Wednesday, July 21, 2010

Monday, July 12, 2010

Minggu Pertama Sem Baru

Assalamualaikum wrh...

Minggu nie adalah minggu yang mencabar bagi saya sebagai student dan seorang anak yang manja (xmanja pun, ngada je lebih ). Kene berhadapan dan menyesuaikan diri dengan suasana baru, rumah baru, housemate baru, rumate baru, sem baru, kelas baru, jadual baru dan semua la serba serbi yang baru. Semua itu perlu saya tempuhi dengan sabar sekali.

Dan semestinya saya akan rindu pada rumah, umie abah, adik2, family, maa, suena, affiq, damia n smua la yang menemani ku pagi dan petang di rumah dari bulan 4 sampa la bulan 7. Rindu sangat2 ngan amat yang selalu saya kacau dan kenak setiap masa sehingga umie pening kepala dengan perangai saya. Kesian umie. hehe. Yaallah, sememangnya ku terlalu rindukan family ku dan boleh dikatakan homesick jgak la seminggu dua nie. Tabahkan la hamba Mu ini Yaallah.

Pada Hari Sabtu yang lepas, alhamdulillah saya selamat sampa di teratak baru di Tok Jembal. Banyak barang2 yang perlu disimpan dan dikemaskan. Kira penat jugak la hari tersebut, sehingga xboleh tdo sbb brubah tempat. Dah lewat baru bleh tdo, bgun plak awl. Sakit sungguh kepala ini, berdenyut2. Time susah, penat dan sakit nie la mnyebabkan perasaan tringat kat rumah membuak2. Sedih sangat2.

Sem 3 dan 4 nie la banyak kne gune duit, mne tak nya nak bayar sewa rumah lagi, bil api air, makan, byar broadband, prepaid dan semua la. Dah la duit PTPTN dapat separuh je, lpas tu kne byar yuran lg. Cmpur tolak sem nie dapat rm300 je. Bayangkan, nak gune satu sem rm300, nak byar duit sewa satu sem pun xlepas. Bukan apa, saya takut xckup duit, dan mula la nak mintak ngan umie abah. Saya kalau boleh xnak gngu pun duit mereka sbb mereka banyak lg nak guna kan duit untuk blanja seharian dan juga persekolahan adik2. Alhamdulillah sem lepas saya xmintak pun umie abah bank in kan duit, saya gune spenuhnya duit saya dengan bijak. (bijak ke, ahaks)

Saya bukan merungut, apetah lagi mengungkit cuma ingin melepaskan perasaan. Ia sedikit sebanyak menguji kesabaran dan keimanan saya sebagai seorang pelajar dan anak. Saya tahu, ini adalah ujian Allah untuk saya supaya belajar susah, bukan senang setiap masa. Mungkin ada hikmah disebaliknya. Bak kata pepatah besusah-susah dahulu bersenang-senang kemudian. (nasib baik ingat lagi, tp btol ke????)


Minggu nie jugak, saya kene siapkan proposal orientasi kos untuk pelajar tahun satu. Kire nasib baik jugak la, ad proposal yang tahun lepas, cuma perlu edit n msukkan program serta ajk yang baru je. Kalau xde mati jugak la saya untuk siapkan satu proposal penuh tanpa ada sebarang rujukan. Alhamdulillah, Allah tolong saya. Sudah siap pun cuma perlu meting ckit n persetujuan serta pengesahan pengerusi kelab je. Then, boleh proceed hantar pada MPP dan juga HEPA. Harap2 dapat diluluskan dengan segera. Insyaallah..

p/s : Yaallah, tabahkan la hati hamba Mu ini. Moga dipermudahkan segala urusan di dunia dan juga di akhirat..Aminn..

Friday, July 9, 2010

Telah Tiba Masanya

Salam....

Setelah sekian lama bertapa di rumah, tiba la masanya saya akan pulang ke teratak baru saya yang tersergam indah. Yaallah, permudahkanla perjalanan pergi dan balik ke sana. Sesungguhnya tidak dinafikan memang agak keberatan untuk meninggalkan my sweet home, family dan semua la. Sayu rasanya hati ini.

Tapi saya harus kuat untuk berjuang di medan ilmu yang menjadi impian setiap orang untuk memegang segulung ijazah, sebuah kejayaan yang cemerlang dengan menimba ilmu Allah. Siapa la kita tanpa ilmu dan siapa la kita tanpa iman dan amal yang cukup. Bersyukur la dengan nikmat yang tidak terhingga yang dberikan oleh Nya dengan peluang yang ada.


Dalam mencapai sebuah kejayaan, mengecapi sebuah kenikmatan hidup, kita haruslah mengingati orang2 yang dilanda musibah, kesusahan, kepayahan, keperitan. Tanpa kita sedari orang2 tersebut memerlukan kita disamping mereka, memberi semangat dan kekuatan, mmberi wang jika bkemampuan, menolong sedaya yang mungkin. Sesungguhnya orang2 yang diuji, semakin dekat dengan Allah. Mungkin ujian yang mendatang menguji sejauh mana keimanan dan keteguhan kita kepada Nya. 

Esok sudah mahu berangkat ke Terengganu awal2 pagi lagi. Abah nak balik Kuala Ibai dulu, nak naik Pasar Payang lagi untuk beli baju batik Ciksu. Harap2 sempat sebelum petang menjelma kerana abah akan bertolak balik Kelate plak petang tu sbb esk dh nak mengajar. Kesian abah penat bawak kereta seharian semata2 nak menghantar anaknya yang sorang nie. Jazakallah abah...

Harap2 kunjungan kami ke Kuala Ibai mengubat rindu keluarga di sana  dan juga rindu abah pada keluarganya biarpun skejap sahaja. Bertemu mata, beramah mesra skali skala berjumpa. Sudah banyak kali keluarga di sana bertanya bila nak datang, bukan xmahu datang cuma tidak berkesempatan. Abah umie sibuk dengan kelas tambahan masa cuti baru nie, biasanya kami akan pulang jugak kalau ada cuti panjang. Moga ukhwahh yang terbina, dipayungi kasih sayang dan rahmat, serta ikatan persaudaraan yang rapat ini akan terus terjalin selamanya..Insyaallah.

Owhh ye, awal semester ini mungkin akan sibuk ckit dan mungkin juga akan tiada masa untuk mengupdate blog. Tapi akan sedaya mungkin untuk mncuri masa mengupdate blog ini. Tunggu catatan sterusnya ya..=)

Jazakumullah...

p/s : Gud Luck!!!
May Allah Bless u


Tuesday, July 6, 2010

Menghitung Hari

.Salam.

Rase rajin plak nak update blog plak hari ini, biarpun rase pnat dan letih melanda diri. Bukan buat apa pun, dok rumah je. Owhh terlupa plak, petang tadi g HUSM Kubang Kerian Wad 1 Selatan melawat sepupu, Nadzrin yang kne api. Berdasarkan cerita yang dceritakan (btol ke ayat nie) spupu ku itu membakar sampah di belakang rumah nya. Dalam tgh syok membakar itu, tiba2 berlaku satu letupan dan mengenai kaki nya, sedikit telinga, dan rambut terbakar. Kesian plak die, kaki la yang banyak kene sampai xbleh berjalan, habis melecur.


Kejadian mengejut itu berlaku pada sebelah petang dan mengikut kata jiran2 letupan itu sangat kuat sehingga dengar satu perumahan itu. Bila diselidik balik, rupa2 nya ada botol Ridsect dalam timbunan sampah tersebut, itu yang menyebabkan botol Ridsect itu meletup dsebabkan pressure yang tinggi dalam botol tu. Sbb tu la kalau nak bakar sampah, kne pilih btol2, kalau boleh yang kertas je. Botol2 yang menggunakan pressure yang tinggi seperti botol Ridsect, botol minyak wangi yang boleh sembur tu, jangan dibakar. Sebaiknya buang terus kat tong sampah, biar orang perbandaran kutip.

Ok la, tajuk post kali ini "Mengitung Hari". Hari apa yang dihitung tu ye?? Agak2 ape? Hari nak balik Terengganu la. Adoiii, begitu liat dan malas sekali. Subhanallah, balik mnuntut ilmu la Najihah! Bukan apa, rase sdih nak meninggalkan rumah ku ini, umie abah, adik2, family, dan semua la dan semestinya saya akan rindu dengan katil saya yang empuk itu...*wink2. Dan smesti jgak saya akan rindukan Affiq, yang selalu saya jaga setiap pagi sebelum suena balik, dan sekarang masih jaga jgak, tp dah tgh hari la lewat sikit g rumah Ma. (paham2 je la, bangun lewat.hehehe)
..gambar sekadar hiasan..

Dok rumah best, walaupun ada sesetengah orang berpendapat duduk rumah nie boring. Bagi saya tidak sama sekali kerana dok rumah tak perlu memikirkan apa2 masalah yang melanda. Maksudnya bukan tak fikir lansung, fikir jugak tentang kehidupan seharian. Cuma tidak didatangani lagi dengan stress belajar. Kalau sudah masuk belajar, saya perlu bersedia dari segi mental dan fizikal. Bukan sahaja kene berhadapan dengan stress belajar, kne bhadapan dengan pelbagai lagi masalah. Masalah kkurangan wang, berhadapan dengan orang, kawan2, lecturer, dan semua orang sekeliling. Dan kalau nak list kan semua masalah, memang amat la banyak sehingga tidak terhitung, cuma kita perlu tenang dan tabah dalam meghadapinya. Sesungguhnya, orang yang bijak adalah mnyelesaikan semua masalah dengan tenang dan tabah. Dan selebihnya kita mengharapkan bantuan Allah supaya dpermudahkan segala urusan di dunia dan juga di akhirat. Insyaallah.

Tinggal beberapa hari sahaja lagi sebelum berangkat pulang ke UMT. Barang2 serta beg blum lagi dipacking..Wooo malasnya nak packing baju dalam beg. Sape yang rajin boleh tolong packing x?? hehe. Ape la najihah nie, semangat sikit. Nak pergi menuntut ilmu Allah la, bukan nak pergi saje2. Subhanallah. Kuatkan la kaki ku melangkah ke sana, ala mula2 je lepas nie ok la. Lama sangat cuti begini la jadi nya, kmalasan sudah melanda..huhu. Selama 3 bulan di rumah nie iaitu 16 mggu di rumah (bunyi macam lama kan) , xterasa pun lama. Rase macam baru je start cuti. Bgitu la masa berlalu, bgitu pantas sekali. Smakin lama, kita semakin hampir dengan kematian. Dalam bersuka ria pun, ingatlah kematian sentiasa menghampiri.

Sekarang, saya perlu tanamkan azam dan semangat yang baru untuk memulakan semester baru ini. Saya harus capai target saya untuk mendapat result yang tinggi daripada sem lepas iaitu anugerah Dekan yang selalu diidamkan oleh setiap pelajar. Dan bukan mudah kejayaan itu diperoleh, tidak sekali-kali ia datang bergolek di depan mata, tunggu di sambut dan digengam erat. Ia memerlukan usaha yang lebih, kerajinan yang tinggi, istiqamah, tabah dan sabar, lalui dengan tenang, tidak mngeluh apatah lagi merungut, perlu ada semangat dan azam yang tinggi, tepis segala masalah yang remeh temeh, jangan jadi masalah tersebut menghalang untuk mencapai kejayaan. Dan yang paling penting haruslah diiringi dengan doa dan tawakal serta restu ibu bapa.


Semoga semester baru ini memberi sinar dan kejayaan yang cemerlang untuk semua. 
Gud Luck!! All da best 4 all.

p/s : ayat bm berterabur, mitak maaf cikgu2 bm. Lama dah xmengarang dan inilah jadinya. Kekok plak nk     buat ayat. Buat adik2 yang masih belajar di alam sekolah, selalu la buat latihan. Kalau jarang inilah jadi nya. Practice Make Perfect!!



Monday, July 5, 2010

Kenduri Kesyukuran

Assalamualaikum wrh..

Alhamdulillah, Jumaat lepas, 2 Julai kami sekeluarga telah selamat mengadakan kenduri arwah buat Tok Ayah yang pergi meninggalkan kami semua pada 25 Disember 2008. Tahun nie, dah 2 tahun arwah tok ayah berada di alam sana dan semoga arwah ditempatkan di kalangan orang yang beriman..Aminn

Sikit sahaja gambar yang sempat di snap pada hari tersebut dsebabkan ksibukan yang amat sgt. Tengok gambar je la ye (biar sikit pun), malas nak taip banyak2..hehe




 



..ayam berempah,ulam,budu..








Damia tengah geram



Setakat ini dulu coretan untuk hari ini.
Al-Fatihah untuk arwah Tok Ayah
Semoga arwah tenang, bahagia di sana dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman..Aminn


Cabaran : Copy & Menang !!!

Assalamualaikum wrh, selawat dan salam buat rasul junjungan Nabi Muhammah SAW.
Alhamdulillah, sekali lagi nak join contest di alam blogger ini. Contest yang cukup senang, hanya Copy & Menang! Insyaallah kalau ada rezeki dapat MP3 percuma..=)
Ok, jom kita mulakan!

Copy & Menang : Sungguh mudah, anda perlu copy & paste sahaja untuk memenangi TIGA buah MP3 Player
Untuk maklumat lanjut, layari www.rkurl.com/117hw
Penaja utama : Raja Kamil, www.akuseorangblogger.com


Tarikh tutup penyertaan :
31 Julai 2010

Kalau menang dapat MP3 Player yang sangat funky, berkapasiti 2GB, amat ringan dan sangat comel.

Sunday, July 4, 2010

NisaChoc Giveaway !

Salamullah.. First time join contest dalam blog dsebabkan tertarik dengan entry misz elly. Thanks elly!
Saje suka2, insyaallah kalau ad rezeki, bleh jadi winner. hehe. Jom semua j0in contest senang ini, copy n paste je..(^_^) Sesapa yang berminat boleh cuba nasib n klik kt sini yer. 

A good news for chocolate lover!! You are invited to join NisaChoc Giveaway. This giveway will be end on 8th July 2010.

 4 easy steps yang diperlukan untuk join contest ini.

1) be NisaChoc follower.

2) Post about this Giveaway on your blog and and link this post.
3) Add link http://nisachoc.blogspot.com on your blog list.
4) Leave your URL link and comment on this post.

Gift:
Love Box - Praline Chocolate with filling ( 8 cavities)


The winner will determine by lucky draw.