Sunday, May 15, 2011

Saya Mesti Berubah!

Hadoii, sekali lagi saya malas nak menghapdate ini blog..
Apa nak jadi ngan saya nie, hangathangat tahi ayam je..
Tengah taksub ngan contest and giveaway..
Dah cakap dah, mesti terabai blog personal nie..
Hurmm...haiyaa!!

Okeh, saya harus berubah!!!
Bukan harus, tapi MESTI berubah!!!
Esok, 16 Mei 2011 saya akan mula berpraktikal di Jabatan Pertanian Lundang, Kubang Kerian bersamasama dengan 4 lagi sahabat.
Mulai esok juga, saya akan masuk ke alam pra pekerjaan..
Perasaan  bercampur baur, suka, gembira, tak sabar, takut, gentar, gemuruh semua ada..
Kawan saya yang buat praktikal kat oversea semua dah fly..huhu bestnya..
Tapetape saya pun best jugak buat kat sini, jimat duit..(ayat sedap hati)

Haishh, lari dari tajuk pulak dahh..Maksud berubah itu first sekali saya kene ubah sikap..Sikap malas kepada rajin..Nak bekerja nie mestilah kene tunjuk contoh yang baik kepada majikan baru la majikan suka..tak gitu?? Perlakuan, tingkah laku, tutur kata semua tue amat mempengaruhi personaliti kta yang saban waktu orang sekeliling perkatakan samaada orang bangga tengok kta..Means cara dan komitmen kita bekerja atau orang akan mencemuh cara dan tingkah laku kta.. Wallahua'lam.

“Barang siapa yang hari ini sama saja dengan kemarin, merugilah dia. Jika hari ini lebih buruk dari kemarin, dia celaka. Dan beruntunglah bila hari ini lebih baik dari kemarin.”

Saya juga kene ubah waktu tidur saya..haishh, malu pula bile didedahkan di sini..Tapi, takpela demi kebaikan serta motivasi diri saya sendiri..Tidak disangkal lagi, senario pelajar hari ini waktu tidur mereka sudah berubah..Saya yakin, keadaan ini bukan terjadi pada diri saya seorang, ramai lagi di luar sana..Waktu tidur sudah berubah, sepatutnya tidur pada waktu malam tetapi bertukar malam berjaga sampai ke pagi..Sebaliknya pagi tempat mereka mengqada'kan tido smpai tengah hari..ishish..Sepatutnya waktu pagi la kta fresh, otak segar, bleh study n bekerja dengan tekun dan semangat..Dan itulah kenyataan nya yang terjadi hari ini.. Jadi, situasi itu kadangkala membuatkan saya rasa amat bersalah..Dan saya MESTI berubah!!!

Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati kearah kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.



4 comments:

nuruashia said...

god luck :) ehehhe..

annur_islam said...

toche2...kui3

echaRierie said...

slmt berpraktikal..
InsyaAllah semoga berjalan dengan lancar ea..
All the best ! ;)

annur_islam said...

Thanks echa...:)