Thursday, February 24, 2011

Kegembiraan Bertukar Kesedihan, Part2

...sambungan dari Part1..

Pada Sabtu, 19 Februari 2011, tepat jam 7.00 pagi saya mnerima panggilan mengejutkan dari sahabat saya mengatakan duit, kamera, handphone dan jam mereka hilang..Tergamam saya seketika, tak mampu untuk berkatakata. Tak terucap dengan sepatah kata..Sungguh, saya pelik..Saya pelik kenapa boleh hilang?? Teruk tak saya???  Bukan ape, dalam keadaan baru bangun tido, saya masih belum boleh berfikir dengan waras. Terus meluru ke arah ummie menanyakan abah dan pergi sekolah ke belum..Nasib baik abah belum bergerak ke sekolah, kerana pada hari tersebut abah sekolah, untuk kelas ganti cuti raya cina baru nie. Terus saya menyatakan ape yang berlaku, dan abah pun macam saya jugak turut tergamam..Terus saya salin pakaian dan begegas ke sana dengan abah untuk melihat ape yang berlaku. Sedih, amat sedih bile melihat sahabat saya sedih atas kehilangan barangbarang yang sangat berharga. Sungguh, saya malu pada sahabatsahabt saya sekalian kerana tidak menjaga kebajikan dan keselamtan korang semua dengan sepenuhnya.

Sampai sahaja di Homestay tersebut, saya dan abah melilau mencari kesan dan jejak pencuri melalui peralatan yang digunakan kotkot si jhat itu menggunakan tangga utk pnjat ke atas. Tapi hampa, xde sebarang tanda dan bukti pun setakat nie. Terus saya melulu keats utk mendapatkan sahabat. Terkejut saya melihat tingkap Homestay tersebut telah diumpil. Tapi pelik, macam mane si pencuri itu boleh naik ke atas sedangkan grill terkunci kemas dan xde sebrang tanda pun mereka menceroboh. Ruparupanya die panjat melalui tiang yang ad, nampak la kesan tapak kaki..Huhh, rase nak marah, geram, sakit hati dan macammacam perasaan bercampur baur..Tapi dah nak buat mcam mane, saya pun tak mampu nk buat apeape.. Terduduk saya seketika, rase bersalah mula menyelubungi diri.

Kemudian, abah suruh bersiapsiap untuk membuat laporan polis. Tapi, sebelum ke sana, abah membawa sahabat saya untuk berjumpa tok imam yang dicadangkan oleh pakcik saya a.k.a ayah chik. Ayah chik cakap, biasanya kalau orng kene curi barang pegi jumpa tok imam itu barang akan dpulangkan balik selagi barang tersebut belum dijual..Anda paham ke ayat saya nie???. Insyaallah, kalau diizinkan Allah dapat la, tapi kalau dah tak dapat balik, aggap shaja tak de rezeki dan terima seadanya qada’ dan qadar..Teringat saya katakata ummi sewaktu kereta Citra ummie, terkena tiang menyebabkan pintu itu rosak sepenuhnya, “inilah salah satu nya Allah tarik rezeki kita, dengan sekelip mata saje ia berlaku”.

Kemudian, kami membuat laporan polis di Balai Polis Ketereh.. Usai sahaja membuat laporan, kami bertolak balik ke rumah saya untuk minum dan makan pagi yang disediakan ummie sebelum berangkat ke Rantau Panjang..Minta maaf yer semua, terima la sarapan pagi yang tak seberapa itu dengan keadaan ummie juga tergamam dengan situasi tersebut. Nasib baik ummie tak sekolah hari tue, kalau tak kalut jugak jadinya… Kesian saya tengok salah seorang sahabat saya menangis atas kehilangan barang yang berharga miliknya.. Saya tahu die masih terkejut dengan keadaan itu..Yallah, sedihnya hati nie..Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul..

Lepas sahaja makan pagi, kami terus ke Rantau Panjang..Agenda seterusnya tetap dlaksanakan walaupun jam sudah menunjukkan lewat pagi iaitu dah nak masuk tengah hari..Sampai sahaja di sana, masingmasing berpecah, membeli dan bershoping.. Saya tahu keterujaan untuk membeli belah di sana bertukar moody buat 3 sahabat saya dsebbkan ketiadaan duit. Mungkin mereka masih dalam situasi yang tak dpat digambarkan dengan katakata..Iya, saya cuba memahami situasi itu, sbb saya sendiri pernah kehilangan handphone suatu masa dahulu..Dalam ketiadaan duit, mereka sempat juga membeli toto sbgaimana yang telah di listkan sebelum datang ke sini..Apekan daya…

Kami hanya round kejap je dsebabkan ketiadaan mood..Lepas bli toto, kami rehat di kedai makan dan naik ke surau sementara menunggu budak laki bershoping..Terujanya diorang membeli, yela jersi dan seluar jeans memang banyak dan murah..Hurmm bagi je la can untuk diorang bershoping, yela dah la semalam kat wakaf che yeh dah penat, nak bejalan pun tak mampu..HEeee, opsss sorii.. Jenuh menunggu, ruparupanya siap makan sekali..

OK, dah semua siap beli, kami semua berangkat pulang..Dalam perjalanan pulang, sempat lagi singgah di Masjid Beijing..Ecece bukan pegi China ok. Sbenarnya saya tak tahu ap nama masjid tue tapi main hentam je nama tue sbb seni bina nya sangat unik alaala macam dok Beijing.. Sangat kagum dengan seni binanya, comel..Baru saya  perasan yang teman saya ambik gambar dulu ruparupanya kat sini. Puas saya fikir kat mane la tempat yang die pegi tue, nak tnya malu plak..hurmm. Lepas semua bergambar, kami terus bertolak balik memandangkan polis telefon untuk pergi ke tempat kejadian pada pukul 4. KAmi sedaya upaya untuk sampai dalam masa yang dijanjikan.

Kami sampai dalam lingkungan 4.15 petang di Homestay tersebut. Kemudian, bersiapsiap untuk bertolak pulang selepas mandi dan solat sementara menunggu polis datang. Setengah jam kemudian, polis  sampai di tempat kejadian, saya tanya sahabat saya ape yang polis lakukan memandangkan saya tiada di tempat kejadian. Sahabat saya memberitahu polis hanya  mengambil gambar dan tanya ap dan bagaimana kejadian itu boleh berlaku. Usai semua kes, saya menyuruh sahabatsahabat saya ke rumah untuk mkan..Kesian diorang lapar, dari tengah hari lagi tak makan..Suka tengok sahabatsahabat saya berselera makan walaupun lauk ala kadar sje.

Lepas semua siap makan, kami bertolak pulang.. Agak lewat dah masa tue, dalam pukul 7.10 petang. Kami berhenti semayang maghrib di Jertih..Sanngat kagum dengan masjid kat sana, besar sama taraf dengan Putrajaya..siap ada lif n econ lagi..Hebathebat..OK, kami sampai di UMT dalam pukul 10.30malam. Sempat lagi singgah kedai makan..Sampai kat bilik dah pukul 11.30 malam..Alhamdulillah, sekurangkurangnya kami bersyukur kami semua selamat pegi dan balik.. Kesimpulannya, trip nie best  kalau semuanya berjalan lancer, tak de masalah dan perkara tak diingini berlaku. Dan saya n family juga agak terkilan dengan ape yang berlaku..Mogamoga kejadian ini memberi pengajaran buat kita semua supaya lebih berhatihati selepas nie..Insyaallah..

T.A.M.A.T


No comments: