Wednesday, June 2, 2010

Result Oh Result

Assalamualaikum wbt.. Setinggi kesyukuran di rafa'kan ke hadrat Allah di atas kurniannya yang tanpa sempadan. Nikmat yang terbesar dalam kehidupan ialah nikmat Iman dan Islam.. Sebulan lebih sudah berlalu menandakan sebulan lebih jugak la saya berada di rumah. Subhanallah, cepatnya masa berlalu, rasenya baru sahaja mula bercuti. Selama sebulan ini tiada apa yang saya lakukan.. Yaallah, nape la saya begitu malas sekali. Hanya makan, dan tido sahaja. Ruginya rasa, tidak mengisi masa2 yang lalu dengan perkara yang bleh mendatangkan faedah..Ingatlah, masa itu emas, hargailah masa sebaiknya..


Buat pengetahuan semua, 2 miggu lepas keputusan final exam semester 2 dah keluar. 2 hari sebelum result kuar, saen2 ad ckap kt facebook y result nk kuar dlam masa tdekat nie..huh, bdebar, seram sejuk dah tubuh.. Tkut sangat sbb takut xdapat apa yang diimpikan kerana banyak sangat masalah sebelum semasa dan selepas exam. Lpas 2 hari, kawan ad mesej bagitahu result dah kuar, bleh la check. Masa tu dah lewat dalm pukul 6.40 petang. Terus buka laptop nk check.huh, memang berdebar sangat2, tkut mimpi tak menjadi realiti.. Lepas bukak, msukkan username dan password, then log in n tuptup bukak....huh alhamdulillah.. Syukur sangat2. Target dah lepas cuma impian nk dapat anugerah Dekan blum lg tercapai. Insyaallah dengan sedikit lg usaha, tawakal dan doa mungkin tercapai kot..hehe(perasan)
Pencapaian untuk sem nie kira berpuas hati la dari semester pertama, kira banyak jugak la meningkat. Walaupun banyak sangat2 dugaan, cabaran dan rintangan untuk semester ini, alhamdulillah dapat jugak ditempuhi. Tapi ad jgak la sedikit terkilan dengan subjek agroeko sbb last exam, sangat2 stress dengan masalah yang bertimpa-timpa. Yaallah, Tuhan saja yang tahu begitu tertekan nya saya pada hari itu sehingga xdapat membaca dari malam peperiksaan lg sampa la ke dalam dewan peperiksaan. Saya xtahu apa yang saya jawab, nasib baik la semua objektif, main tembak je la. Klu structure n esei, c0mferm kertas saya la lecture snang nk tanda sbb byak sangat yang kosong..huhuhu. Walau ap pun, saya percaya dan yakin pada rezeki saya, Allah dah memberi yang terbaik utk saya. Benar la kata alim ulama', ujian itu menguji keimanan.

Di kesempatan ini juga, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga buat teman study group saya Hanim, Sarah, Mardhiah dan Farah kerana banyak berkongsi ilmu dan tunjuk ajar.. Jasa kalian saya kenang sampa bila2..Moga Allah sahaja yang membalas budi baik kalian semua n semoga kalian semua dirahmati dan diredhai oleh Nya..Aminn Tahniah buat mereka semua sebab dapat anugerah Dekan..Caya lah korang, memang The Best la..=)


Jazakumullah...

p/s : Jangan cepat mengeluh andai diri diuji.. Mungkin yang terbaik menanti kita di sana kerana Dia mengatur hidup kita dengan aturan yang indah sekali.. Good Luck untuk sem akan datang..=)



:: annurislam ::

No comments: