Thursday, April 12, 2012

Samudera Januari 2012

Assalamualaikum wrh dan salam sejahtera…


Alhamdulillah, syukur kita ke hadrat Allah swt di atas pinjaman dan kurniaan yang melimpah ruah. Nikmat iman, islam, nikmat kefahaman, nikmat ukhuwah, kasih sayang, nikmat kesihatan, kebaikan dan nikmat ujian. Kadang-kadang kita menangis. Kadang-kadang kita ketawa...kadang-kadang kita rasa manis.. Kadang-kadang pula pahit yang datang.. Acuan nikmat-nikmat  ini menjadikan kehidupan ini begitu sempurna.


Masa beredar begitu pantas sekali tanpa sempat menanti samada kita bersedia menghadapinya dengan baik atau pun tidak..Sedar atau tidak, masa adalah antara perkara  yang dipertanggungjawabkan pada kita..samada kita menjaga dan menggunakannya untuk perkara yang bermanfaat ataupun tidak..Sungguh ramai manusia berada dalam kerugian dan kesesatan..Kita pula di golongan yang mana?


Sekejap sahaja, kita sudah pun melangkah ke tahun baru, 2012. Setiap orang, lebih-lebih lagi kita sebagai mahasiswa mesti mempunyai azam yang baru yang masih belum tertunai pada tahun lepas.. Jangan menganggap kegagalan yang lepas memberi impak yang negative kepada kita, malah biarlah ia memberi satu motivasi untuk kita bangkit semula dan membuktikan keupayaan kita sebenar..Dan jangan la sesekali kita bangga dengan kejayaan yang kita perolehi sebelum ini kerana kejayaan itu bukan hak milik kita selamanya.. Jadi, sama-sama la kita bersederhana dan bangkit dari kelemahan bagi memajukan diri sebagai mahasiswa yang berdaya saing dan berintelektual.


Semakin hari semakin bertambah juga perkara yang kita pelajari. Melengkapkan ilmu-ilmu dunia bahkan ilmu-ilmu lain juga, rupanya tidak cukup dengan hanya kita belajar di sekeliling kita semata- mata. Bahkan di luar sana juga menuntut kita untuk terokai ilmu yang luas ini.. Semakin hari, semakin bertambah ilmu baru, semakin bertambah juga pengalaman. Kerana itu, apabila kita merasa susah,kita sebenarnya dalam proses untuk belajar dan memahami bidang tersebut. Apa yang boleh disimpulkan disini, kita sama-sama kuatkan semangat meskipun susah dan sesukar mana proses yang kita lalui, kita harus banyak bersabar..insyaAllah, kesusahan pasti akan berlalu, dan kita akan makin memahami. Barulah berjaya proses pembelajaran kita. 


Sebagai mahasiswa yang berfikiran holistik, kita haruslah berfikiran terbuka..Menerima idea dan pandangan orang lain sebagai satu titik perjuangan di alam universiti. Dan jangan sesekali  kita membangkang pandangan orang lain, tuduh menuduh antara kita tanpa mengkaji kebenarannya.. Ambil la masa dan waktu untuk kita sama-sama berbincang, menyelesaikan ape yang perlu. Dengan cara ini, ketelusan kita sebagai mahasiswa dapat dilihat.


Mudah-mudahan kebaikan dan amal baik yang kita lakukan walaupun sedikit, biarlah ia berterusan dan istiqomah.. amalan buruk biarlah ditinggalkan dalam masa lampau sahaja.. Setiap kesilapan, untuk kita belajar.. rugilah jika kita mengulangi kesilapan yang sama selalu sedangkan setiap darinya Allah buat sebagai pengajaran dan peringatan..Mudah-mudahan kita sebagai mahasiswa mudah untuk belajar dari kesilapan bukan hanya memandang kepada kesilapan orang lain...akan tiba suatu peringkat dan ketika, dimana kita tidak dikawal oleh akal yang waras, lantas kita mengulangi kesilapan yang sama... manusia itu sentiasa buta dengan apa yang mereka lakukan jika tidak dengan panduan Iman... semoga Allah sentiasa memimpin kita pada setiap langkah kehidupan kita... 


Wallahua’lam.

No comments: