Kelebihan Susu Ibu untuk Bayi
- Penghadaman yang mudah.
Susu ibu sempurna, mudah dihadam, dan dapat digunakan dengan cepat oleh tubuh bayi. Bayi yang diberi susu formula atau nestum, sistem pencernaan akan terganggu dimana penyerapannya menjadi perlahan dan sukar dicerna kerana kandungan protein didalam susu tersebut.
-Menggalakkan tumbesaran dan Perkembangan daya intelek yang lebih baik (IQ tinggi)
Kandungan protein dalam susu ibu amat sempurna dan mencukupi untuk tumbesaran dan perkembangan otak bayi.
-Mengelakkan dari kurang zat makanan dan cirit-birit serta penyakit saluran pernafasan
Susu ibu lengkap dengan nutrisi yang diperlukan bayi. Ada juga ibu yang beri anak air masak. Sebenarnya air masak tidak diperlu oleh bayi sehingga umur 6 bulan. Air kosong merbahaya, mengurangkan nutrisi yang diterima bayi dan meningkatkan risiko jangkitan kuman pada bayi.
- Mengurangkan penyakit kencing manis, pneumonia dan jangkitan telinga pada kanak-kanak
Wujudnya banyak gula tambahan di dalam susu formula dan keadaan ini sangat merbahaya kepada buah pinggang bayi.
-Kurangkan masalah pergigian dan ortodontik
Susu ibu adalah yang terbaik dan sangat sesuai dengan perkembangan dan tumbesaran bayi dari usia 0 sehingga 2 tahun. Kandungan makanan, gula yang tinggi dan kurang kalsium yang diberi selain dari susu ibu boleh menyebabkan masalah gigi mudah rosak dan reput.
-Mengurangkan risiko kepada alahan
Kandungan susu ibu dapat memberi perlindungan dan menguatkan imun bayi supaya tidak mudah dijangkiti sebarang penyakit dan alahan-alahan lain.
-Mempunyai komposisi yang mencukupi dan suhu yang sesuai
Susu ibu tidak mudah basi, malahan lebih tahan lama jika dibandingkan dengan susu formula.
-Mengandungi bahan pencegah penyakit (antibodi)
Susu ibu mengandungi karbohidrat, protein, mineral,natruim, kalsium, magnesium, galaktosa, glukosa dan lain-lain lagi.
Kesemua kandungan ini adalah untuk pertumbuhan dan tumbesaran tubuh bayi dari segi iq,tulang, menguatkan imun dan sebagainya.
Kelebihan kepada ibu yang menyusu bayi
- Mengembalikan berat badan yang ideal (hehe ini betul2 terjadi pada saya)
- Membantu mengecutkan rahim dan mengurangkan pendarahan ibu yang baru melahirkan digalakkan menyusu anak sekerap mungkin, selain daripada mengecutkan rahim, air susu akan bertambah seiring dengan permintaan bayi anda.
- Mengurangkan risiko barah payudara dan ovari
- Penyusuan susu ibu sepenuhnya membantu menjarakkan kelahiran
- Menjimatkan masa dan wang
- Mudah dan tidak perlu persediaan (boleh menyusu bayi direct dimana saja berada dan tidak perlu menyediakan bakul susu,termos dan sebagainya)
- Mengeratkan kasih sayang antara ibu dan anak.
Utk more details berhubung suppliment shaklee tambahkan n meningkatkan pengeluaran susu??
Bleh pm/whatsapp ke 013 2004173
No comments:
Post a Comment