Thursday, June 17, 2010

KB, Pasar Tani, Jeram Linang..

Assalamualaikum wbt.. Selawat dan salam buat Nabi & Rasul junjungan SAW.

Sedar tak sedar sekarang kita berada pertengahan bulan Jun, bermakna beberapa minggu sahaja lagi saya akan berada di rumah kemudian menyambung pembelajaran sebagai pelajar di UMT. Selama berada di rumah ini, terlalu banyak sangat aktiviti walaupun aktiviti saya makan dan tido sahaja (tu pun aktiviti jugak) hehe.. Terlalu nikmat rasenya berada di rumah, walaupun ramai dalam kalangan kawan saya mengatakan boring dok rumah. Tetapi bagi saya tidak sedikit pun berada di rumah itu boring, malah ia dianggap nikmat yang tak ternilai.



Nikmat yang paling besar bg saya bila berada di rumah ialah nikmat kebahagiaan bila bersama kaluarga. Bergurau, berkongsi cerita, keluar bersama, shopping, berkhelah, berlawak jenaka, "bobok" (bhasa klate), suka kcau adik, mmasak n pelbagai aktvti membuat kan saya bhagia sgt bila bersama mereka. (walaupun umie slalu mrah saya sebab kcau adik, tp tu la hobi saya. Kenak kan..hehe)

Dah lama rsenya xupdate blog ini, kerana kemalasan yang melanda diri. Pada mulanya bukan main bersemangat lagi (pada awal pembabitan dalam pembikinan blog) cari idea nk tulis ape dlm nie. Tp bru je sekerat jalan dah malas, ape la nak jd nie. ish3. Bile time rajin nk menulis plak internet buat hal, bile internet dah ok xjugak rse nak menulis. Lbih suka layan fb dengan membaca komen org dan membaca blog2 orang. Mcam xde kerja je. Tapi saya suka sangat baca blog2 married student tentang kisah mereka mcm mne mereka melayari bahtera perkahwinan dalam alam pembelajaran. Dengan nak menyara mkan mnum, membeli keperluan anak2, pampaers, susu, baju dan semua la.. sungguh kagum dengan mereka. ishhh, sudah byak dah melencong nie. sudah pasti entry kali ini panjang lebar nie..ok la, truskan kepada apa yang saya nak ceritakan.

Pada hari Khamis yang lalu, 10 June abah mengajak kami sekeluarga ke Kota Bharu. Niat utamanya nak membeli kain untuk saya untuk semester akan datang. (agah kan, buka sem baru nk baju baru, hehe). Abah terus membawa kami ke kedai kain Kelantan Silk Store dimana tempat yang biasa kami beli kain. Di sana, abah dah knal tauke kain tu, tmbah pulak ada diskaun 15% bagi kami sekeluarga sbb abah menggunakan kad ahli kawannya.


Sebenarnya ingat nak membeli 2 pasang kain shj, tetapi nafsu telah menguasai diri. Saya teringin sangat nk membeli baju warna pink dan purple sbb saya kkurangan bju warna itu walaupun sbenarnya saya meminati warna tersebut. Sebelum ini, abah saya yang selalu belikan baju untuk saya , adik2 dan umie, membuatkan saya tiada pilihan untuk membeli. Dan abah yang baik hati telah membawa saya ke kedai untuk memilih sendiri warna dan corak yang saya minat. Cari punya cari jumpa la 2 pasang, tapi warna pink sahaja yang jumpa. c0lour purple xjumpa pun, dan ambik la colour hijau cmpur biru (sbb berkenan sgt n hrga pun agak la mahal, ksian kat abah)



Setelah siap byar, umie tertengok la kain yang coraknya cantik. aishh, cantik la plak bju nie, fikir ku di dlm hati dan disuarakan di depan abah. Abah tanya nak ke, saya ckap biarla dlu, fikirkan ksian kat abah. Abah plak yang xsampai ati lalu, terus menyuruh pekedai itu menggunting. Lepas jalan2 ckit, abah terpandang la satu lagi kain, die plak yang minat kain itu lalu membeli plak. Adoii, abah ku. Buat pengetahuan semua, abahku ini memang meminati kain. Pantang sahaja die ternampak kain yang berkenan di hatinya, pasti die akan membeli buat diriku, adik2 dan ummie. Dan hari itu juga, maka belilah kami semua 6 psang baju (termasuk baju umie, adik dan saya) yag jumlahnya semua dlam dua ratus lebih. Tu pun selepas diskaun, kalau xde diskaun mahu nya sampai tiga ratus lebih. Kesian sekali lagi kat abah, hilang begitu sahaja duit dalam masa sehari bagi memenuhi keinginan dan kebahagiaan anak. Sesunggunya abah memang seorang bapa yang penyayang, tidak sesekali mengecewakan anak2.

Ya Allah, rahmatilah abah dan ummie, sesungguhnya mereka la harta yang paling berharga buat kami adik beradik dan lindungilah mereka di bawah sinaran rahmat Mu. Moga mereka tergolong dlam golongan orang2 yang soleh, dan tempatkan lah mereka di kalangan nabi dan anbia'. aminn..




Pada hari sabtu berikutnya, 12 June 2010 saya bercadang ingin ke Pasar Tani Ketereh memandangkan lbih 1thun saya tidak ke pasar tani. Niat ke sana ingin membeli beg kuliah. Saya ke sana dengan suna biarpun pada awlnya mahu pergi dengan wanie tapi dsebabkan ada msalah yang tidak boleh dielakkan saya bersama suena pergi ke sana.

Alhamdulillah, saya mendapat apa yang saya inginkan. Dan apa yang saya terkejut harga di pasar tani memang la tidak boleh dpertikaikan. Amat la terlalu murah berbanding beli di supermarket walhal produk yang dipasarkan adalah sama. Rase mcm teruja pun ada, ishhh dhsyatnya nafsu. Tapi laen kali mmg ingat nak beli kat pasar tani je. Klu beli kat supermarket, dapat satu je, tp beli kat psar tani dah dpat 2. Bukan ap pun, skadar nak buat g kuliah. (saya bukan suka sangat jenis yang branded "pdhal xde duit")

Lepas balik dari pasar tabi tu, ayah cik dan cik da bercadnag ke Jeram Linang. Ape lagi, excited la saya, sbb slama 2 bulan di rumah nie xberkesempatan pun nk keluar pergi jalan2 or makan angin. Tapi saya faham keadaan ummie dan abah yang cbuk dengan jadual nya yang penuh dengan kelas tambahan dan memenuhi jemputan perkahwinan. Apalagi, terus bersiap2 menyediakan apa yang ptut, mksudnya menyediakan makanan. Amat la kelam kabut ckit dtambah dengan penat berjalan ke psar tani td sbb saya dengan rela hatinya ingin menawarkan diri untuk menggoreng bihun.

Perjalanan kami ke sana sudah agak lewat, pukul 2.30 baru bertolak dan mengambil masa setengah jam untuk sampai ke sana. Ingat kan orang berkurang stelah petang, tp orang begitu ramai jgk pada sebelah ptangnya, mmyulitkan lagi untuk memakir kereta. Last skali, terpaksa parking kereta di atas, jauh sdikit dari kwasan berkhelah.

Ok la, lyan gmbar je la. Penat nak taip dtambah plak masa sekarang yang agak larut malam. 2.54 a.m.


..Setelah sampai, terus bukak mkanan..


..turun main air jugak sbb nak jaga budak2..







Sekian dulu untuk entry kali ini.. Semoga kebahagiaan terus menjadi milik kita semua dan perjalanan hidup kita ini terus diredhai oleh Nya..aminn

"Keharmonian, kebahagiaan, ketenangan, sakinah, mawaddah & rahmah" milik kita semua


No comments: