Assalamualaikum w.r.h
Alhamdulillahi robbil’alamin.. Syukur yang tidak terhingga di rafakkan ke hadrat Allah swt..di atas nikmat-nikmatNya. Rahmat dan kasih sayangNya buat kita semua.. Dalam kepayahan, kesulitan dan keraguan, Allah swt masih titipkan kita kesenangan serta dpermudahkan segala urusan.. Cuma kita sahaja perlu berusaha, berdoa dan juga bertawakal kepada Nya.. Insyaallah.
Cuti pertengahan semester baru sahaja berlalu.. Bagaimana pengisian cuti mahasiswa/i semua?? Harapnya cuti kalian yang baru saja berlalu dipenuhi dengan perkara-perkara yang bermanfaat.. Ada juga yang berpegang kepada pepatah ini, “masa cuti kita cuti, masa belajar kita belajar.” Saya tidak begitu pasti dari manakah datangnya pepatah seperti ini. Saya juga berpendapat, pepatah seperti ini tidak boleh diguna pakai oleh seseorang yang bergelar pelajar. Islam menganjurkan umatnya supaya menuntut ilmu sepanjang masa hinggalah ke liang lahad. Manusia yang membazikan masa adalah tergolong di dalam golongan orang-orang yang rugi. Mereka rugi di dunia dan juga di akhirat.
Pada cuti pertengahan semester lepas, ada juga mahasiswa/i yang tidak pulang ke kampong halaman kerana sibuk melaksanakan tanggungjawab yang masih bersisa. Melunaskan kerja-kerja projek tahun akhir yang masih lagi berbaki untuk memenuhi kriteria atau element-element yang wajib sebelum bergraduat . Tidak mengapalah, insyaallah sebuah pengorbanan itu semestinya dibalas dengan setimpal atas niat dan usaha kita.. Moga kejayaan yang cemerlang menanti anda disana.
Pada mahasiswa/i yang tengah menjalani Latihan Industri, selamat menjalankan tanggungjawab anda sebagai pelatih. Tunjukkan kebolehan, kepakaran dan ilmu yang anda miliki sebaiknya agar kita dapat memartabatkan UMT di mata Negara. Tinggal beberapa bulan sahaja lagi untuk kita menamatkan semester ini. Moga masa yang ada digunakan sebaik mungkin dan diharapkan mahasiswa/i mengutip sebanyak mungkin segala ilmu dan pengalaman untuk bekalan akan datang.
Semoga Allah permudahkan jalan-jalan kita semua menuju kejayaan yang satu. Memang pasti ada susah, payah, perit dan pahitnya.. Jika manis selalu datang, tiadalah indahnya sebuah kejayaan..
Salam sayang buat semua… :)
No comments:
Post a Comment