Thursday, April 12, 2012

Samudera Februari 2012

Assalamualaikum dan salam sejahtera..


Selamat kembali ke UMT kepada rakan-rakan  Ijazah setelah sebulan bercuti dan selamat meneruskan perjuangan kepada rakan-rakan seperjuangan yang lain. Tidak lupa juga ucapan selamat menjalani Latihan Industri kepada rakan-rakan yang sedang berpraktikal dari bulan Januari  hingga bulan Julai. Buat julung kalinya, UMT memperkenalkan tempoh 6 bulan menjalani Latihan Industri sejajar dengan matlamat UMT untuk mengeluarkan produk yang berkualiti dan mampu berdaya saing dengan dunia luar serta mengurangkan bilangan pengangguran dalam negara kita.


Musim panas kembali semula dan akan melancarkan perjalanan program-program yang telah dirangcang pada semester ini. Marilah kita sama-sama mengimarahkan majlis dan program yang dianjurkan bagi membina jati diri  dan melahirkan mahasiswa yang lebih proaktif. Mahasiswa/i kini perlu mencari dan merebut peluang yang ada dan bukan alasan semata-mata untuk kita membina dan memantapkan nilai insaniah diri bagi menempuhi cabaran dunia sebenar. Dunia kampus adalah dunia sementara sahaja dan kita perlu sedar akan hakikat dunia masa kini memerlukan kita bersaing antara satu sama lain  untuk mencari sesuap nasi.


Dengan berakhirnya majlis tahunan MAKEP yang gilang gemilang pada 25 Febuari yang lalu maka akan berakhirlah tampok kepimpinan MPP dan barisan kepimpinan bagi setiap kelab sesi 2011/2012. Diharapkan program yang ditelah dilaksanakan akan dijadikn pencetus semangat baru kepada bakal pemimpin akan datang untuk menjayakan program yang lebih berprestij. Bak kata pepatah melayu,  yang baik dijadiakn teladan dan yang buruk dijadikan sempadan.


Beli keladi di Pekan Lidup,
Sayang rasa lemaknya kurang,
Taburlah budi ketika hidup,
Kelak jasa di kenang orang.


Akhir kalam, Selamat Maju Jaya dari kami Skuad Wartawan Samudera UMT.

No comments: