Tuesday, September 7, 2010

Ramadhan Kian Berlalu

Assalamualaikum wrh..

Sudah lama tidak menulis dalam blog nie..Bak kata temanku, knapa la blog nie tidak aktif..
Maaf la ye, bukan ap malas nak menulis..
Saya tahu die mesti akan baca blog ini kan2??
Siap pesan lagi suh tulis banyak2, nnt bukak cuti nie die nak baca lebih..
Nak buat macam mne, malas sgt nak menulis..Tolong taipkan la, kita share..boleh2??
Eh senyum plak die...(^_~)

+++++++++++++++++++

Sedar tak sedar Ramadhan kian berlalu dan hampir meninggalkan kita semua..
Lagi 2 hari kita akan menyambut Syawal yang akan tiba..
Adakah cukup amalan kita di bulan yang mulia ini??
Adakah kita memperoleh ganjaran Lailatul Qadar yang berlipat kali ganda yang telah dijanjikan??
Adakah ini Ramadhan terakhir untuk kita??

Bila di check balik segala amalan ku dalam masa sebulan Ramadhan nie, rase diri ini kerdil sangat..Banyak sangat amalan2 yang ku rancang tidak tertunai..Rase ckit sangat amalan yang telah dilakukan tak seperti tahun-tahun yang lepas. Kalau dulu semayang terawih kadang2 je tak pegi, tapi tahun nie rase ckit sangat yang pegi..Dulu baca quran pun banyak, tak seperti tahun ini yang ku rasa banyak sangat masa ku dihabiskan untuk aktiviti dunia..Subhanallah, kalau la ini Ramadhan terakhir buat ku alangkah ruginya..

Tidak dinafikan semester ini banyak sangat masa yang memerlukan perhatian ku untuk melangsaikan kerja2 yang tertunggak..Asignment, lab report yang xpernah2 putus sehinggakan bersengkang mata untuk menyiapkannya..Orang laen berjaga malam untuk beribadat, melakukan ibadat2 sunat, mencari malam Lailatul Qadar, tapi ak?? Sebenarnya kerja2 ini tidak menghalang untuk aku terus melakukan ibadat2 sunat, tapi aku sahaja yang tidak pandai menguruskan diri dan masa..Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih..

Tambahan pula, sem ini ku berada di luar means berada di rumah sewa menyukarkan diri ini untuk pegi sembahyang terawih kerana tiada kenderaan untuk sampai ke masjid. Kalau dulu berada di dalam (asrama) bila2 masa sahaja boleh pegi.. Tapi, ini pun sebenarnya bukan alasan untuk ak tidak ke masjid. seterusnya tidak menunaikan terawih..Banyak lagi inisiatif laen yang boleh diambil..Bukan bermakna sembahyang terawih di masjid je boleh, di rumah pun boleh kan?? Teruknya diri ku tahun ini..Yaallah, berilah aku kekuatan dan keteguhan iman untuk terus beribadat kepada Mu..

Aku tak macam temanku, selalu ke masjid menunaikan sembahyang terawih, mengendalikan program2 Ramadhan yang telah dirancang, mencuba shabis mungkin untuk khatam Al-Quran dalam bulan ini..Rase diri ini malu sangat..Kenapakah ku tidak sebegitu?? Layakkah ak menjadi teman mu.. Bimbinglah teman mu ini..

Harap2 Ku temui lagi Ramadhan yang akan datang agar dapat ak mengupdate kembali segala yang tertunggak..Moga2 imanku bertambah untuk terus bersemangat dan berjihad di jalan Mu..

++++++++++++++++++

p/s : Mohon maaf andai tersalah kata, terasa kat mane2..Sesungguhnya diri ini insan kerdil..
Banyak kelemahan dan kekurangan..Yaallah, ampunilah daku..

No comments: