Thursday, June 3, 2010

Jalan-Jalan

Assalamualaikum wbt. Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Selama sebulan lebih bercuti semester ini, ari nie lah pertama kali saya keluar dengan kawan sekolah saya, Wanie. Tapi kami keluar berdua sahaja untuk menghilangkan boring berada di rumah, menuju ke kedai Ketereh yang tidak la terlalu jauh dari rumah saya. Kawan yang lain, Najwa belum lagi pulang ke Kelantan manakala Asma mungkin mempunyai kesulitan kenderaan untuk keluar kerana jarak rumah yang tidak la terlalu dekat.Insyaallah, suatu masa nanti kita akan hang out ye, bile semua sudah pulang dan mempunyai masa yang sesuai untuk keluar. Saya tunggu tu! Tak sabar rasenya nak keluar dengan korang semua kerana korang la rakan yang The Best sekali!

...Friendship Forever....

Buat pengetahuan semua, Wanie dah ajak saya banyak kali untuk keluar ke kedai Ketereh, tapi hari ini baru Allah izinkan.. Sebenarnya berpunca daripada saya, susah sangat nak bangun pagi. Masyaallah, liatnya saya nk bangun pagi tambah2 dengan rumah yang tiada orang lagi la best tdo. Ish2 teruk kan..hehehe. Banyak kali dah saya cuba untuk bangun awal, bila saya set alarm, alarm berbunyi then saya tekan n sambung tdo balik. Last2 bangun lewat kemudian tak jadi la nak keluar. Sebenarnya sejak 2 minggu ini saya selalu tidak boleh tidur, maknanya saya tdo lewat. Kadang2 sampa pukul 3 tak bleh tdo lagi. Saya cuba nak tdo awal, tapi tak bleh. Mungkin sebab saya tido banyak siang hari kot menyebabkan malam susah nk tido, 'tp xde la banyak' sangat cuma bangun lewat pagi je.. hehehe.

..gud morning semua..

Hari nie saya cuba bangun awal dan alhamdulillah Allah kejutkan saya bgun. Kemudian, saya terus mandi dan bersiap2 nak ke rumah Wanie. Selepas siap, ingat nak tunggu ayah datang untuk menghantar ke rumah Wanie. Rupa2 nya ayah dah sampa, ad kat bawah dekat kandang lembu die.

Ayah, bleh tak hantar rumah Wanie jap?
Bleh, siap2 la.
hehehe

Apabila nak turun, pok teh sampa tanya nak g mane. Cakap la nak g kedai tere. Kemudian ayah siap2 nak g hantar, lpas tu pok teh kta biar die la hantar. Kemudian, saya pun ke rumah Wanie dengan membonceng motosikal dengan Pok Teh. Apabila sampa di rumah Wanie, saya tunggu sekejap untuk Wanie bersiap then kitorang pun berjalan ke kedai Ketereh. Sambil berjalan tu, banyak la cerita yang ingin dikongsi memandangkan lama sudah kami tidak bertemu.


Sesudah sampa di kedai, Wanie menyatakan hasratnya untuk ke Cyber Cafe (cc) untuk mnyemak result nya yang keluar hari nie. Then saya meneman Wanie naik ke cc. Selepas setengah jam, ktorang turun dan masuk Zon Ria. Sebenarnya tidak tahu nak membeli ape di sana, skadar suka2 untuk menghabiskan masa yang ada. Saya tidak membeli apa pun, cuma Wanie la tersangkut dengan baju yang ada di situ lalu membeli. Dalam tidak tahu nak membeli apa tu, ada jugak yang membelinya .(walaupun dalam keadaan yang tiada duit..hehehe)

..Tengah khusyuk membalas komen fb..hehe

Kemudian kami keluar dari Zon Ria, dan membeli wafer yang dikirim adik sambil teringatkan Danish dan Damia ada di rumah ma. Selepas membeli wafer, saya naik atas pasar membeli sedikit makanan memandangkan tidak menjamah apa2 makanan pun dari pagi lagi. Lepas tu, saya ke Seven Eleven membeli air slurpe yang dikirim suna. Then, kami berjalan pulang ke rumah Wanie. Dalam perjalanan, sempat tel ke ayah suruh datang ambik di rumah Wanie. Sesudah sampai, ayah baru je sampa.. 'Ayah memang menepati masa, sbb tu saya suka'..hehehe

..makanan yang dibeli di kedai tadi..

Sesudah sampai, ingatkan Damia dan Danish ad, rupa2 nya suna bagitahu diorang baru turun jalan2 dengan papa die. Lalu wafer yang sedia ada dimakan la oleh adik2 ku..huhu. Sebaik pukul 1.30, adik2 aku semua yang sekolah balik. 'awal plak balik hari nie'. Sejurus selepas itu, pok teh pun balik bersama Danish dan Damia. Terlepas la diorang nk makan wafer..huhu. Nanti laen kali yer Kak Jie beli..
..perjalanan pulang..

..gelagat Danish dan Damia setelah pulang..


p/s : rindu nak hang out ngn Wanie, Najwa, Asma dan tak lupa juga Elah..Miz u all so much.. Akan datang yer kite keluar seblum cuti sem nie berakhir..Salam Ukwah Fillah..=)


:: annurislam ::

Wednesday, June 2, 2010

Result Oh Result

Assalamualaikum wbt.. Setinggi kesyukuran di rafa'kan ke hadrat Allah di atas kurniannya yang tanpa sempadan. Nikmat yang terbesar dalam kehidupan ialah nikmat Iman dan Islam.. Sebulan lebih sudah berlalu menandakan sebulan lebih jugak la saya berada di rumah. Subhanallah, cepatnya masa berlalu, rasenya baru sahaja mula bercuti. Selama sebulan ini tiada apa yang saya lakukan.. Yaallah, nape la saya begitu malas sekali. Hanya makan, dan tido sahaja. Ruginya rasa, tidak mengisi masa2 yang lalu dengan perkara yang bleh mendatangkan faedah..Ingatlah, masa itu emas, hargailah masa sebaiknya..


Buat pengetahuan semua, 2 miggu lepas keputusan final exam semester 2 dah keluar. 2 hari sebelum result kuar, saen2 ad ckap kt facebook y result nk kuar dlam masa tdekat nie..huh, bdebar, seram sejuk dah tubuh.. Tkut sangat sbb takut xdapat apa yang diimpikan kerana banyak sangat masalah sebelum semasa dan selepas exam. Lpas 2 hari, kawan ad mesej bagitahu result dah kuar, bleh la check. Masa tu dah lewat dalm pukul 6.40 petang. Terus buka laptop nk check.huh, memang berdebar sangat2, tkut mimpi tak menjadi realiti.. Lepas bukak, msukkan username dan password, then log in n tuptup bukak....huh alhamdulillah.. Syukur sangat2. Target dah lepas cuma impian nk dapat anugerah Dekan blum lg tercapai. Insyaallah dengan sedikit lg usaha, tawakal dan doa mungkin tercapai kot..hehe(perasan)
Pencapaian untuk sem nie kira berpuas hati la dari semester pertama, kira banyak jugak la meningkat. Walaupun banyak sangat2 dugaan, cabaran dan rintangan untuk semester ini, alhamdulillah dapat jugak ditempuhi. Tapi ad jgak la sedikit terkilan dengan subjek agroeko sbb last exam, sangat2 stress dengan masalah yang bertimpa-timpa. Yaallah, Tuhan saja yang tahu begitu tertekan nya saya pada hari itu sehingga xdapat membaca dari malam peperiksaan lg sampa la ke dalam dewan peperiksaan. Saya xtahu apa yang saya jawab, nasib baik la semua objektif, main tembak je la. Klu structure n esei, c0mferm kertas saya la lecture snang nk tanda sbb byak sangat yang kosong..huhuhu. Walau ap pun, saya percaya dan yakin pada rezeki saya, Allah dah memberi yang terbaik utk saya. Benar la kata alim ulama', ujian itu menguji keimanan.

Di kesempatan ini juga, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga buat teman study group saya Hanim, Sarah, Mardhiah dan Farah kerana banyak berkongsi ilmu dan tunjuk ajar.. Jasa kalian saya kenang sampa bila2..Moga Allah sahaja yang membalas budi baik kalian semua n semoga kalian semua dirahmati dan diredhai oleh Nya..Aminn Tahniah buat mereka semua sebab dapat anugerah Dekan..Caya lah korang, memang The Best la..=)


Jazakumullah...

p/s : Jangan cepat mengeluh andai diri diuji.. Mungkin yang terbaik menanti kita di sana kerana Dia mengatur hidup kita dengan aturan yang indah sekali.. Good Luck untuk sem akan datang..=)



:: annurislam ::