Tuesday, February 22, 2011

Kegembiraan Bertukar Kesedihan, Part1

Assalamulaikum wrh..

Sungguh.. sungguh sekali tidak saya sangka, kegembiraan kami untuk trip ke Kelantan bertukar menjadi kesedihan dan tragedy buat 3 sahabat saya.. Kegembiraan jelas terpancar oleh mereka 2 minggu sebelum tibanya trip itu..Sukanya saya tengok sahabatsahabat saya gembira untuk melawat ke negeri saya sendiri, apetah lagi ramai dalam kalangan mereka belum sampai ke sana. Nampak sangat mereka sungguh teruja untuk sampai ke Kelantan dengan berkirakira apa yang hendak di beli di sana. Siap buat list semua, terharunya saya..Apekan daya, dengan izin Allah perkara yang tak ingin berlaku, berlaku jugak..Sape sangka kan..

Hurmm, sesungguhnya saya malu pada sahabatsahabat saya sekalian..Yela, boleh dikatakan saya nie adalah pemandu pelancong untuk mereka. Membawa arah tujuan, memberi tunjuk arah kemana sahaja mereka hendak pergi.. Dan saya juga telah merancang ape aktivitiaktiviti bila berada di sana, tempat penginapan, makanan dan semua saya yang aturkan..Iya, mereka telah memberi sepenuh kepercayaan kepada saya, tapi biizinillah juga saya gagal untuk membawa kegembiraan itu oleh mereka sehingga mereka kembali ke UMT balik..Apekan daya, manusia hanya merancang Allah yang menentukan segalanya..

Pada Jumaat 18 Februari 2011, jam 9.00 pagi kami bertolak dari UMT ke Kota Bharu..Tapi kami singgah dulu di rumah sahabat saya di Machang untuk makan tengah hari dan juga solat Jumaat dan Zohor..Usai sahaja solat Jumaat, solat zohor dan makan tengah hari, kami bertolak ke kampong saya a.k.a rumah saya di Ketereh pada pukul 2.45 petang. Pada mulanya kami ingin terus ke KBMall memandangkan masa yang agak suntuk, tetapi abah saya call untuk balik dulu ke Homestay untuk check in bilik tempat untuk mereka menginap malam itu. Ok, saya maklumkam kepada semua driver untuk ke Homestay dulu sebelum ke KB. Kami sampai di sana pada pukul 3.45 petang, saya tengok abah saya dah sedia menunggu. Kami angkat semua brang, begbeg n bajubaju masuk dalam bilik. Sape sangka kan, maybe kami semua telah diintip manusia yang berhati jahat pada petang itu lagi..Hurmm

Selepas semua selesai, kami bertolak ke KBMall untuk sessi shoping..Suka saya tengok sahabatsahabat saya menjejak kan kaki di situ walhal bagi saya tak de apa yang  menarik pun kat sana..Bukan ape, saya bersyukur kami semua selamat sampai ke Kota Bharu selepas megharungi beberapa jam di atas jalan raya..Alhamdulillah, sekurangkurangnya Allah tak menarik nikmat hidup dan kesihatan kami.. Sampai di sana, saya hanya mengikut mereka, tak membeli apeape pun..Kadangkadang saya boring, guna la kamera sahabat untuk snap gambar mereka..Yela, best jugak guna kamera baru beli hanya 2 minggu..

Kemudian, usai sahaja bershoping di KBMall, kami terus ke Wakaf Che Yeh..Walau ada dalam kalangan kami yang sangat penat dan tak mampu untuk berjalan terutama kepada sahabat laki kami..Minta maaf yer kamu semua, Wakaf Che Yeh nie memang agenda utama dalam tentative program bagi pelajar perempuan..Yela, di sini la tempat untuk perempuan bershoping terutama tudung. Sampai sahaja di sana, kami bershoping sakan..Tak lupa saya sendiri, dalam nekad tak nak membeli apeape disebabkan ketiadaan duit akhirnya akur jugak.. Sempat jugak sambar sehelai baju dan sehelai  tudung..Begitulah lumrah seorang perempuan, xmampu untuk mngawal nafsu terutama babbab membeli nie..Dah ditakdirkan perempuan mempunyai 9nafsu berbanding lelaki yang hanya satu .. Saya tengok banyaknya sahabatsahabat saya bershoping, memang sakan la mereka mengeluarkan duit, macam air je..Takpe la, bukan selalu pun mereka datang, sekali sekala..Entahentah lepas nie, dah tak berpeluang dah ke sana..Hurmm. Sampai 2 orang sahabat saya habis rm300 seorang hanya di Wakaf Che Yeh sahaja. Bukan perempuan namanya kalau tak bersoping sakan, melainkan xde duit ataupun ada duit, tapi xnak keluarkan itu tandanya kedekut..

Kirakira pukul 11.00 malam, kami bertolak balik.. Sampai di Homestay tempat mereka menginap dah pukul 11.30 malam.. Saya menghantar sahabatsahabat saya semua manakala budak laki saya bawa ke rumah ma, ayah a.k.a ma n ayah untuk tumpang bermalam di sana. Mungkin tanpa kami sedari, ade yang sudah memerhati dari jauh, melihat pergerakan kami semua. Tambahan pula, semua yang menginap di Homestay tersebut semua perempuan memudahkan serta melicinkan lagi agenda jahat mereka..Lepas hantar budak laki balik, saya terus balik rumah saya..Sempat lagi online kejap, kemudian melelapkan diri dalam pukul 2.Sape sangka, kejadian itu sekelip mata..


...bersambung part2..

No comments: