Monday, May 9, 2011

Happy Mother's Day

Assalamuaalikum..
Hari nie dah 9 Mei 2011..Entry ini agak terlewat sikit..
Sebenarnya nak taip semalam, tapi letrik plak tak de..
Sape la buat kerja nie, TNB tak tahu nak manage masa ke..Sehari takde letrik.
Tido dalam kepanasan orangorangkampung saya semalam..
Kesian umie abah adik saya, pegi kerja, sekolah baju tak bergosok..hish2 memang tak patut..
(sorry yer manemane yang terasa sedara mara die berkhidmat dengan TNB tue, tapi itulah hakikatnya)

Ok, semalam 8 Mei 2011 adalah Hari Ibu SeMalaysia..
Di sini saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat hari ibu kepada semua ibuibu dan bakal ibu seluruh Malaysia terutama sekali kepada my mom, Puan Rusnani Hassan.
Terima kasih umie kerana menjadi ibu kapada saya selama 21 tahun ini serta sabar dalam mendidik saya yang banyak kerenah dan degil ini. 

Dari blog Kak Mahfuzah..
Selamat Hari Ibu wahai Ummi yang ku Kasihi kerana Allah..
Terima kasih atas segala titik peluh ummi membesarkan kami..
Masa yang ummi korbankan untuk kami..
Kesabaran ummi melayan karenah kami..
Doa yang tidak putus dari ummi buat kami..
Kami sayangkan ummi melebihi dari diri kami sendiri..

Ummi..Kami takkan sia-siakan harapanmu..
Akan kami penuhi segala hasratmu..
Demi kerana kami sebagai amanahmu..
Demi kerana amanah darimu untuk kami...
Untuk ISLAM..



Buat jamuan kecil-kecilan sempena hari ibu.


Doa dari kami khas buat mu Ummi..


Ya Allah
Rendahkanlah suaraku bagi mereka
Perindahlah ucapanku di depan mereka
Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan
Lembutkan hatiku untuk mereka

Ya Allah,
Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya, atas
didikan mereka padaku dan Pahala yang besar atas
kesayangan yang mereka limpahkan padaku,peliharalah
mereka sebagaimana mereka memeliharaku.

Ya Allah,
Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan
atau kesusahan yang mereka deritakan kerana aku
atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku
jadikanlah itu semua penyebab susutnya
dosa-dosa mereka dan bertambahnya pahala kebaikan
mereka dengan perkenan-Mu ya Allah
hanya Engkaulah yang berhak membalas kejahatan dengan
kebaikan berlipat ganda.

Ya Allah,
Bila magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku,
Izinkanlah mereka memberi syafa'at untukku.
Tetapi jika sebaliknya, maka izinkanlah aku memberi
syafa'at untuk mereka,sehingga kami semua berkumpul
bersama dengan santunan-Mu di tempat kediaman
yang dinaungi kemulian-Mu, ampunan-Mu serta rahmat-Mu... .

Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha
Agung, serta anugerah yang tak berakhir dan Engkaulah
yang Maha Pengasih diantara semua pengasih.

Amin Ya Rabbul Alamin...


No comments: