Friday, January 30, 2015

Allah Hantar Sinar

Syukur Alhamdulillah...

Allah, terima kasih yang tidak terhingga ku rafak kan ke atas Mu di atas nikmat-nikmat yang tidak terhitung banyak nya.. Nikmat iman dan islam, nikmat kesihatan, rezeki, nikmat kebahagiaan, nikmat kasih sayang dan juga nikmat kehidupan yang tidak pernah putus disalurkan. Terima kasih juga di atas warna-warni kehidupan yang cukup mencabar.. 

Gembira, sedih, pahit, manis, kelat, masam, sukar, senang semuanya dilalui dengan sempurna di atas petunjuk dan panduan Mu Ya Allah.. Terima kasih juga di atas 'sinar' itu. Walaupun ia nya ckit, tp bg ku ia begitu besar untuk ku terus menerus menaruh pengharapan itu.. Insyaallah, jika diizinkan, ku tahu Kau akan sempurnakan.. Cuma, memerlukan kesabaran dan masa yang banyak untuk dicapai.. Ye, aku tahu..aku sedang di uji. Insyaallah, aku sentiasa positif dengan ape yang Kau berikan.

Alhamdulillah juga di atas perkhabaran itu semalam.. Walaupun tidak seperti yang diharapkan, ia amat dan cukup bermakna bagi 'kami' untuk kelangsungan hidup masa depan. Sederhana sekarang, Insyaallah akan datang bersenang-linang. Itu pun atas keiizinan Mu buat kami.. Semoga dengan perkhabaran itu, kami akan terus bangkit untuk mendapatkan yang lebih baik d kemudian hari.. Allah, bantulah dan permudahkan la urusan kami untuk hari-hari yang seterusnya. Dan semoga 'dia' ditempatkan di tempat yang senang untuk berhubung dengan keluarga. :)

Terima kasih Allah atas ujian-ujian dan cabaran yang hebat ini.. Moga kami terus matang dalam menjalani kehidupan seharian. Tabah, pasrah dan bukan mengalah, Terus bangkit untuk kelangsungan hidup yang akan datang Insyaallah.. Sahabat... Doakan kami, Semoga dipermudahkan urusan dunia dan akhirat. Aminn


Sunday, January 25, 2015

Aku Harus Tabah

Yer, sejak akhir-akhir nie aku sangat-sangat down.. Macam-macam yang aku pk, macam-macam yang bermain di minda... Tapi apekan daya, aku harus kuat..Untuk diri sendiri, dan juga untuk keluarga..Tiada siapa yang tahu ape yang menghantui diri ini, kecuali diri aku sendiri..

Yer, aku hampa...Tapi, aku perlu bangkit..Tak perlu ada penyelesaian dalam diri..Najihah harus kuat, harus tabah, harus kental dengan cabaran dunia..Allah uji tanda Allah sayang, tanda Allah mahu aku dekat kan lagi diri ini kepada Nya..Bukan untuk aku alpa dengan keseronokan dunia..Bukan untuk aku perpoya-poya dengan harta kebendaan dunia..Bukan untuk aku lupa yang dunia ini hanyalah pinjaman yang sementara.. 

Najihah...Bangkit lah kembali...Teruskan berusaha dan berdoa..Bangkitt...Bangun..Jangan sesekali merangkak lagi..Pandang kehadapan, jangan sesekali menoleh ke belakang...Jika sesekali tersungkur, bangkit lah..Itu tanda Allah menegur...Allah mahu aku ingat pada Nya.. Allah menguji tanda Dia sayang..Allah timpakan sesuatu kerana Dia tahu aku mampu melalui nya...Cabaran baru bermula, bukan sudah berpenghujung..Jadi, waspada! Jangan alpa! jangan leka!Jangan lupa! Jangan dusta! Jangan mengada! Jangan angkuh! Jangan sombong! Jangan! Jangan! dan Jangan!

Teruskan la berjalan...berlari...mengejar ape yang menunggu di hadapan.. Dalam perjalanan itu, teruskan pandang ke hadapan..Tapi jangan sesekali lupa, pandang juga ke bawah..Mungkin ada halangan, batu-batu, bukit-bukau, gunung-ganang yang patut ditempuhi dengan sabar dan pasrah..Tapi jangan cepat gelabah, tempuhi dengan tenang...Kerana di sana ada Dia yang memandu perjalanan ini...Dia ada...Dia tak pernah tinggal kamu...Mengadu lah pada nya, die maha mendengar..maha mengetahui segala-galanya..

InsyaAllah..Aku harus tabah...Sahabat..Doakan Najihah! Doakan dirinya dipermudahkan segala urusan..Di dunia dan juga di akhirat.. Sesungguhnya aku bersyukur ape yang telah ku kecapi dan ada sekarang...Semoga kita semua sentiasa dibawah peliharaan Allah SWT. Aminn