Sunday, October 14, 2012

Kau Bila Lagi????


Hahaha lawakk..

Mulamula saya tengok dan terbaca picture atas tu terus tergelak...Hadoii, macammacam dunia sekarang.. orang muda dah boley bergurau dengan orang tua.. kalau dulu, huhh tengok orang tua pon dah kecut perot. tambahtambah yang mempunyai perwatakan dan karakter yang garang, bengis, dan bekeng... eh sama je maknanya 3 tue. 

Perkahwinan??? sesuatu yang belom pasti.. Adakah sempat atau tidak kita mngecapi sebuah bahtera perkahwinan yang dibina atas dasar cinta bersama orang tersayang?? Wallahua'lam. Manusia hanya merancang, Allah yang menentukan segalanya. Ajal maut, jodoh pertemuan sudah ditetapkan semasa kita dalam kandungan ibu lagi..Hurmm. Sudah bersediakah anda untuk memikul tanggungjawab sebagai suami/isteri?? Mampukah anda menerima amanah yang diberikan apabila sudah mempunyai zuriat nanti? Bagaimanakah acuan yang ingin kita bentuk untuk anakanak kita...Ke manakah hala tuju anakanak samaada menjadi baik, beriman, mendengar kata, soleh dan musleh atau sebaliknya?? Justeru, jom kita persiapkan ilmu duniawi dan ukhrawi untuk bekalan akan datang, untuk samasama kita berkongsi dengan bakal zuriat dan juga kepada semua orang mukmin.

Alhamdulillah, ramai kawankawan yang sudah mendirikan masjid masingmasing.. Tahniah diucapkan kepada anda dan pasangan.. Suka tengok mereka bahagia melayari rumah tangga.. Doa saya untuk anda semua semoga beroleh keluarga yang sakinah, mawaddah warahmah.. Amenn.


Kematian??? Yess, sesuatu yang pasti.. tak usah la mengajukan persoalan diatas pada siapasiapa.. Mungkin orang yang mengajukan soalan itu yang pergi dahulu..Kematian tidak kenal tua muda, miskin dan kaya. Bila sampai saat nya, pasti ianya berlaku tanpa lewat sesaat pon.

Marilah samasama kita muhasabah/memotivasikan diri bagi mengimbau kembali kebaikan serta keburukan yang telah kita lakukan..Timbang tara ap yang banyak ape yang kurang, cuba perbaiki dan lengkapkan mane yang belum cukup...Tinggalkan ape yang tidak perlu serta berdoa untuk kebaikan dan kesejahtreaan yang akan datang..Mogamoga kita terus istiqamah dalam melakukan kebaikan dan tinggalkan ape yang sepatutnya.. :)

p/s : sekadar motivasi diri n luahan perasaan.



No comments: