiwa yang bersih yangsentiasa mencari tuhan.


sumber: http://www.syok.org/portal/readarticle.php?article_id=3068


:: annurislam ::

8 Sikap Wanita Yang Disukai Lelaki


Wanita Solehah Perhiasan Indah di Dunia. Inilah salah satu persediaan kita untuk menjadi wanita yang disukai oleh suami. Banyak lelaki yg terpikat pada wanita yg bersikap keibuan, lembut, mengambil berat dan penuh kasih sayang. Wajah yg keibuan mampu membuat lelaki berasa tenteram ketika sedang stress, cemas dan gelisah dan senang hati ketika mahu bermanja. Jangan tunggu sampai melahirkan baru nak tonjolkan sikap keibuan. Setiap wanita ada potensi keibuan dalam diri masing-masing.

1. Keanak-anakkanDalam batas yg wajar, sifat keanak-anakan seorang wanita menjadi daya tarikan di mata lelaki. Mereka berasa terhibur dengan keletah anda. Tetapi tentulah bukan sifat keanak-anakkan yang melampau dan menyakitkan hati tetapi sikap keanak-anakan yang menyenangkan. Misalnya, kemanjaan wanita yangmembangkitkan naluri kebapaan dan kelakian lelaki. Wanita ceria membuat lelaki lebih berghairah.

2. Penuh PengertianSikap pengertian wanita membuat lelaki berasa dihargai dan diterima seadanya. Sikap ini tercermin dari perasaan mudah memaafkan,memilih waktu yang tepat untuk berbincang masalah dan sebagainya. Contohnya ketika lelaki melakukan kesilapan, wanita yang berpengertian tidak terus mengeluarkan kata-kata yang kasar atau menuduh bukan2 sebaliknya cuba mengerti duduk persoalannya.

3. MenghargaiWanita yang menghargai lelaki adalah wanita idaman lelaki. Berbeza dengan wanita yang suka diperlakukan dengan lembut, lelaki suka dihargai, dipuji dengan tulus ikhlas dan diberi kepercayaan. Penghargaan dari wanita membuat lelaki berasa bangga.

4. Menjaga PenampilanLelaki menyukai wanita yang pandai menjaga penampilannya agar sentiasa kelihatan cantik, bersih, kemas dan menarik. Penampilan yang baik menunjukkan wanita tersebut menghargai dirinya. Dia akan murah senyuman, pandai merawat tubuhnya, meningkatkan kualiti hidupnya dan memberi yang terbaik kepada dirinya. Dia suka dan bersyukur dengan dirinya dan secara tidak langsung memancarkan pesona yg menyebabkan elaki juga menyukainya. Apabila sudah berumahtangga, wanita tersebut terus menjaga penampilan dirinya dan kesihatan tubuh badan walau sudah beranak-pinak. Siapa yang tidak suka isteri yang masih kelihatan cantik dan ramping walau dah punya anak 3??

5. Pandai berbicaraLelaki tertarik dengan wanita yang pandai berkomunikasi dan boleh diajak berbual. Walau topik perbualan yang disukai lelaki berbeza dengan topik kegemaran wanita, wanita tersebut dapat mengimbanginya. Dia bukan sekadar teman berbual yang pasif, tetapi dapat memberi respon dan pendapat yang baik. Dia juga tahu menjadi pendengar yang baik, serta mengalihkan topik yang agak serius kepada perbualan yang lebih menarik. Lelaki juga suka dengan wanita yang suka bergurau dan pandai berjenaka serta boleh menerima jenaka lelaki dengan baik dan berfikiran terbuka.

6. Pandai Bergaul dan Menyesuaikan DiriWanita yang pandai bergaul dan menyesuaikan diri mempunyai nilai lebih di mata lelaki. Wanita tersebut tahu menghadapi orang yang lebih tua dan cara berhadapan dengan orang yang lebih muda. Apabila berhadapan dengan suasana yang baru, wanita tersebut tidak gentar malah cepat menyesuaikan diri. Dia mudah di ajak ke mana saja dan tidak kekok samada di bandar atau di kampung.

7. Menghormati Diri SendiriLelaki suka dengan wanita yang menghormati dirinya sendiri sebagai seorang wanita, bersikap sopan dan mempunyai etika. Wanita yang menghormati dirinya sendiri mempunyai keyakinan dan tahu apa yg baik dan buruk diperlakukan oleh seorang lelaki terhadap dirinya. Jadi dia tahu apa yg dia inginkan dan mahu elakkan serta menjaga maruah dirinya. Dia tidak akan merendah-rendahkan dirinya dan tidak akan membiarkan lelaki memperlakukan dirinya sesuka hati.

8. Simpati dan prihatinLelaki suka wanita yang murah hati, mengambil berat, simpati pada nasib yg susah, sayangkan kanak-kanak dan tidak memilih bulu. Kebaikan yang wajar dan spontan mencerminkan hati yang mulia. Ada kecantikan dalaman pada dirinya yang memancar keluar dengan indah & mempesona…

...Inilah sifat seorang wanita yang sempurna...


:: annurislam ::

Exam oh Exam

Buku-buku berselerak diatas meja. Nota-nota kuliah berterabur lari daripada susunan asalnya. Jadual peperiksaan menggantikan jadual kuliah yang dahulunya menghuni ruang kosong di bucu almari. Kawannya, si jadual ‘study’ bertenggek di sebelahnya sebagai peneman dan juga sebagai ‘reminder’ kepada si tuan pembuat jadual agar bersistematik dalam menguruskan waktu untuk belajar di saat-saat genting ini.Tarikh-tarikh di kalendar di pangkahkan besar-besar agar jelas kelihatan kuantiti masa yang sudah hilang.


‘Exam’ sudah semakin dekat begitu juga dengan cuti musim panas. Gundah bercampur dengan girang. Gelojak kedua-dua perasaan mula berkecamuk. Mengelirukan.Exam oh exam. Kenapa mesti wujudnya ‘exam’? Apakah rasionalnya ‘exam’? Dunia ini memerlukan ‘exam’ kah? Kenapa para akademik begitu taksub dengan istilah puaka ini sehingga terasa tersiksa pelajar-pelajar dibuatnya. Kesian mereka. Terpaksa mengharungi musim ‘exam’ seolah-olah mengharungi musim satu wabak penyakit. Ia datang dan pergi membawa segala macam jenis sindrom. Bagi mereka yang tidak tahan, lemah imun psikologinya, sindrom ‘stress’ dan kemurungan akan menghinggap seolah-olah taun yang merencam sistem pencernaan.


Malangnya, wabak ini wabak bermusim.Selagi berstatus sebagai seorang pelajar jangan harap ingin lari daripadanya. Kitaran ‘exam’ sentiasa berulang.‘Exam’ datang dan pergi tetapi perginya pasti kembali.Oh tuhan, apakah ada ubat! Apakah ada vaksin yang mampu mempertahankan diri ini daripada wabak yang menakutkan ini?Apabila datang musim ‘exam’ maka bermulalah wabak ini. Wabak ini begitu dahsyat. Semua pelajar pasti dijangkitinya. Semua pelajar pasti jatuh ‘sakit’. Ketika inilah ramai yang akan mula mencari Tuan ‘Doktor’.


Ramai akan mencuri segala ruang yang ada untu berbicara kepada-Nya merayu agar dihulurkan bantuan dan dipermudahkan ujian. Tuan ‘Doktor’ memang sudah lali dengan keterbiasaan ini. Keterbiasaan dimana diri-Nya hanya diseru ketika musibah mendatang.Namun demikian, rayuan bantuan yang dipinta secara ikhlas dan sopan pasti disambut baik oleh Tuan ‘Doktor’. Amat jarang sekali untuk Dia menolaknya. Tetapi, Tuan ‘Doktor’ tidak menghulurkan ubat seperti yang dipinta secara magik. Wujud dengan sekali hembusan mahupun mencul, entah dari mana, di telapak tangan secara tiba-tiba. Apatah lagi untuk melihat-Nya adalah sesuatu yang mustahil. Oleh sebab itu, ramai yang akan rasa kecewa. Tidak kurang juga ada yang rasa was-was, diracuni keraguan.


Walaupun begitu, usahlah kita kecewa, usahlah kita putus asa. Firman-Nya sahaja sebenarnya sudah cukup untuk melemahkan vektor jahat yang dibawa oleh wabak ‘exam’ ini. Percuma tanpa sebarang bayaran. Kata-kata yang diberi bakal menyembuhkan dengan keizinan-Nya. Namun, tidak memadai sekiranya kata-kata-Nya diambil secara bulat-bulat sebagai penawar. Ubat tidak boleh menyembuhkan tanpa ada usaha. Usaha mesti datang dari pesakit itu sendiri bagi melengkapi terapi yang dimintanya.‘Exam’ itu satu wabak dan wabaknya bermusim. Musimnya tetap dan datangnya dapat dijangka.


Oleh sebab itu, ada sahaja masa untuk kita bersedia. Persediaan mental itu sudah tentu perlu dan persiapan bekalan ilmu untuk menghadapinya itu pastinya wajib. Berilah apa sahaja ubat pun tetapi jika diri sendiri yang menempah bahana, jika diri sendiri yang lalai dan menjerumus kepada kecelakaan tiada siapa mahupun apa yang dapat membantu.‘Exam’ usah terlalu dirisaukan. Ya, ia memang satu wabak, satu perkara yang menakutkan. Tetapi, di sebaliknya ada manisan Rahmah yang menunggu untuk dihirup oleh mereka yang sabar dan yakin datangnya adalah satu ujian.‘Exam’ usah terlalu dirisaukan. Walaupun ia sukar, sukarnya ada satu pengajaran. Satu pengajaran bagi mereka yang angkuh dan bongkak agar mereka sedar hakikat sebenar menjadi seorang insan yang perlu kepada tuhan, yang lemah tatkala dihurung musibah.


Hadapilah ‘exam’. Jadikanlah ia sebagai satu kayu ukur. ‘Exam’ akademik, jadikanlah ia sebagai tanda aras kefahaman kita terhadap sesuatu subjek. ‘Exam’ kenaikan pangkat, jadikanlah ia sebagai indikasi dedikasi kita terhadap sesuatu tugas. Namun, yang paling penting sekali, ‘exam’ takwa. ‘Exam’ terbesar yang graduasinya adalah graduasi segala graduasi. Sijilnya adalah sijil di atas segala sijil. Exam yang mengundang pahit kepada manis fantasi hidup di dunia yang penuh dengan ilusi. ‘Exam’ yang hanya ada dua kemungkinan..

...."Lulusan syurga ataupun buangan neraka"...

:: annurislam ::