Thursday, April 12, 2012

Samudera April 2012

Assalamualaikum w.r.h

Alhamdulillahi robbil’alamin.. Syukur yang tidak terhingga di rafakkan ke hadrat Allah swt..di atas nikmat-nikmatNya. Rahmat dan kasih sayangNya buat kita semua.. Dalam kepayahan, kesulitan dan keraguan, Allah swt masih titipkan kita kesenangan serta dpermudahkan segala urusan.. Cuma kita sahaja perlu berusaha, berdoa dan juga bertawakal kepada Nya.. Insyaallah.

Cuti pertengahan semester baru sahaja berlalu.. Bagaimana pengisian cuti mahasiswa/i semua?? Harapnya cuti kalian yang baru saja berlalu dipenuhi dengan perkara-perkara yang bermanfaat.. Ada juga yang berpegang kepada pepatah ini, “masa cuti kita cuti, masa belajar kita belajar.” Saya tidak begitu pasti dari manakah datangnya pepatah seperti ini. Saya juga berpendapat, pepatah seperti ini tidak boleh diguna pakai oleh seseorang yang bergelar pelajar. Islam menganjurkan umatnya supaya menuntut ilmu sepanjang masa hinggalah ke liang lahad. Manusia yang membazikan masa adalah tergolong di dalam golongan orang-orang yang rugi. Mereka rugi di dunia dan juga di akhirat.

Pada cuti pertengahan semester lepas, ada juga mahasiswa/i yang tidak pulang ke kampong halaman kerana sibuk melaksanakan tanggungjawab yang masih bersisa. Melunaskan kerja-kerja projek tahun akhir yang masih lagi berbaki untuk memenuhi kriteria atau element-element yang wajib sebelum bergraduat . Tidak mengapalah, insyaallah  sebuah pengorbanan itu semestinya dibalas dengan setimpal atas niat dan usaha kita.. Moga kejayaan yang cemerlang menanti anda disana.

Pada mahasiswa/i yang tengah menjalani Latihan Industri, selamat menjalankan tanggungjawab anda sebagai pelatih. Tunjukkan kebolehan, kepakaran dan ilmu yang anda miliki sebaiknya agar kita dapat memartabatkan UMT di mata Negara. Tinggal beberapa bulan sahaja lagi untuk kita menamatkan semester ini. Moga masa yang ada digunakan sebaik mungkin dan diharapkan mahasiswa/i mengutip sebanyak mungkin segala ilmu dan pengalaman untuk bekalan akan datang.

Semoga Allah permudahkan jalan-jalan kita semua menuju kejayaan yang satu. Memang pasti ada susah, payah, perit dan pahitnya.. Jika manis selalu  datang, tiadalah indahnya sebuah kejayaan..

Salam sayang buat semua… :)

Samudera March 2012

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia..

Keselamatan di dalam kampus adalah sesuatu yang mesti kita utamakan kerana sejak kebelakangan ini sering kali kita terdengar tentang kemalangan-kemalangan di dalam kampus universisti terutama di kawasan kampus kita samada melibatkan kemalangan jiwa mahupun kemalangan lain. Hal ini berlaku kerana mungkin sifat kecuaian dan kealpaan kita, dan kita selalu beranggapan bahawa kawasan kampus adalah kawasan yang selamat.  Namun pada hakikatnya risiko kemalangan di dalam kampus sama seperti risiko di luar kampus kerana malang tidak berbau. Seperti contoh kemalangan jalan raya yang melibatkan pengguna jalan raya termasuklah pejalan kaki. Kita tidak boleh menjangka sesuatu yang akan berlaku dan ini mendorong kita untuk lebih berhati-hati. Siapapun kita,  samada pembonceng motosikal atau pemandu kereta atau pengguna jalan raya yang lain kita tidak boleh sesekali memandang enteng terhadap sesuatu perkara. Sebagaimana yang kita telah pelajari sewaktu mengambil lesen dahulu bahawa di dalam kawasan kampus hendaklah memandu pada kelajuan 30 kilometer sejam kerana di dalam kawasan kampus pelbagai kenderaan dan orang perseorangan keluar dan masuk tanpa di duga. Jikalau mugkin terjadi juga kemalangan pada kelajuan tersebut mungkin impak kepada magsa tidak terlalau teruk.  Nasihat saya kepada seisi keluaraga Universiti Malaysia Terengganu agar supaya sentiasa berhati-hati dalam apa jua keadaan kerana keselamatan anda paling utama.

Pergi ke pasar membeli rambutan.
Rambutan pulasan sedap rasanay,
Jangan lupa jaga keselamatan,
Keselamatan itu amatlah beharga.


Salam sayang dari Skuad Samudera..


Samudera Februari 2012

Assalamualaikum dan salam sejahtera..


Selamat kembali ke UMT kepada rakan-rakan  Ijazah setelah sebulan bercuti dan selamat meneruskan perjuangan kepada rakan-rakan seperjuangan yang lain. Tidak lupa juga ucapan selamat menjalani Latihan Industri kepada rakan-rakan yang sedang berpraktikal dari bulan Januari  hingga bulan Julai. Buat julung kalinya, UMT memperkenalkan tempoh 6 bulan menjalani Latihan Industri sejajar dengan matlamat UMT untuk mengeluarkan produk yang berkualiti dan mampu berdaya saing dengan dunia luar serta mengurangkan bilangan pengangguran dalam negara kita.


Musim panas kembali semula dan akan melancarkan perjalanan program-program yang telah dirangcang pada semester ini. Marilah kita sama-sama mengimarahkan majlis dan program yang dianjurkan bagi membina jati diri  dan melahirkan mahasiswa yang lebih proaktif. Mahasiswa/i kini perlu mencari dan merebut peluang yang ada dan bukan alasan semata-mata untuk kita membina dan memantapkan nilai insaniah diri bagi menempuhi cabaran dunia sebenar. Dunia kampus adalah dunia sementara sahaja dan kita perlu sedar akan hakikat dunia masa kini memerlukan kita bersaing antara satu sama lain  untuk mencari sesuap nasi.


Dengan berakhirnya majlis tahunan MAKEP yang gilang gemilang pada 25 Febuari yang lalu maka akan berakhirlah tampok kepimpinan MPP dan barisan kepimpinan bagi setiap kelab sesi 2011/2012. Diharapkan program yang ditelah dilaksanakan akan dijadikn pencetus semangat baru kepada bakal pemimpin akan datang untuk menjayakan program yang lebih berprestij. Bak kata pepatah melayu,  yang baik dijadiakn teladan dan yang buruk dijadikan sempadan.


Beli keladi di Pekan Lidup,
Sayang rasa lemaknya kurang,
Taburlah budi ketika hidup,
Kelak jasa di kenang orang.


Akhir kalam, Selamat Maju Jaya dari kami Skuad Wartawan Samudera UMT.

Samudera Januari 2012

Assalamualaikum wrh dan salam sejahtera…


Alhamdulillah, syukur kita ke hadrat Allah swt di atas pinjaman dan kurniaan yang melimpah ruah. Nikmat iman, islam, nikmat kefahaman, nikmat ukhuwah, kasih sayang, nikmat kesihatan, kebaikan dan nikmat ujian. Kadang-kadang kita menangis. Kadang-kadang kita ketawa...kadang-kadang kita rasa manis.. Kadang-kadang pula pahit yang datang.. Acuan nikmat-nikmat  ini menjadikan kehidupan ini begitu sempurna.


Masa beredar begitu pantas sekali tanpa sempat menanti samada kita bersedia menghadapinya dengan baik atau pun tidak..Sedar atau tidak, masa adalah antara perkara  yang dipertanggungjawabkan pada kita..samada kita menjaga dan menggunakannya untuk perkara yang bermanfaat ataupun tidak..Sungguh ramai manusia berada dalam kerugian dan kesesatan..Kita pula di golongan yang mana?


Sekejap sahaja, kita sudah pun melangkah ke tahun baru, 2012. Setiap orang, lebih-lebih lagi kita sebagai mahasiswa mesti mempunyai azam yang baru yang masih belum tertunai pada tahun lepas.. Jangan menganggap kegagalan yang lepas memberi impak yang negative kepada kita, malah biarlah ia memberi satu motivasi untuk kita bangkit semula dan membuktikan keupayaan kita sebenar..Dan jangan la sesekali kita bangga dengan kejayaan yang kita perolehi sebelum ini kerana kejayaan itu bukan hak milik kita selamanya.. Jadi, sama-sama la kita bersederhana dan bangkit dari kelemahan bagi memajukan diri sebagai mahasiswa yang berdaya saing dan berintelektual.


Semakin hari semakin bertambah juga perkara yang kita pelajari. Melengkapkan ilmu-ilmu dunia bahkan ilmu-ilmu lain juga, rupanya tidak cukup dengan hanya kita belajar di sekeliling kita semata- mata. Bahkan di luar sana juga menuntut kita untuk terokai ilmu yang luas ini.. Semakin hari, semakin bertambah ilmu baru, semakin bertambah juga pengalaman. Kerana itu, apabila kita merasa susah,kita sebenarnya dalam proses untuk belajar dan memahami bidang tersebut. Apa yang boleh disimpulkan disini, kita sama-sama kuatkan semangat meskipun susah dan sesukar mana proses yang kita lalui, kita harus banyak bersabar..insyaAllah, kesusahan pasti akan berlalu, dan kita akan makin memahami. Barulah berjaya proses pembelajaran kita. 


Sebagai mahasiswa yang berfikiran holistik, kita haruslah berfikiran terbuka..Menerima idea dan pandangan orang lain sebagai satu titik perjuangan di alam universiti. Dan jangan sesekali  kita membangkang pandangan orang lain, tuduh menuduh antara kita tanpa mengkaji kebenarannya.. Ambil la masa dan waktu untuk kita sama-sama berbincang, menyelesaikan ape yang perlu. Dengan cara ini, ketelusan kita sebagai mahasiswa dapat dilihat.


Mudah-mudahan kebaikan dan amal baik yang kita lakukan walaupun sedikit, biarlah ia berterusan dan istiqomah.. amalan buruk biarlah ditinggalkan dalam masa lampau sahaja.. Setiap kesilapan, untuk kita belajar.. rugilah jika kita mengulangi kesilapan yang sama selalu sedangkan setiap darinya Allah buat sebagai pengajaran dan peringatan..Mudah-mudahan kita sebagai mahasiswa mudah untuk belajar dari kesilapan bukan hanya memandang kepada kesilapan orang lain...akan tiba suatu peringkat dan ketika, dimana kita tidak dikawal oleh akal yang waras, lantas kita mengulangi kesilapan yang sama... manusia itu sentiasa buta dengan apa yang mereka lakukan jika tidak dengan panduan Iman... semoga Allah sentiasa memimpin kita pada setiap langkah kehidupan kita... 


Wallahua’lam.

Samudera Disember 2011

Assalamualaikum dan salam hujung tahun 2011.


Setahun,masa bergerak terlalu pantas. Tanpa kita sedari tahun 2011 akan melabuhkan tirainya dan tahun 2012 akan membuka  lembaran baru. Cuba kita menyingkap kembali masa yang kita lalui selama setahun yang lalu,  adakah kita telah berjaya mencapai sesuatu yang memberi impak yang besar pada diri sendiri, keluarga mahupun masyarakat? Andainya belum,mana silapnya? Sebenarnya setahun adalah suatu jangka masa yang panjang untuk kita merancang dan membuat sesuatu yang bermanfaat untuk diri kita sendiri.


Dalam masa setahun,banyak perubahan yang berlaku antaranya kita dikejutkan dengan kenaikan harga barang yang mendadak dan sangat dirasai terutamaya kita sebagai pelajar. Kos kehidupan meningkat, bajet kewangan harian kita berubah dan simpanan juga berkurangan. Pelajar dibelenggu masalah kekurangan wang. Belanjawaan aktiviti juga meningkat, bagaimana pula peruntukan yang diluluskan? Masih jumlah peruntukan yang sama??adakah kita perlu kurangkan aktiviti yang sedia ada? Andai langkah mengurangkan aktiviti terpaksa dilakukan, tercapaikah matlamat pelajar yang berinovasi, berkepimpinan dan berdedikasi yang telah disuarakan sebelum ini? Renungkanlah…


Dengan kedatangan tahun 2012, sama-samalah kita pasangkan azam dan matlamat yang baharu. Matlamat yang tinggi memerlukan perancangan terperinci yang mungkin dapat mematangkan pemikiran kita. Mampukah kita menjadi insan yang cemerlang dan berdaya saing?? Jawapannya, bergantung kepada di mana tahap pencapaian yang kita inginkan.


“Gantungkan azam mu setiggi bintang dilangit, dan redahkan budimu serendah mutiara dilautan”

Sekian.