Monday, January 17, 2011

Perginya Seorang Sahabat

Al-Fatihah buat sahabatkuNurul Iman binti Ab Alim kerana telah kembali ke rahmatullah petang semalam..
Arwah dikatakan terhidu gas carbon monoxide dari pemanas air di dalam bilik air.


Al-Fatihah..
Semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orangorang yang beriman.


  


Iskandariah,17 Jan : Seorang pelajar akhawat, Nurul Iman binti Ab Alim telah disahkan meninggal dunia kira-kira jam 10.15 pagi tadi. Arwah yang berasal dari Kelantan pada mulanya ditemui berada dalam keadaan tidak sedarkan diri pada jam 9.15 pagi di dalam bilik air oleh 2 orang ikhwah yang mendapat panggilan kecemasan daripada ahli rumah beliau.
Anak ke 2 daripada 10 adik-beradik ini dipercayai telah masuk ke bilik air pada jam 8.00 pagi. Selepas lebih satu jam tidak keluar, ahli rumah mengesyaki sesuatu berlaku kerana tiada sahutan apabila pintu bilik air diketuk, dan kemudiannya mereka menghubungi ikhwah yang berada berdekatan. Ikhwah yang tiba ditempat kejadian lantas membawa mangsa ke Hospital Salamah apabila melihat mangsa dalam keadaan tidak sedarkan diri, dan mereka mengesyaki kemungkinan mangsa mengalami  keracunan gas yang berpunca daripada kebocoran gas yang digunakan untuk memanaskan air selepas terbau gas semasa berada dalam bilik air tersebut.
Kira-kira jam 9.45 pagi, mereka tiba di Hospital Salamah dan membawa mangsa untuk dirawat di wad kecemasan. Pengarah MARA Timur Tengah, Ustaz Isahak Othman serta pegawai tiba di hospital kira-kira 5 minit kemudian selepas dihubungi oleh ikhwah terbabit. Jam 10.15pagi, doktor yang merawat mangsa telah mengesahkan mangsa meninggal dunia akibat keracunan gas (Carbon Monoxide Poisoning). Atase Pendidikan(Khas) JPMK Iskandariah, Ustazah Zakiah binti Zaidon tiba bersama Pengerusi PERUBATAN Cawangan Iskandariah, Abdul Rahim Suhaini kira-kira jam 11.15 pagi selepas mendapat makluman.Mereka kini sedang menguruskan proses untuk mengeluarkan jenazah daripada hospital.
Arwah merupakan pelajar tahun 3 jurusan perubatan yang kini sedang menghadapi peperiksaan akhir semester berbaki 7 kertas daripada 10 dimana kertas ke-4 akan diduduki pada esok hari. Sehingga saat berita ini ditulis jenazah masih berada di hospital dan menunggu urusan untuk dikeluarkan.
Semua warga PERUBATAN Iskandariah dijemput bersama-sama ke Asrama MARA selepas maghrib hari ini untuk Majlis Bacaan Yassin dan Tahlil (solat jenazah tidak dapat dijalankan lagi kerana jenazah masih ditahan untuk bedah siasat).
Al-fatihah untuk arwah,semoga rohnya ditempatkan bersama para solihin.
Kemaskini 1  (8.30 malam 17/1/2011)
  • Majlis bacaan Yassin dan tahlil untuk arwah telah selamat diadadakan di Asrama MARA selepas solat maghrib tadi dengan kehadiran lebih dari 200 pelajar.
  • Jenazah masih berada di Hospital Salamah,menunggu untuk bedah siasat berkemungkinan besar esok pagi.Hal ini kerana pihak hospital tidak membuat bedah siasat pada waktu malam serta urusan untuk menuntut jenazah perlu terlebih mendapat pengesahan dari pihak Polis dan Mahkamah Mesir.
  • Jenazah akan dikebumikan di Kaherah,sama ada esok ataupun lusa bergantung kepada proses menuntut jenazah yang kini sedang diuruskan oleh pihak Kedutaan Malaysia.
  • Solat Jenazah akan diadakan di Asrama MARA selepas selesai urusan menuntut jenazah,waktunya akan diberitahu kelak.
  • Makluman untuk semua pelajar tahun 3 IUMP, berikutan kejadian yang berlaku, exam Pathology esok (18/1/2011) akan ditangguhkan daripada pukul 9pagi ke 12tengahhari.

No comments: