Sunday, May 15, 2011

Saya Mesti Berubah!

Hadoii, sekali lagi saya malas nak menghapdate ini blog..
Apa nak jadi ngan saya nie, hangathangat tahi ayam je..
Tengah taksub ngan contest and giveaway..
Dah cakap dah, mesti terabai blog personal nie..
Hurmm...haiyaa!!

Okeh, saya harus berubah!!!
Bukan harus, tapi MESTI berubah!!!
Esok, 16 Mei 2011 saya akan mula berpraktikal di Jabatan Pertanian Lundang, Kubang Kerian bersamasama dengan 4 lagi sahabat.
Mulai esok juga, saya akan masuk ke alam pra pekerjaan..
Perasaan  bercampur baur, suka, gembira, tak sabar, takut, gentar, gemuruh semua ada..
Kawan saya yang buat praktikal kat oversea semua dah fly..huhu bestnya..
Tapetape saya pun best jugak buat kat sini, jimat duit..(ayat sedap hati)

Haishh, lari dari tajuk pulak dahh..Maksud berubah itu first sekali saya kene ubah sikap..Sikap malas kepada rajin..Nak bekerja nie mestilah kene tunjuk contoh yang baik kepada majikan baru la majikan suka..tak gitu?? Perlakuan, tingkah laku, tutur kata semua tue amat mempengaruhi personaliti kta yang saban waktu orang sekeliling perkatakan samaada orang bangga tengok kta..Means cara dan komitmen kita bekerja atau orang akan mencemuh cara dan tingkah laku kta.. Wallahua'lam.

“Barang siapa yang hari ini sama saja dengan kemarin, merugilah dia. Jika hari ini lebih buruk dari kemarin, dia celaka. Dan beruntunglah bila hari ini lebih baik dari kemarin.”

Saya juga kene ubah waktu tidur saya..haishh, malu pula bile didedahkan di sini..Tapi, takpela demi kebaikan serta motivasi diri saya sendiri..Tidak disangkal lagi, senario pelajar hari ini waktu tidur mereka sudah berubah..Saya yakin, keadaan ini bukan terjadi pada diri saya seorang, ramai lagi di luar sana..Waktu tidur sudah berubah, sepatutnya tidur pada waktu malam tetapi bertukar malam berjaga sampai ke pagi..Sebaliknya pagi tempat mereka mengqada'kan tido smpai tengah hari..ishish..Sepatutnya waktu pagi la kta fresh, otak segar, bleh study n bekerja dengan tekun dan semangat..Dan itulah kenyataan nya yang terjadi hari ini.. Jadi, situasi itu kadangkala membuatkan saya rasa amat bersalah..Dan saya MESTI berubah!!!

Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati kearah kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.



Monday, May 9, 2011

Menu Hari Ini

Hihi hari nie bangun lewat lagi..Ape la nak jadi ngan anak dara sorang nie..ish2
Walaupun letrik takde, tdo dalam kepanasan tapi tetap maintain je..haha
Bangun tido terus masakk...
Jeng jeng jeng..Ape menu saya hari nie?? Tekateka...

+++++++++++++++++++++++

Ayam masak paprik..:)


Nampak best tak?? Best la..Adikadik saya makan tak angkat kepala..haha
Sapesape nak resepi tue, nak bagi serba salah..
Saya nie main masak n campak je..Nak budget pun tak reti..
Betol wak, kalu masak ikt resepi belum tentu sedap..
Baik kta main campakcampak je, k0npem sedapp..:)


p/s : Special to my TEMAN..Tengok je dulu, nnt i masakkan utk u..Hakhak



Happy Mother's Day

Assalamuaalikum..
Hari nie dah 9 Mei 2011..Entry ini agak terlewat sikit..
Sebenarnya nak taip semalam, tapi letrik plak tak de..
Sape la buat kerja nie, TNB tak tahu nak manage masa ke..Sehari takde letrik.
Tido dalam kepanasan orangorangkampung saya semalam..
Kesian umie abah adik saya, pegi kerja, sekolah baju tak bergosok..hish2 memang tak patut..
(sorry yer manemane yang terasa sedara mara die berkhidmat dengan TNB tue, tapi itulah hakikatnya)

Ok, semalam 8 Mei 2011 adalah Hari Ibu SeMalaysia..
Di sini saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat hari ibu kepada semua ibuibu dan bakal ibu seluruh Malaysia terutama sekali kepada my mom, Puan Rusnani Hassan.
Terima kasih umie kerana menjadi ibu kapada saya selama 21 tahun ini serta sabar dalam mendidik saya yang banyak kerenah dan degil ini. 

Dari blog Kak Mahfuzah..
Selamat Hari Ibu wahai Ummi yang ku Kasihi kerana Allah..
Terima kasih atas segala titik peluh ummi membesarkan kami..
Masa yang ummi korbankan untuk kami..
Kesabaran ummi melayan karenah kami..
Doa yang tidak putus dari ummi buat kami..
Kami sayangkan ummi melebihi dari diri kami sendiri..

Ummi..Kami takkan sia-siakan harapanmu..
Akan kami penuhi segala hasratmu..
Demi kerana kami sebagai amanahmu..
Demi kerana amanah darimu untuk kami...
Untuk ISLAM..



Buat jamuan kecil-kecilan sempena hari ibu.


Doa dari kami khas buat mu Ummi..


Ya Allah
Rendahkanlah suaraku bagi mereka
Perindahlah ucapanku di depan mereka
Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan
Lembutkan hatiku untuk mereka

Ya Allah,
Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya, atas
didikan mereka padaku dan Pahala yang besar atas
kesayangan yang mereka limpahkan padaku,peliharalah
mereka sebagaimana mereka memeliharaku.

Ya Allah,
Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan
atau kesusahan yang mereka deritakan kerana aku
atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku
jadikanlah itu semua penyebab susutnya
dosa-dosa mereka dan bertambahnya pahala kebaikan
mereka dengan perkenan-Mu ya Allah
hanya Engkaulah yang berhak membalas kejahatan dengan
kebaikan berlipat ganda.

Ya Allah,
Bila magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku,
Izinkanlah mereka memberi syafa'at untukku.
Tetapi jika sebaliknya, maka izinkanlah aku memberi
syafa'at untuk mereka,sehingga kami semua berkumpul
bersama dengan santunan-Mu di tempat kediaman
yang dinaungi kemulian-Mu, ampunan-Mu serta rahmat-Mu... .

Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha
Agung, serta anugerah yang tak berakhir dan Engkaulah
yang Maha Pengasih diantara semua pengasih.

Amin Ya Rabbul Alamin...


Friday, May 6, 2011

Blog Contest & Giveaway

Alhamdulillah..akhirnya dapat jugak blog baru..
hihi bukan susah sgt pun kalau nk buat blog yang ala kadar nie..
15 minit pun dh siap, tue pun kalau dah ada accaunt la sebelum nie..
Berjaya jugak saya buat blog nie, khas untuk contest n giveaway yang saya joinn..

OK, Check it Out..

Ok, bukan ape tak nak campur adukkan blog peribadi dengan contest.
Barulah tersusun ckit, nie tak penuh dengan contest je dalam blog nie..
Lepas nie boleh la saya tumpukan pada contest & giveaway sebelum praktikal nie..
Jom la semua blogger, best n syokk jugak la join contest d alam maya nie..
Tambahtambah bile dapat tahu sebagai pemenang..Excited!!

Moga lepas nie saya aktif joinn contest & giveaway..
Tengok lah, baru je buat blog semalam entry dah smpai 18..
Hebathebat..begitu excited sekali..
Saya nie jenis hangathangat tahi ayam..excited kejap je..
Tapetape saya cuba untuk join skurangkurang 1 contest shari..hihi

TAPII..jangan la pulak saya mengabaikan blog yang satu nie..
Harapharap idok la gitu nya..Nanti bersarang plak blog nie..
Tambahtambah bile praktikal dah start..
Lagi la tade masa nak hapdet..Balik dah la petang..
Terus tumbang atas katill..Mood pun dah hilang..
Tapi facebokk tetap maintai..kui2

Ok lah, sila la follow blog sy yang satu lagi tue yer..
tak nak follow pun tape, saya xkisahh..
Sbb tue blog contest je..hurmm


Wednesday, May 4, 2011

Suka Atau Tidak, Rela Atau Terpaksa

Bismillahirrahmanirrahim...
As salam..

Entry kali agak serius dan skema..Harap semua memahami..

First sekali, saya ingin menyatakan blog ini adalah hak milik saya sepenuhnya, tanpa shared dengan sapesape.. Sebarang copy paste, sebaran atau link hendaklah dberi tahu terlebih dahulu kepada pemilik..Ecece.. Mane yang berguna, sebarkan la, tanpa minta izin pun.. TAPII..., sebarang luahan perasaan, geram, marah, kecewa, hampa dan semua jenis mood yang emosional atau kata lainnya perasaan yang negatif yang terluah di dalam blog ini dilarang sama sekali sebarkan terutama sekali di Facebook melainkan dengan izin saya..Faham??? (sekali lagi berlagak..hihihi)

Sbb blog ini adalah hak milik peribadi saya, dan terpulang pada saya la nak tulis ape pun..Saya amat mengalu alukan sebarang komen dan cadangan dari anda semua..Sebarang komen yang negatif, bukanbukan dan sebagainya, saya berhak untuk mendelete..Anda faham maksud saya?? (saya konpius nie, ade ke orang nak baca, apetah lagi komen?? huhh) Saya tidak kisah anda ingin bersangka baik atau pun buruk pada saya sebab saya tahu itu adalah hak individu..right?? 

Ok, buat pengetahuan semua..sebarang catitan yang tertulis atas blog ini berdasarkan pengalaman penulis sendiri..Dan saya minta maaf andai ada yang terasa hati, terguris perasaan atau manemane perasaan negatif yang hadir dalam diri kalian ketika membaca manemane entry dalam blog ini.. Blog ini adalah sekadar catatan perjalanan saya sebagai seorang anak, kakak, pelajar, sahabat, teman, serta hamba Allah yang hina lagi banyak dosa..Saya rase blog ini tidaklah banyak ilmu yang hendak dikongsikan tetapi ia segala yang tertulis amat bermakna bagi saya..

Dan sekali lagi saya memohon maaf andai ada yang terguris selama mana entry ditulis dan akan ditulis dan selama mana saya akan berkarier dalam blogging serta selama mana saya hidup..Dan itulah saya sebenarnya..Terpulang pada anda untuk mengandaikan saya sebagaimana..Kerana orang yang rapat dengan saya sahaja dapat mengenali saya yang sebenar benarnya..Sekian..

"SUKA ATAU TIDAK RELA ATAU TERPAKSA"



p/s :  Mohon sangat sebarang cadangan, komen serta idea dari korang.
Saya adalah saya dan sama sekali tidak berubah..
Mohon maaf andai terkasar bahasa..
Yang baik datang nya dari Dia, yang buruk datang nya dari kelemahan saya sendiri..:)



Keterehh..I'mm Coming

Kuikuikui
Patut ke tajuk entry tue gitu???
Cam tak sesuwaii je..Xpe2..kalu korang nak baca, sila..
Tak nak baca sudahh..saya tak rugi sesen pun..
Belagak tak saya??? Agak laa kan..I'mm soryyy...

Esok, adalah last sem saya kat UMT utk semester 4 ini..
Malam nie malam last bersama rumate tersayang..Sarah Syuhada.
Terima kasih banyakbanyak yer sarah selama satu semester nie sebilik bersama..
Sayang rasanya untuk tinggal bilik nie wlaupun duduk hanya 5bulan.
Rindu rasanya untuk merempit lg ke kelas..
Next sem kita merempit lagi yer..hihi

Tak lupa pada sahabat saya yang lain, Hanim, Mardhiah dan Farah..
Jasa korang semua sangat dihargai..
Semester depan i tinggal brsama korang ehh..
Sementara tunggu rayuan asrama tue lulus..
And thanks sangatsangat smbut besday ari tue..
KOrang memang superb r..Next sem kta buat lagi makan besor..
Untuk besday orang strusnya plak yer..Sape agakagak??
Orang tue dah senyumsenyum dah tue..
Hihihi..^_^

Dikesempatan ini saya nak ucap selamat ber LI kepada semua sahabat2 ku..
Jaga diri baikbaik yer semua..
Tahniah kepada yang dapat fly ke Bandung n Lampong..
Dan jangan bersedih pada yang xdpat pegi ke Thailand..
Mugkin ada hikmah nya..Mane kta tahu kan??
Allah dah rancang yang terbaik untuk kta semua..
Perancangan Allah jauh lebih baik dari perancangan manusia..
Cuma kita perlu berusaha, Allah yang menentukannya..

Yang dapat pegi,alhamdulillah..Teruskan perjuangan..
Jaga diri baikbaik di tempat orang yer..:)



p/s : Aishh, nape saya macam dalam mood sedih nie, skema plak tue..



I'mm Coming...

Puuihh puihh puihh..fuhhhhh..
Haicummmm..
Haa, haa jangan dok buatbuat bersin kat sini plak..
I tahu la blog nie dah bsarang, berhabuk 3 4 inch..
Nak sapu n bersih cucicuci la nie!

Ok, nie first entry untuk bulan March, April, n Mei..
Wooww, lama tue tidak berhapdet..
Bukan ape la, i busy sesengat kbelakangn ini..
Smalam baru hbis exam..lega la ckit..
Baru ada masa nak hapdet ini punya blog..
Sowisowi sesape yang bertandang kat cnie, tengoktengok entry lama je yang ada..
(eh, ad ke orang datang jenguk cnie..perasan!) 

First hapdet nie tak tahu nak cakap ap..mood nak bcerita tak datang lagi..
Dalam masa tak hapdate dekat 3 bulan tue, mcammcam yang dah brlaku..
Masa tue jugak la saya kuat melancong..kui2
Pergi ke Cameron, Perak, KL, Perak lagi, Kota Bharu..
Dan pada masa yang sama, saya menang giveaway Kaspersky free..huhu
Terima kasih banyakbanyak pada FARISZ@AZ.Com kerana memilih saya sbg pemenang.


p/s : Nuffnang saya tetap naik walaupun tak hapdet 3bulan..Thanks NUFFNANG!! Muahh