Thursday, April 12, 2012

Samudera Disember 2011

Assalamualaikum dan salam hujung tahun 2011.


Setahun,masa bergerak terlalu pantas. Tanpa kita sedari tahun 2011 akan melabuhkan tirainya dan tahun 2012 akan membuka  lembaran baru. Cuba kita menyingkap kembali masa yang kita lalui selama setahun yang lalu,  adakah kita telah berjaya mencapai sesuatu yang memberi impak yang besar pada diri sendiri, keluarga mahupun masyarakat? Andainya belum,mana silapnya? Sebenarnya setahun adalah suatu jangka masa yang panjang untuk kita merancang dan membuat sesuatu yang bermanfaat untuk diri kita sendiri.


Dalam masa setahun,banyak perubahan yang berlaku antaranya kita dikejutkan dengan kenaikan harga barang yang mendadak dan sangat dirasai terutamaya kita sebagai pelajar. Kos kehidupan meningkat, bajet kewangan harian kita berubah dan simpanan juga berkurangan. Pelajar dibelenggu masalah kekurangan wang. Belanjawaan aktiviti juga meningkat, bagaimana pula peruntukan yang diluluskan? Masih jumlah peruntukan yang sama??adakah kita perlu kurangkan aktiviti yang sedia ada? Andai langkah mengurangkan aktiviti terpaksa dilakukan, tercapaikah matlamat pelajar yang berinovasi, berkepimpinan dan berdedikasi yang telah disuarakan sebelum ini? Renungkanlah…


Dengan kedatangan tahun 2012, sama-samalah kita pasangkan azam dan matlamat yang baharu. Matlamat yang tinggi memerlukan perancangan terperinci yang mungkin dapat mematangkan pemikiran kita. Mampukah kita menjadi insan yang cemerlang dan berdaya saing?? Jawapannya, bergantung kepada di mana tahap pencapaian yang kita inginkan.


“Gantungkan azam mu setiggi bintang dilangit, dan redahkan budimu serendah mutiara dilautan”

Sekian.

No comments: