Showing posts with label Student. Show all posts
Showing posts with label Student. Show all posts

Friday, May 4, 2012

Suatu Ketika Dulu

Assalamualaikum wrh...

Masyaallah..Sudah lama saya tak hapdet blog nie.. Kekangan masa dan mood malas menghantui diri ini ditambah pula saya sering berpoya-poya membuang masa di facebook n twetter. Dan hari nie, alhamdulillah hati saya tergerak untuk menulis untuk melengkapi blog yang sedia suram n hambar nie sama seperti tuannya. Mood saya sangat merudum kbelakangan ini..Hurm, xpelah. Ini adalah satu ujian untuk saya tempuhi. Pahit manis itu silih berganti kan.. :))

Hari ini, saya tak tahu nak mulakan entry ini bagaimana.. Tak mengapa lah. Saya ingin menyingkap kembali, saya pernah mempunyai teman dan sahabat serta kakak yang sangat rapat, penyayang, baik hati, memahami, tolong menolong n segala-galanya buat saya beberapa bulan yang lalu.. Tapi apekan daya, perancangan Allah lebih baik dari perancangan manusia.. Die meninggalkan UMT beberapa bulan lalu untuk meneruskan kehidupan di bumi Helang. Dan bermakna die juga meninggalkan saya.. :(

" Ingat segala kebaikan yang orang lakukan pada kita, lupa segala keburukan yang telah dilakukan. Ingat segala kejahatan yang kita lakukan, lupa segala kebaikan yang kita taburkan "

Insyaallah, saya cuba menyemai kata-kata itu dalam diri saya.. Moga dipermudahkan.. Ameen. Hurmm. 

Post ini ditujukan khas buat kakak saya yang jauh di sana.. :((

Dan hari nie, saya nak cite yang baik-baik je pasal die sbb die memang baek bagi saya dan juga sahabat saya. Suatu masa dahulu, kehidupan saya tak tentu arah tanpa die, dan saya rasa die juga begitu.. Tp alhamdulillah, sudah 5 bulan die meninggalkan saya perasaan itu dapat diatasi. Cuma saya sahaja yang selalu hidup bergantung dengan orang. Hurmm. Die selalu ckap die nak saya tinggal dengan nya.. Hari-hari die cakap, tiap masa die ingatkan, dan setiap detik saya pula perlu berjanji dengan ape yang belum pasti.. :(

Duluu... Saya hanya mengenalinya dengan tidak sengaja terserempak di surau.. Saya tengok sahaja perlakuan die, ckit pon xtgur..Nape nak tegur, saya xkenal kan?? Cuma tertarik dengan sifat kebudakan die. Dan saya sendiri tidak menyangka akan menjadi rumate die semasa sem5 di rumah sewa dimana tempat yang mempunyai banyak kenangan kami bersama. Awal permulaan dulu saya tidak la serapat seperti sebelumnya. Perasaan malu itu tetap ada.. Iya, die pon malu dan segan dengan saya pada awalnya. Die xrapat sangat ngan orang baru kenal, katanya.. :)

Sudah beberapa bulan berlalu, perasaan sayang antara satu sama laen mula bercambah dalam diri.. Keprihatinan die, kasih sayang n sifat tolong menolong die buat saya tertarik. Sebulan saya mengenalinya, rupa-rupanya baru saya tahu die adalah "Ketua Pengarang Akhbar Samudera UMT".. Wahh, sape tak teruja dan bangga dapat rumate Ketua Pengarang kottt... Tiap-tiap bulan gambar die akan terpampang di akhbar tersebut, di merata UMT.. Perasaan bangga itu tak boleh nak dibayangkan la...Hihihi.

Sejak dari itu juga, kami sering bersama.. Ada die, ada la saya.. Tiada saya, tiada la die.. Kecuali la kami ke kelas..Xkan saya nak msuk kelas die n die nak masuk kelas saya. Kan2?? Sbb kami kos laen-laen.. :). Sampaikan satu tahap, semua kawan-kawan die kenal saya, malu juga sebenarnya sbb die orang yang berpengaruh, ramai yang mengenali, ramai yang menghormati, dan ramai yang menyanjungi.. Sedangkan saya sape??? Hanya orang yang tumpang glamour n populariti sahaja..Hurmm. Kawan-kawan die ramai, staff-staff umt pun ramai yang kenal die n dah jadi sebahagian kawan-kawan die.. Sbb tue la saya malu kadang-kadang kalau die bawak saya pergi jumpa orang-orang hebak sbb saya tak hebak n mesti orang bertanya saya nie sape.. Eeeii xmalunya saya kan.. Saje nak tayang muka ! Dushh.

Suatu Ketika Dulu.. Die selalu bawak ke mana sahaja die pergi.. Kalu saya xnak ikut, die akan buat jugak saya ikut..Boleh dikatakan setiap petang kalau kami ada masa free, die akan bawak saya jalan-jalan tepi pantai dengan moto Wave die warna merah, ada kotak kat belakang tue. Kami makan-makan tepi pantai, sotong celup tepung, keropok lekor n macam-macam. Sehingga satu saat saya mengidam sangat nak makan sotong celup tepung die sanggup bawak walhal pada masa itu sudah pukul 6.50 petang. Dah nak malam pun, kedai pon hampir nak tutup, jalan sudah hampir gelap tapi diturut juga kemahuan saya nie.. Baeknya die melayan kerenah saya yang bukan-bukan. Kita selalu dating bersama kan kalau ada masa free. Kita makan bersama, kita pergi pasar malam bersama, kita pergi kedai beli beras, beli bawang banyak-banyak, beli telor, beli ikan, ayam, beli keperluan dapur yang kak syu kirim n semua la.. Kenangan semua itu kan??? Awak ingat x?? :((

Daann awak selalu bawak saya pegi library tiap-tiap malam.. Sebelum ini saya jarang sangat pergi library sbb saya bosan dengan library. Tapi awak dah memupuk minat saya untuk suka pada library. Sejak dari itu, saya suka sangat study kat library, aman, sejahtera, xde ganguan.. Dulu saya tak suka pergi library sbb saya suka tengok orang. Jadi, study entah ke mana tgk orang je banyak..Terokk kan?? Tapi lepas itu saya dah boleh terima library, sbb kalu saya study kat umah 5min je study y selebihnya tdo. (hanya awak dan saya saja tahu kan saya buat ape). Hurmm. Terima kasih awak, terim kasih sangat.. Awak xjemu bawak saya ke mana sahaja awak pergi. Dan dari ctu la, saya mula kenal ramai kawan-kawan awak. Kawan-kawan kebanyakannya semua suka pada library. Setiap ceruk, mesti ada budak kos awak. Sampaikan pada satu tahap saya fikir, kos awak boley buat kelas kat library tue sbb ramai sangat. Dan saya pasti, kalau xde budak kelas awak, suasana library mungkin akan suram seperti saya sekarang..:)

Dann selepas sahaja library mula dtutup, kita akan berkemas untuk pulang.. Dan awak akan tanya saya, lapar x?? Saya dah tahu tujuan awak sebenarnya.. Nak makan roti canai kan?? Hihi. Saya pon teringin jugak awak tapi malu nak cakap ! hihi. Daann, awk akan start moto awk y laju tu ke Gong Datok untuk cari roti canai n tengok abg yang tebar roti canai tu. Pukul 11 malam pon sanggup pergi, sbb roti canai kat ctu sedapp.. Saya sukee!! Dah lama saya xmakan roti canai n saya mula jatuh cinta pada roti canai. Cuma roti canai kat kedai ctu sahaja la saya suka. :) Usai sahaja makan, perut pon dah kenyang, balik dengan hati y girang, mata pon dah melayang, tdo bermimpi sampai ke kayangan.. :)

Suatu ketika dulu jugaa.. Awak akan bawa saya pergi main badmintonn.. Waahh, teruja saya pada mulanya sbb saya tak penah masuk Kompleks Sukan UMT yang gah ituhh.. Haha terok betol. Saya teman dan tunggu awak main dengan kawan-kawan awk. Suka saya tengok awak main, begitu bersemangat sampai peluh menitik nitik.. Awak memang hebatt ! Dan saya hanya dduk tepi memerhati dan terus memerhati. Dan kalau saya bosan, saya akan main pingpong dengan kak fieza. Orang-orang dalam kompleks sukan semua kenal awak, malu saya kalau orang tnya saya sape sbb saya xpernah masuk dalam tue...kihkih.

Suatu ketika dulu...Awak selalu nak buat yang terbaek untuk saya. Saya tahu. Dan begitu juga saya. Saya nak yang terbaek untuk awak dan dari awak.. :( Awakk...saya ingat lagi, masa saya present progress awak sanggup bangun pagi-pagi, mandi untuk pegi tengok saya. Awak cakap awak xnak pegi, saya pon hurmm xpela.. Saya nak awak pegi dalam masa yang sama juga xnak awak tengok saya present..Saya malu.. Dan awak adalah orang sukar untuk diramalkan. Awak datang mengejut untuk tengok saya present.. Wahh, teruja nya saya. Siap rakam lagi.. Woww malu denn. Tapi xpela, saya hargai kedatangan dan semangat yang awak salurkan pada diri saya. Thanks !!!

Suatu ketika dulu.. Saya bawak awak datang umah saya untuk beraya di sini.. Mungkin awak xpernah merasai saat-saat beraya di Kelantan. Saya tak pasti awak suka ke tak, yang pasti saya harap kedatangan awak ke rumah saya memberi kenangan dalam sejarah hidup awak. Saya cuba menjadi yang terbaek untuk awak, agar awak tak berkecil hati dan gembira di sini.

Suatu ketika dulu..Awak selalu bagi semangat pada saya.. Bile saya down, awak up kan balik. Dulu, kita sama-sama bergantung tp saya lebih banyak bergantung pada awak.. Sebelum awak tinggalkan saya, saya selalu fikir, macam mane la keadaan saya nanti bila awak dah xde, tinggalkan saya.. Iyaa, saya amat memerlukan awak dan saya tahu betapa kuatnya peranan awak pada saya.. Dan insyaallah, saya berjanji saya akan kuat sebaik sahaja awak melangkah kaki meninggalkan bumi Terengganu ini.. Mudah mudahan.

Suatu ketika dulu... Sebaik sahaja awak awak melangkah pulang ke Perak, hati dan perasaan saya sukar untuk digambarkan dengan kata-kata. Malam itu, hanya tangisan sahaja yang menemani sampai pagi. Sampai satu tahap, mata saya bengkak, merah dan tak boleh nak buka. Hurmm kuatnya pengaruh dan pentingnya awak pada saya.. Saya tak tahu perasaan awak macam mana.. Suka atau tidak, hanya awak sahaja yang tahu kan..

Suatu ketika dulu.. Bila sahaja kita berjauhan, kita saling merindui antara satu sama laen. Bila saya ada sahaja trip ke mana-mana dan terpaksa tinggal awak, awak selalu mesej saya. Dan awak akan tunggu saya balik. Saya suke.. Dan selepas sahaja awak tinggalkan saya, kita masih berhubung. Tiap-tiap hari skype tanpa jemu kan.. Macam-macam awak request dari saya, dan saya suka melayan awak yang kemanjaan itu.. Dan sekarang??? Saya tak pasti perasaan awak macam mane. Hanya awak yang tahu ape perasaan awak kan..

Hurmm..Ok la awak, panjang jugak saya type ni.. Ingatkan nak type sikit-sikit je, tapi terlebih la plak.. Di sini, saya ingin memohon maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki jikalau ada terdapat khilaf yang telah saya lakukan selama mana kita berkawan.. Saya hanya manusia biasa, yang banyak melakukan salah tanpa sedar. Saya juga ingin mengucapkan berbanyak terima kasih atas nasihat dan layanan selama kita tinggal satu bilik dan satu bumbung.. Awak adalah orang yang terbaek yang saya pernah jumpa selama nie. Sayang saya pada awak hingga ke jannah... Insyaallah. Segala kebaikan yang awak lakukan pada saya, saya akan ingat sampai bila-bila sebab ia sudah menjadi sebahagian dan memori dalam hidup saya.

Thanks 4 the lots of thingss.. :)
I love u forever.. :)
Miss u a lot.. :(

Catatatn ini bukan bermakna ape-ape, hanya untuk kenangan saya sahaja.

Ikhlas dari saya,
Ex-Rumate Awak.

p/s : Saya takut nak masukkan gambar, takut awak tak suka. :))

Thursday, April 12, 2012

Samudera March 2012

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia..

Keselamatan di dalam kampus adalah sesuatu yang mesti kita utamakan kerana sejak kebelakangan ini sering kali kita terdengar tentang kemalangan-kemalangan di dalam kampus universisti terutama di kawasan kampus kita samada melibatkan kemalangan jiwa mahupun kemalangan lain. Hal ini berlaku kerana mungkin sifat kecuaian dan kealpaan kita, dan kita selalu beranggapan bahawa kawasan kampus adalah kawasan yang selamat.  Namun pada hakikatnya risiko kemalangan di dalam kampus sama seperti risiko di luar kampus kerana malang tidak berbau. Seperti contoh kemalangan jalan raya yang melibatkan pengguna jalan raya termasuklah pejalan kaki. Kita tidak boleh menjangka sesuatu yang akan berlaku dan ini mendorong kita untuk lebih berhati-hati. Siapapun kita,  samada pembonceng motosikal atau pemandu kereta atau pengguna jalan raya yang lain kita tidak boleh sesekali memandang enteng terhadap sesuatu perkara. Sebagaimana yang kita telah pelajari sewaktu mengambil lesen dahulu bahawa di dalam kawasan kampus hendaklah memandu pada kelajuan 30 kilometer sejam kerana di dalam kawasan kampus pelbagai kenderaan dan orang perseorangan keluar dan masuk tanpa di duga. Jikalau mugkin terjadi juga kemalangan pada kelajuan tersebut mungkin impak kepada magsa tidak terlalau teruk.  Nasihat saya kepada seisi keluaraga Universiti Malaysia Terengganu agar supaya sentiasa berhati-hati dalam apa jua keadaan kerana keselamatan anda paling utama.

Pergi ke pasar membeli rambutan.
Rambutan pulasan sedap rasanay,
Jangan lupa jaga keselamatan,
Keselamatan itu amatlah beharga.


Salam sayang dari Skuad Samudera..


Samudera Februari 2012

Assalamualaikum dan salam sejahtera..


Selamat kembali ke UMT kepada rakan-rakan  Ijazah setelah sebulan bercuti dan selamat meneruskan perjuangan kepada rakan-rakan seperjuangan yang lain. Tidak lupa juga ucapan selamat menjalani Latihan Industri kepada rakan-rakan yang sedang berpraktikal dari bulan Januari  hingga bulan Julai. Buat julung kalinya, UMT memperkenalkan tempoh 6 bulan menjalani Latihan Industri sejajar dengan matlamat UMT untuk mengeluarkan produk yang berkualiti dan mampu berdaya saing dengan dunia luar serta mengurangkan bilangan pengangguran dalam negara kita.


Musim panas kembali semula dan akan melancarkan perjalanan program-program yang telah dirangcang pada semester ini. Marilah kita sama-sama mengimarahkan majlis dan program yang dianjurkan bagi membina jati diri  dan melahirkan mahasiswa yang lebih proaktif. Mahasiswa/i kini perlu mencari dan merebut peluang yang ada dan bukan alasan semata-mata untuk kita membina dan memantapkan nilai insaniah diri bagi menempuhi cabaran dunia sebenar. Dunia kampus adalah dunia sementara sahaja dan kita perlu sedar akan hakikat dunia masa kini memerlukan kita bersaing antara satu sama lain  untuk mencari sesuap nasi.


Dengan berakhirnya majlis tahunan MAKEP yang gilang gemilang pada 25 Febuari yang lalu maka akan berakhirlah tampok kepimpinan MPP dan barisan kepimpinan bagi setiap kelab sesi 2011/2012. Diharapkan program yang ditelah dilaksanakan akan dijadikn pencetus semangat baru kepada bakal pemimpin akan datang untuk menjayakan program yang lebih berprestij. Bak kata pepatah melayu,  yang baik dijadiakn teladan dan yang buruk dijadikan sempadan.


Beli keladi di Pekan Lidup,
Sayang rasa lemaknya kurang,
Taburlah budi ketika hidup,
Kelak jasa di kenang orang.


Akhir kalam, Selamat Maju Jaya dari kami Skuad Wartawan Samudera UMT.

Samudera Januari 2012

Assalamualaikum wrh dan salam sejahtera…


Alhamdulillah, syukur kita ke hadrat Allah swt di atas pinjaman dan kurniaan yang melimpah ruah. Nikmat iman, islam, nikmat kefahaman, nikmat ukhuwah, kasih sayang, nikmat kesihatan, kebaikan dan nikmat ujian. Kadang-kadang kita menangis. Kadang-kadang kita ketawa...kadang-kadang kita rasa manis.. Kadang-kadang pula pahit yang datang.. Acuan nikmat-nikmat  ini menjadikan kehidupan ini begitu sempurna.


Masa beredar begitu pantas sekali tanpa sempat menanti samada kita bersedia menghadapinya dengan baik atau pun tidak..Sedar atau tidak, masa adalah antara perkara  yang dipertanggungjawabkan pada kita..samada kita menjaga dan menggunakannya untuk perkara yang bermanfaat ataupun tidak..Sungguh ramai manusia berada dalam kerugian dan kesesatan..Kita pula di golongan yang mana?


Sekejap sahaja, kita sudah pun melangkah ke tahun baru, 2012. Setiap orang, lebih-lebih lagi kita sebagai mahasiswa mesti mempunyai azam yang baru yang masih belum tertunai pada tahun lepas.. Jangan menganggap kegagalan yang lepas memberi impak yang negative kepada kita, malah biarlah ia memberi satu motivasi untuk kita bangkit semula dan membuktikan keupayaan kita sebenar..Dan jangan la sesekali kita bangga dengan kejayaan yang kita perolehi sebelum ini kerana kejayaan itu bukan hak milik kita selamanya.. Jadi, sama-sama la kita bersederhana dan bangkit dari kelemahan bagi memajukan diri sebagai mahasiswa yang berdaya saing dan berintelektual.


Semakin hari semakin bertambah juga perkara yang kita pelajari. Melengkapkan ilmu-ilmu dunia bahkan ilmu-ilmu lain juga, rupanya tidak cukup dengan hanya kita belajar di sekeliling kita semata- mata. Bahkan di luar sana juga menuntut kita untuk terokai ilmu yang luas ini.. Semakin hari, semakin bertambah ilmu baru, semakin bertambah juga pengalaman. Kerana itu, apabila kita merasa susah,kita sebenarnya dalam proses untuk belajar dan memahami bidang tersebut. Apa yang boleh disimpulkan disini, kita sama-sama kuatkan semangat meskipun susah dan sesukar mana proses yang kita lalui, kita harus banyak bersabar..insyaAllah, kesusahan pasti akan berlalu, dan kita akan makin memahami. Barulah berjaya proses pembelajaran kita. 


Sebagai mahasiswa yang berfikiran holistik, kita haruslah berfikiran terbuka..Menerima idea dan pandangan orang lain sebagai satu titik perjuangan di alam universiti. Dan jangan sesekali  kita membangkang pandangan orang lain, tuduh menuduh antara kita tanpa mengkaji kebenarannya.. Ambil la masa dan waktu untuk kita sama-sama berbincang, menyelesaikan ape yang perlu. Dengan cara ini, ketelusan kita sebagai mahasiswa dapat dilihat.


Mudah-mudahan kebaikan dan amal baik yang kita lakukan walaupun sedikit, biarlah ia berterusan dan istiqomah.. amalan buruk biarlah ditinggalkan dalam masa lampau sahaja.. Setiap kesilapan, untuk kita belajar.. rugilah jika kita mengulangi kesilapan yang sama selalu sedangkan setiap darinya Allah buat sebagai pengajaran dan peringatan..Mudah-mudahan kita sebagai mahasiswa mudah untuk belajar dari kesilapan bukan hanya memandang kepada kesilapan orang lain...akan tiba suatu peringkat dan ketika, dimana kita tidak dikawal oleh akal yang waras, lantas kita mengulangi kesilapan yang sama... manusia itu sentiasa buta dengan apa yang mereka lakukan jika tidak dengan panduan Iman... semoga Allah sentiasa memimpin kita pada setiap langkah kehidupan kita... 


Wallahua’lam.

Wednesday, February 16, 2011

Monday, January 24, 2011

Hari Pemeran Penyelidikan UMT

Salam..
Hari nie saya berpeluang ke Dewan Sultan Mizan untuk melihat pemeran penyelidikan yang telah dilakukan oleh pensyarahpensyarah UMT. Banyak betol kajiankajian yang telah dilaksanakan.
Kami kesana selepas lab Miss Roshita.

Saya sangat kagum dan respect kepada semua penyelidik kerana berjaya dan tabah untuk menyiapkan research masingmasing. Tak lupa ucapan tahniah  kepada pensyarah saya sem lepas, Dr Wan Zaliha dan pensyarah yang mengajar sekarang, Miss Roshita atas penyelidikannya dalam buah roselle.

Sungguh sabar dan tabah sekali melakukan researh ini sehingga pagi petang siang malam berada di ladang, lab dan di blik untuk menyiapkannya.Sedikit sebanyak memberi sumber inspirasi serta idea kepada saya untuk memilih tajuk untuk Final Year Projek (FYP) tahun depan..Eh, tahun nie la tapi sem depan..:)









p/s : feningfening..xtahu nak buat ape tajuk FYP..Any idea plezz..

Sunday, January 23, 2011

BBQ

No discription, and no more explaination..
 just picture ok..malas nak mengulas.














Tuesday, January 18, 2011

Blog Laen??

Perlu ke saya buat  blog laen??
Yela, banyak pulak join contest and giveaway sejak dua menjak nie.
Bercampur aduk dengan halhal peribadi..
Tapi mampu ke saya mengawal duadua blog??
Tak payah la kau najihah, yang satu nie pun dok mengadap tak kira masa..
Apetah lagi dua, lansung kau tak buat kerja laen..
Dok mengadap benda alah nie je..
Habis, bile masa kau nak study?? buat report??
Huhhh

Ok, saya cmpur aduk kan semua..
Hal peribadi dan juga contest..
Korang tak suka??
Terpulang!

p/s : tulis entry nie pun time dok dalam kelas..terukteruk..
sempat lagi join contest..haha
ape nak jadi nie..jangan tiru perangai macam saya.

Sunday, January 16, 2011

Gambang Water Park

Eeei tak semangat nya nak tulis benda nie..
Amat cacar merba entry kali nie..
Penat, ngantuk, malas, skit kepala semua bercampur..
Hurmm... 

++++++++++

Trip yang tak dirancang sepenuhnya..Hanya spontan idea, trus go on.
Memang hebat la, duit pun melambung sekelip mata..
Tapi ape pun memang bestt..

Bangun pukul 5 pagi, siapkan sarapan..
Ingat nak bertolak 6.15 tapi trpaksa tunda, tunggu kawan bersiap sbb baru bangun.
So, bertolak pukul 7.30 smpai 12.30 tengah hari.. 
Mandi, mainmain smpai kul 5 ptg..Lepas tu, pergi makan kat tepi sungai Pahang.
Ad pulak cadangan nak g Megamall nk tengok wayang..
Walau berat hati, tapi terpaksa ikut jugakk.. Kita hanya menumpang, ikut je la.
Pastu kene marah teruk ngn ummie n my dear.
Bak kata teman saya.."saya gagal dalam berkawan, tak mampu utk berkatakata " hurmm
Iya, saya tahu dctu kelemahan saya..
Tak berani nak argue ape org kata n buat keputusan..
Tp xpela, pengajaran buat diri saya sendiri..
Lepas nie, xnak balik lewat lagi..
Cehh janji tinggal janji, bru nie dh berjanji tapi buat jugak..
Hampehh ko najihah..

Ummie saya mmg pantang n anti kalau saya masuk panggung.
Tapi kalau saya tak masuk xkan saya nak dok luaq sorangsorang..
Kemarahannya bertambah bile tahu saya balik tengah malam..
Yela, kul 1 pagi baru btolak balik dari kuantan dan smpai tganu kul 4.30 pagi..
Lewat tue, sape tak marah..tambahtambah ibu, mesti runsing akan anak kesayangannya..ecece
Ksian teman saya xdapat tdo lena pk kan saya..
Saya mintak maaf pada semua..
Teruk kan saya, buat semua org risau psal saya..hurmm..

Terkilan sangat sbb xdapat ambik gambar time main..
Yela, sape nk ambik gmbar kalau semua dok dalam air.
Lgpun semua fon dalam loker brkunci, xdan nk g ambik sbb cbuk bermain..
Nak ambik gmbr sbelum balik pn xleh sbb hujan dh mula trun..
Sikit je gmbar y ada, tu pun gmbar sebelum n selepas main..
Layan je la..Nie je yang ada.



..berhenti kat mcd..