Tuesday, July 6, 2010

Menghitung Hari

.Salam.

Rase rajin plak nak update blog plak hari ini, biarpun rase pnat dan letih melanda diri. Bukan buat apa pun, dok rumah je. Owhh terlupa plak, petang tadi g HUSM Kubang Kerian Wad 1 Selatan melawat sepupu, Nadzrin yang kne api. Berdasarkan cerita yang dceritakan (btol ke ayat nie) spupu ku itu membakar sampah di belakang rumah nya. Dalam tgh syok membakar itu, tiba2 berlaku satu letupan dan mengenai kaki nya, sedikit telinga, dan rambut terbakar. Kesian plak die, kaki la yang banyak kene sampai xbleh berjalan, habis melecur.


Kejadian mengejut itu berlaku pada sebelah petang dan mengikut kata jiran2 letupan itu sangat kuat sehingga dengar satu perumahan itu. Bila diselidik balik, rupa2 nya ada botol Ridsect dalam timbunan sampah tersebut, itu yang menyebabkan botol Ridsect itu meletup dsebabkan pressure yang tinggi dalam botol tu. Sbb tu la kalau nak bakar sampah, kne pilih btol2, kalau boleh yang kertas je. Botol2 yang menggunakan pressure yang tinggi seperti botol Ridsect, botol minyak wangi yang boleh sembur tu, jangan dibakar. Sebaiknya buang terus kat tong sampah, biar orang perbandaran kutip.

Ok la, tajuk post kali ini "Mengitung Hari". Hari apa yang dihitung tu ye?? Agak2 ape? Hari nak balik Terengganu la. Adoiii, begitu liat dan malas sekali. Subhanallah, balik mnuntut ilmu la Najihah! Bukan apa, rase sdih nak meninggalkan rumah ku ini, umie abah, adik2, family, dan semua la dan semestinya saya akan rindu dengan katil saya yang empuk itu...*wink2. Dan smesti jgak saya akan rindukan Affiq, yang selalu saya jaga setiap pagi sebelum suena balik, dan sekarang masih jaga jgak, tp dah tgh hari la lewat sikit g rumah Ma. (paham2 je la, bangun lewat.hehehe)
..gambar sekadar hiasan..

Dok rumah best, walaupun ada sesetengah orang berpendapat duduk rumah nie boring. Bagi saya tidak sama sekali kerana dok rumah tak perlu memikirkan apa2 masalah yang melanda. Maksudnya bukan tak fikir lansung, fikir jugak tentang kehidupan seharian. Cuma tidak didatangani lagi dengan stress belajar. Kalau sudah masuk belajar, saya perlu bersedia dari segi mental dan fizikal. Bukan sahaja kene berhadapan dengan stress belajar, kne bhadapan dengan pelbagai lagi masalah. Masalah kkurangan wang, berhadapan dengan orang, kawan2, lecturer, dan semua orang sekeliling. Dan kalau nak list kan semua masalah, memang amat la banyak sehingga tidak terhitung, cuma kita perlu tenang dan tabah dalam meghadapinya. Sesungguhnya, orang yang bijak adalah mnyelesaikan semua masalah dengan tenang dan tabah. Dan selebihnya kita mengharapkan bantuan Allah supaya dpermudahkan segala urusan di dunia dan juga di akhirat. Insyaallah.

Tinggal beberapa hari sahaja lagi sebelum berangkat pulang ke UMT. Barang2 serta beg blum lagi dipacking..Wooo malasnya nak packing baju dalam beg. Sape yang rajin boleh tolong packing x?? hehe. Ape la najihah nie, semangat sikit. Nak pergi menuntut ilmu Allah la, bukan nak pergi saje2. Subhanallah. Kuatkan la kaki ku melangkah ke sana, ala mula2 je lepas nie ok la. Lama sangat cuti begini la jadi nya, kmalasan sudah melanda..huhu. Selama 3 bulan di rumah nie iaitu 16 mggu di rumah (bunyi macam lama kan) , xterasa pun lama. Rase macam baru je start cuti. Bgitu la masa berlalu, bgitu pantas sekali. Smakin lama, kita semakin hampir dengan kematian. Dalam bersuka ria pun, ingatlah kematian sentiasa menghampiri.

Sekarang, saya perlu tanamkan azam dan semangat yang baru untuk memulakan semester baru ini. Saya harus capai target saya untuk mendapat result yang tinggi daripada sem lepas iaitu anugerah Dekan yang selalu diidamkan oleh setiap pelajar. Dan bukan mudah kejayaan itu diperoleh, tidak sekali-kali ia datang bergolek di depan mata, tunggu di sambut dan digengam erat. Ia memerlukan usaha yang lebih, kerajinan yang tinggi, istiqamah, tabah dan sabar, lalui dengan tenang, tidak mngeluh apatah lagi merungut, perlu ada semangat dan azam yang tinggi, tepis segala masalah yang remeh temeh, jangan jadi masalah tersebut menghalang untuk mencapai kejayaan. Dan yang paling penting haruslah diiringi dengan doa dan tawakal serta restu ibu bapa.


Semoga semester baru ini memberi sinar dan kejayaan yang cemerlang untuk semua. 
Gud Luck!! All da best 4 all.

p/s : ayat bm berterabur, mitak maaf cikgu2 bm. Lama dah xmengarang dan inilah jadinya. Kekok plak nk     buat ayat. Buat adik2 yang masih belajar di alam sekolah, selalu la buat latihan. Kalau jarang inilah jadi nya. Practice Make Perfect!!



No comments: