Showing posts with label Family. Show all posts
Showing posts with label Family. Show all posts

Monday, May 9, 2011

Happy Mother's Day

Assalamuaalikum..
Hari nie dah 9 Mei 2011..Entry ini agak terlewat sikit..
Sebenarnya nak taip semalam, tapi letrik plak tak de..
Sape la buat kerja nie, TNB tak tahu nak manage masa ke..Sehari takde letrik.
Tido dalam kepanasan orangorangkampung saya semalam..
Kesian umie abah adik saya, pegi kerja, sekolah baju tak bergosok..hish2 memang tak patut..
(sorry yer manemane yang terasa sedara mara die berkhidmat dengan TNB tue, tapi itulah hakikatnya)

Ok, semalam 8 Mei 2011 adalah Hari Ibu SeMalaysia..
Di sini saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat hari ibu kepada semua ibuibu dan bakal ibu seluruh Malaysia terutama sekali kepada my mom, Puan Rusnani Hassan.
Terima kasih umie kerana menjadi ibu kapada saya selama 21 tahun ini serta sabar dalam mendidik saya yang banyak kerenah dan degil ini. 

Dari blog Kak Mahfuzah..
Selamat Hari Ibu wahai Ummi yang ku Kasihi kerana Allah..
Terima kasih atas segala titik peluh ummi membesarkan kami..
Masa yang ummi korbankan untuk kami..
Kesabaran ummi melayan karenah kami..
Doa yang tidak putus dari ummi buat kami..
Kami sayangkan ummi melebihi dari diri kami sendiri..

Ummi..Kami takkan sia-siakan harapanmu..
Akan kami penuhi segala hasratmu..
Demi kerana kami sebagai amanahmu..
Demi kerana amanah darimu untuk kami...
Untuk ISLAM..



Buat jamuan kecil-kecilan sempena hari ibu.


Doa dari kami khas buat mu Ummi..


Ya Allah
Rendahkanlah suaraku bagi mereka
Perindahlah ucapanku di depan mereka
Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan
Lembutkan hatiku untuk mereka

Ya Allah,
Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya, atas
didikan mereka padaku dan Pahala yang besar atas
kesayangan yang mereka limpahkan padaku,peliharalah
mereka sebagaimana mereka memeliharaku.

Ya Allah,
Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan
atau kesusahan yang mereka deritakan kerana aku
atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku
jadikanlah itu semua penyebab susutnya
dosa-dosa mereka dan bertambahnya pahala kebaikan
mereka dengan perkenan-Mu ya Allah
hanya Engkaulah yang berhak membalas kejahatan dengan
kebaikan berlipat ganda.

Ya Allah,
Bila magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku,
Izinkanlah mereka memberi syafa'at untukku.
Tetapi jika sebaliknya, maka izinkanlah aku memberi
syafa'at untuk mereka,sehingga kami semua berkumpul
bersama dengan santunan-Mu di tempat kediaman
yang dinaungi kemulian-Mu, ampunan-Mu serta rahmat-Mu... .

Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha
Agung, serta anugerah yang tak berakhir dan Engkaulah
yang Maha Pengasih diantara semua pengasih.

Amin Ya Rabbul Alamin...


Thursday, December 23, 2010

Minum dan Makan Petang

Hari nie saya menjala lagi..
Bukan menjala ikan kat laut ok..
Menjala atas dapur, kait mengait jala utk ngapp dalam mulut..

Hari nie ummie saya buat kuzi ayam..Tahu tak ape benda tue??
Sebenarnya saya pelik, ad jugak orang tak kenal kuzi ayam..
Tambahtambah kalau orang kelantan, orang luauu maybe la xkenal..
Korang tak penah dengar ke ape benda tue??
Alaa, rupanya macam gulai tapi rasenya laen..
Gulai gune santan, kuzi xletak santan, ganti dengan susu cair..
tapi kuzi nie manis ckit, gulai masin..
Biasanya orang makan kuzi dengan roti jala atau cicah ngan roti..
Pernah makan takk??
Pernah kan? Cuma tak perasan je, n maybe anggap tu gulai..

Panjang pulak explaination nya..
Yela, nak suh korang kenal jugakk..^_^

..roti jala hasil tangan i  nie tau..

..nie la rupa kuzi ayam..sama macam gulai kan..

..menu tambahan, ondeonde..

..menu kami petang tadi..

p/s
 : Buat makanmakan sempena pksdara nak balik Sabah esok.
: Kuzi ayam. Credit to my dear..Alhamdullillah dah tunaikan janji utk ltak mcam mane rupa kuzi. ^_^
: Simpan dlu tag mek ma n wanie ye, tak dan lagii..Insyaallah kalau ada masa..Tak janji..hehe
: semoga adik dberi kekuatan dan sabar utk meneruskan pengajiannya ke UITM..Aminn



Saturday, November 13, 2010

Nak Balik!

Nak balik! Nak balik! Nak Balik!

Awak dengar tak saya cakap nih??
Saya kata nak balik!!
Bawak la saya balik sekarang!!
Plezzz...

Nape emo sangat nie..
Saya nak balik la awak..
Biar awak kata minggu lepas baru je balik pun..
Saya tak sihat, demam, selsema, tak sedap badan. sakit tubuh..
Sebab tue saya nak balik sangat..
Tambah pulak jiwa saya kacau sekarang nie..
Serabut pikir kan dunia..
Arghhhh tidakkkk...
Astaghfirullah....



Ermm awak ingat saya takk???
 awak...saya panggil awak nie..Dgar tak??

Saya sorangsorang, sbb tue saya nak ummie n family ada di sisi..
Tapi awak mane di saat saya perlukan awak...
Iya, awak sibuk kan..Saya paham..
Saya tahu awak selalu ingat saya tapi saya je tak suka bile awak menyepi..

Ermmm xpela, tadi saya dah start exam..
Alhamdulillah, jawab tu boleh tapi tak tahu la betol banyak mane..
Jawab sambil selsema tak best jugak, asyik pegang tisu je..
Harap sangatsangat betol banyak..
Sebab carrymarks utk sem nie ciput je..
Takut sangat boleh pointer rendah..
Takut umie dan abah sedihh..
Tapi saya dah cuba yang terbaik..
Bak kata awak doa dan tawakal..
Awak selalu nasihat saya tentang itu..
Terima kasih yer...


Awak, awak balik bile?? 
Mitak maaf, tadi tak sempat balas mesej, baru masuk dewan exam.
Saya exam petang la awak, bukan pagi..
Adakah awak xtahu tentang itu??
OWhh temanku...
Panjang pun umur mu..
Dalam perjalanan balik dah ek..Jaga diri baik2 yer..
Take Care..^_^

Awak, saya dok sorang nie, meh la teman saya, Sunyi nya..
Sebab tue saya nak balik sangat nie...
Demam makin kuat, tringat sangat kat ummie..
Mase demam mulamula tue 2x umie telefon..
Tadi sebelum g exam pun umie telefon lagi..
Masa angkat telefon, umie tanya nama bunyi macam lelah..
Saya cakap takde ape la, xnak umie risau..
Terima kasih umie sbb ambik berat tentang anak mu nie..
Rindu ummie.. 

Sabar yer, nanti esok saya balik...
Saya balik tumpang kawan..Terima kasih Mira..:)
Nak balik sangatsanagt nie macam la exam dah habis..
Exam baru start la awak, so saya xleh excited sangat..
Saya balik esok, datang cnie balik xtahu lagi bile..
Tngok keadaan la macam mane..

Ok la, saya stop cnie dulu..
Demam kali nie sakitsakit tubuh smpai tak larat nak bangun.
Tak penah pulak demam macam nie sebelum nie
Sebelum g exam tadi pun tido, ermm ujiamm..
Yaallah, kuatkan dan tabahkan la hati hamba Mu ini dalam menghadapi ujian Mu ini...
Aminn..

Selamat pulang ke kampung semua..
Hatihati dalam perjalanan...
Selamat Hari Raya Aidiladha..
Maaf Zahir Batin.. ^_~


Friday, August 6, 2010

Rindu

Assalamualaikum wrh...

Sudah lama rasanya ku meninggalkan blog kesayangan ini.. huh dah berhabuk pun..Rindunya nk tulis entry baru..Rasanya dah banyak sangat cerita2 yang ingin saya kongsi selama x berblogging ini, tapi kesuntukan masa membuatkan saya meninggalkan blog ini buat sementara.. Ini pun curi2 masa untuk menulis sbb kerja terlalu banyak dengan report, rancangan perniagaan (RP), berjumpa dengan mentor, dan semua.. Abang senior cakap, Orang yang cekap xrasa cbuk, tp orang xcekap sentiasa rasa cbuk..ok, fine, saya cuba untuk tak cbuk, ok?

Saya rindu nak balik la awak...Boleh tak hantar saya balik sekarang jugak?? saya tak suka la dok sini..Tension.huh. Sabar2. Saya rindu sangat kat rumah, umie, abah n adik2 n keluarga semua.. Ummie, Insyaallah i balik minggu depan, jgan runsing ya.. Xde apa2 nya, ummie runsing membuatkan hati i nie xtenang la..Nnt u akan jumpa la anak u yang degil ini..saya tahu ummie pun rindu saya jugak kan..hikhik. (xngaku plak die). Xpe, i paham umie kan pemalu..Sama la kita..hehehe

Insyaallah saya akan balik minggu depan, tumpang kawan..Nak balik jugak, xkira..hehehe..teruknya, degil sungguh.. Bukan apa, saya nak release tension, serabut sangat dok sini.. Lambatnya nak habis degree, 2 tahun lg..Yaallah, percepatkan la, saya nak lari dah..huhuhu..Saya rindu kawan2 sekolah n matrik saya..mne diorang?? huhu.. 

Saya nak balik sebab nak sambut Ramadhan dengan family saya la..wink*wink*. seronoknya..
Selamat datang bulan Ramadhan Al-Mubarak..Semoga kita memperoleh keberkatan di bulan yang penuh nikmat n pahala yang berlipat kali ganda ini..Insyaallah


Monday, July 5, 2010

Kenduri Kesyukuran

Assalamualaikum wrh..

Alhamdulillah, Jumaat lepas, 2 Julai kami sekeluarga telah selamat mengadakan kenduri arwah buat Tok Ayah yang pergi meninggalkan kami semua pada 25 Disember 2008. Tahun nie, dah 2 tahun arwah tok ayah berada di alam sana dan semoga arwah ditempatkan di kalangan orang yang beriman..Aminn

Sikit sahaja gambar yang sempat di snap pada hari tersebut dsebabkan ksibukan yang amat sgt. Tengok gambar je la ye (biar sikit pun), malas nak taip banyak2..hehe




 



..ayam berempah,ulam,budu..








Damia tengah geram



Setakat ini dulu coretan untuk hari ini.
Al-Fatihah untuk arwah Tok Ayah
Semoga arwah tenang, bahagia di sana dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman..Aminn


Wednesday, June 23, 2010

Happy Bestday Abah!!


Assalamualaikum wrh...

Hari ini 23 Jun, Selamat Hari Lahir ke 46 buat abah ku tersayang, Busra Bin Abdullah.
Semoga abah panjang umur, dberi kberkatan usia dan dimurahkan rezeki selalu hendaknya..Aminn


...Oreo Cheese Cake...


..sempat makan kt Food Court ngn suena n shopping sikit..

 

Abah, kami semua menyayangi abah spenuhnya.
Semoga abah dberi kesihatan tbuh bdan untuk mendidik dan mentarbiahkan kami semua. 
Semoga abah dberkati oleh Nya n semoga kita semua terus dberi nikmat Iman dan Islam yang berpanjangan..
Aminn..


 
...Selamat Hari Bapa...

Di kesempatan ini, kami sekeluarga ingin mengucapkan Selamat Hari Bapa untuk abah.
Semoga amalan abah dalam mendidik kami dberkati dan dterima oleh Nya..Aminn
Abah la bapa mithali untuk kami adik bradik, tetap sabar membesar, mencari nafkah, melayan kerenah kami adik beradik, mendidik n melengkapi kami dgn ilmu duniawi dan ukhrawi, menyediakan keperluan kami adik bradik, n semua la..abah tabah n sabar melalui nya sehingga tahap ini.


Terima Kasih yang tidak terhingga buat abah dan juga umie dalam membesarkan kami.
Semoga Allah swt sahaja yang membalas jasa kalian.
Semoga ummie dan abah sentiasa di bawah peliharaan Nya selalu..
Amiinn..




Thursday, June 17, 2010

KB, Pasar Tani, Jeram Linang..

Assalamualaikum wbt.. Selawat dan salam buat Nabi & Rasul junjungan SAW.

Sedar tak sedar sekarang kita berada pertengahan bulan Jun, bermakna beberapa minggu sahaja lagi saya akan berada di rumah kemudian menyambung pembelajaran sebagai pelajar di UMT. Selama berada di rumah ini, terlalu banyak sangat aktiviti walaupun aktiviti saya makan dan tido sahaja (tu pun aktiviti jugak) hehe.. Terlalu nikmat rasenya berada di rumah, walaupun ramai dalam kalangan kawan saya mengatakan boring dok rumah. Tetapi bagi saya tidak sedikit pun berada di rumah itu boring, malah ia dianggap nikmat yang tak ternilai.



Nikmat yang paling besar bg saya bila berada di rumah ialah nikmat kebahagiaan bila bersama kaluarga. Bergurau, berkongsi cerita, keluar bersama, shopping, berkhelah, berlawak jenaka, "bobok" (bhasa klate), suka kcau adik, mmasak n pelbagai aktvti membuat kan saya bhagia sgt bila bersama mereka. (walaupun umie slalu mrah saya sebab kcau adik, tp tu la hobi saya. Kenak kan..hehe)

Dah lama rsenya xupdate blog ini, kerana kemalasan yang melanda diri. Pada mulanya bukan main bersemangat lagi (pada awal pembabitan dalam pembikinan blog) cari idea nk tulis ape dlm nie. Tp bru je sekerat jalan dah malas, ape la nak jd nie. ish3. Bile time rajin nk menulis plak internet buat hal, bile internet dah ok xjugak rse nak menulis. Lbih suka layan fb dengan membaca komen org dan membaca blog2 orang. Mcam xde kerja je. Tapi saya suka sangat baca blog2 married student tentang kisah mereka mcm mne mereka melayari bahtera perkahwinan dalam alam pembelajaran. Dengan nak menyara mkan mnum, membeli keperluan anak2, pampaers, susu, baju dan semua la.. sungguh kagum dengan mereka. ishhh, sudah byak dah melencong nie. sudah pasti entry kali ini panjang lebar nie..ok la, truskan kepada apa yang saya nak ceritakan.

Pada hari Khamis yang lalu, 10 June abah mengajak kami sekeluarga ke Kota Bharu. Niat utamanya nak membeli kain untuk saya untuk semester akan datang. (agah kan, buka sem baru nk baju baru, hehe). Abah terus membawa kami ke kedai kain Kelantan Silk Store dimana tempat yang biasa kami beli kain. Di sana, abah dah knal tauke kain tu, tmbah pulak ada diskaun 15% bagi kami sekeluarga sbb abah menggunakan kad ahli kawannya.


Sebenarnya ingat nak membeli 2 pasang kain shj, tetapi nafsu telah menguasai diri. Saya teringin sangat nk membeli baju warna pink dan purple sbb saya kkurangan bju warna itu walaupun sbenarnya saya meminati warna tersebut. Sebelum ini, abah saya yang selalu belikan baju untuk saya , adik2 dan umie, membuatkan saya tiada pilihan untuk membeli. Dan abah yang baik hati telah membawa saya ke kedai untuk memilih sendiri warna dan corak yang saya minat. Cari punya cari jumpa la 2 pasang, tapi warna pink sahaja yang jumpa. c0lour purple xjumpa pun, dan ambik la colour hijau cmpur biru (sbb berkenan sgt n hrga pun agak la mahal, ksian kat abah)



Setelah siap byar, umie tertengok la kain yang coraknya cantik. aishh, cantik la plak bju nie, fikir ku di dlm hati dan disuarakan di depan abah. Abah tanya nak ke, saya ckap biarla dlu, fikirkan ksian kat abah. Abah plak yang xsampai ati lalu, terus menyuruh pekedai itu menggunting. Lepas jalan2 ckit, abah terpandang la satu lagi kain, die plak yang minat kain itu lalu membeli plak. Adoii, abah ku. Buat pengetahuan semua, abahku ini memang meminati kain. Pantang sahaja die ternampak kain yang berkenan di hatinya, pasti die akan membeli buat diriku, adik2 dan ummie. Dan hari itu juga, maka belilah kami semua 6 psang baju (termasuk baju umie, adik dan saya) yag jumlahnya semua dlam dua ratus lebih. Tu pun selepas diskaun, kalau xde diskaun mahu nya sampai tiga ratus lebih. Kesian sekali lagi kat abah, hilang begitu sahaja duit dalam masa sehari bagi memenuhi keinginan dan kebahagiaan anak. Sesunggunya abah memang seorang bapa yang penyayang, tidak sesekali mengecewakan anak2.

Ya Allah, rahmatilah abah dan ummie, sesungguhnya mereka la harta yang paling berharga buat kami adik beradik dan lindungilah mereka di bawah sinaran rahmat Mu. Moga mereka tergolong dlam golongan orang2 yang soleh, dan tempatkan lah mereka di kalangan nabi dan anbia'. aminn..




Pada hari sabtu berikutnya, 12 June 2010 saya bercadang ingin ke Pasar Tani Ketereh memandangkan lbih 1thun saya tidak ke pasar tani. Niat ke sana ingin membeli beg kuliah. Saya ke sana dengan suna biarpun pada awlnya mahu pergi dengan wanie tapi dsebabkan ada msalah yang tidak boleh dielakkan saya bersama suena pergi ke sana.

Alhamdulillah, saya mendapat apa yang saya inginkan. Dan apa yang saya terkejut harga di pasar tani memang la tidak boleh dpertikaikan. Amat la terlalu murah berbanding beli di supermarket walhal produk yang dipasarkan adalah sama. Rase mcm teruja pun ada, ishhh dhsyatnya nafsu. Tapi laen kali mmg ingat nak beli kat pasar tani je. Klu beli kat supermarket, dapat satu je, tp beli kat psar tani dah dpat 2. Bukan ap pun, skadar nak buat g kuliah. (saya bukan suka sangat jenis yang branded "pdhal xde duit")

Lepas balik dari pasar tabi tu, ayah cik dan cik da bercadnag ke Jeram Linang. Ape lagi, excited la saya, sbb slama 2 bulan di rumah nie xberkesempatan pun nk keluar pergi jalan2 or makan angin. Tapi saya faham keadaan ummie dan abah yang cbuk dengan jadual nya yang penuh dengan kelas tambahan dan memenuhi jemputan perkahwinan. Apalagi, terus bersiap2 menyediakan apa yang ptut, mksudnya menyediakan makanan. Amat la kelam kabut ckit dtambah dengan penat berjalan ke psar tani td sbb saya dengan rela hatinya ingin menawarkan diri untuk menggoreng bihun.

Perjalanan kami ke sana sudah agak lewat, pukul 2.30 baru bertolak dan mengambil masa setengah jam untuk sampai ke sana. Ingat kan orang berkurang stelah petang, tp orang begitu ramai jgk pada sebelah ptangnya, mmyulitkan lagi untuk memakir kereta. Last skali, terpaksa parking kereta di atas, jauh sdikit dari kwasan berkhelah.

Ok la, lyan gmbar je la. Penat nak taip dtambah plak masa sekarang yang agak larut malam. 2.54 a.m.


..Setelah sampai, terus bukak mkanan..


..turun main air jugak sbb nak jaga budak2..







Sekian dulu untuk entry kali ini.. Semoga kebahagiaan terus menjadi milik kita semua dan perjalanan hidup kita ini terus diredhai oleh Nya..aminn

"Keharmonian, kebahagiaan, ketenangan, sakinah, mawaddah & rahmah" milik kita semua