Friday, June 25, 2010

Tolong Menolong

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِي اللهُ عَنْهُ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : مَنْ نَفَّسَ

عَنْ مُؤْمِنٍ كُرْبَةً مِنْ كُرَبِ الدُّنْيَا نَفَّسَ اللهُ عَنْهُ كُرْبَةً مِنْ كُرَبِ يَوْمِ الْقِيَامَةِ، وَمَنْ

يَسَّرَ عَلَى مُعْسِرٍ يَسَّرَ اللهُ عَلَيْهِ فِي الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ، وَمَنْ سَتَرَ مُسْلِماً سَتَرَهُ

اللهُ فِي الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ وَاللهُ فِي عَوْنِ الْعَبْدِ مَا كاَنَ الْعَبْدُ فِي عَوْنِ أَخِيْهِ. وَمَنْ

سَلَكَ طَرِيْقاً يَلْتَمِسُ فِيْهِ عِلْماً سَهَّلَ اللهُ بِهِ طَرِيْقاً إِلَى الْجَنَّةِ، وَمَا اجْتَمَعَ قَوْمٌ

فِي بَيْتٍ مِنْ بُيُوْتِ اللهِ يَتْلُوْنَ كِتَابَ اللهِ وَيَتَدَارَسُوْنَهُ بَيْنَهُمْ إِلاَّ نَزَلَتْ عَلَيْهِمْ

السَّكِيْنَةُ وَغَشِيَتْهُمُ الرَّحْمَةُ، وَحَفَّتْهُمُ الْمَلاَئِكَةُ، وَذَكَرَهُمُ اللهُ فِيْمَنْ عِنْدَهُ، وَمَنْ

بَطَأَ فِي عَمَلِهِ لَمْ يُسْرِعْ بِهِ نَسَبُهُ

(رواه مسلم)

Terjemah hadits / ترجمة الحديث :

Dari Abu Hurairah radhiallahuanhu, dari Rasulullah sallallahu’alaihi wasallam bersabda : Siapa yang menyelesaikan kesulitan seorang mu’min dari berbagai kesulitan-kesulitan dunia, nescaya Allah akan memudahkan kesulitan-kesulitannya hari kiamat. Dan siapa yang memudahkan orang yang sedang kesulitan niscaya akan Allah mudahkan baginya di dunia dan akhirat dan siapa yang menutupi (aib) seorang muslim Allah akan tutupkan aibnya di dunia dan akhirat. Allah selalu menolong hambanya selama hambanya menolong saudaranya. Siapa yang menempuh jalan untuk mendapatkan ilmu, akan Allah mudahkan baginya jalan ke syurga. Sebuah kaum yang berkumpul di salah satu rumah Allah membaca kitab-kitab Allah dan mempelajarinya di antara mereka, nescaya akan diturunkan kepada mereka ketenangan dan dilimpahkan kepada mereka rahmat, dan mereka dikelilingi malaikat serta Allah sebut-sebut mereka kepada makhluk disisi-Nya. Dan siapa yang lambat amalnya, hal itu tidak akan dipercepat oleh nasabnya.

(Riwayat Muslim)

Pelajaran yang terdapat dalam hadits / الفوائد من الحديث :

1. Siapa yang membantu seorang muslim dalam menyelesaikan kesulitannya, maka akan dia dapatkan pada hari kiamat sebagai tabungannya yang akan memudahkan kesulitannya di hari yang sangat sulit tersebut.

2. Sesungguhnya pembalasan disisi Allah ta’ala sesuai dengan jenis perbuatannya.

3. Berbuat baik kepada makhluk merupakan cara untuk mendapatkan kecintaan Allah Ta’ala.

4. Membenarkan niat dalam rangka mencari ilmu dan ikhlas di dalamnya agar tidak menggugurkan pahala sehingga amalnya dan kesungguhannya sia-sia.

5. Memohon pertolongan kepada Allah ta’ala dan kemudahan dari-Nya, karena ketaatan tidak akan terlaksana kecuali karena kemudahan dan kasih sayang-Nya.

6. Selalu membaca Al Quran, memahaminya dan mengamalkannya.

7. Keutamaan duduk di rumah Allah untuk mengkaji ilmu.



Sekadar Renungan Bersama

 

Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; 

Dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya. 
[An-Nur:31]




Wednesday, June 23, 2010

Berkati Kami di Bulan Rejab


Alhamdulillaah, hari ini kita telah memasuki 11 Rejab 1431 Hijriyah dalam hitungan kalender Islam. Bulan Rejab adalah bulan ke tujuh dalam sistem kalender qomariyah islam. Ertinya, dua bulan lagi, insyaallah kita akan memasuki bulan yang istimewa, iaitu Ramadhan. Apakah kita sudah mempersiapkan diri menyambutnya?

DOA DI BULAN REJAB

Rasulullah saw biasa mempersiapkan diri dalam menyambut bulan puasa jauh dari hari sebelumnya. Bahkan ketika beliau melihat awal bulan Rejab, dua bulan sebelum Ramadhan, beliau telah mempersiapkan diri secara rohani. Beliau menundukkan hati dan memasang niat yang suci melalui doanya:
Allaahummaa bariklanaa fii Rajaba wa Sya’ban, wa balighnaa Ramadhaan.
Yaa Allaah, berkatilah kami di bulan Rejab dan Sya’ban serta sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan.
(HR. Imam Ahmad, dari Anas bin Malik)

Beliau dengan khusyuk memohon kepada Allah agar memberkati dirinya dan kaum muslimin di dua bulan menjelang Ramadhan. Tanpa keberkatan ini, tentulah hari-hari kita akan berkurang nilainya, apalagi dalam rangka menyongsong bulan yang penuh pahala dan ampunan dari Allah swt.
Demikianlah Rasulullah saw yang telah menjadikan bulan Rejab sebagai titik tolak, sebagai bulan perancangan untuk menyambut Ramadhan.

AMALAN DI BULAN REJAB

Sebagai umat Islam, kita yakin dan percaya dengan melakukan amalan dan ibadah di bulan rejab ada pahala yang sangat istimewa yang berlipat kali ganda. Sama ada dalam ibadat puasa sunat atau ibadat2 sunat yang lain. Tetapi benarkah demikian? Adakah Rasulullaah memberikan contoh atau pernyataan seperti itu?
Berikut adalah pernyataan beberapa ulama tentang hal tersebut.

Setelah menelaah hadis di atas tadi, Ibnu Taimiyyah rahimahullah menyatakan,” Tidak pernah diriwayatkan dari Nabi saw tentang fadhilat bulan Rejab di hadis-hadis yang lain. Bahkan kebanyakan hadis yang tersebar tentang keutamaan bulan Rajab ini yang disandarkan kepada Rasulullah Shalallahu ‘Alahi Wassalam adalah dusta…”(Iqtidhaa-ush Shiraatil Mustaqiim).

Sementara itu, al Hafizh Ibnu Hajar al Asqalani rahimahullah dalam risalahnya, Tabyiinul ‘Ajab bi Maa Warada fii Fadhli Rajab menjelaskan, “Tidak muncul satu pun hadis sahih tentang keutamaan bulan Rejab, tidak pula tentang puasanya, tidak tentang puasa tertentu, dan tidak juga tentang mendirikan solat malam tertentu di bulan ini yang dikuatkan oleh sebuah hadis yang layak untuk dijadikan sebagai hujjah.”

Adapun ‘Umrah di bulan Rejab telah disebutkan oleh Ibnu Rajab bahwa “umrah dibulan Rejab itu adalah hukumnya sunat menurut pendapat generasi Salaf. Diantaranya ‘Umar bin Khaththab radhiallahu anhu dan ‘Aisyah radhiallahu anha. (lihat Laathaa-iful Ma’aarif)

BULAN REJAB BULAN MULIA

Meskipun demikian, bulan Rejab adalah salah satu dari bulan-bulan ‘haram‘ atau mulia di sisi Allah swt. Allah berfirman:
“Sesungguhnya bilangan bulan pada sisi Allah adalah dua belas bulan, dalam ketetapan Allah di waktu dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan haram…” (Al Qur’an surat At Taubah: 36)

Di dalam ash Shahihahin terdapat hadis dari Abu Bakrah rahimahullah dari Nabi Shalallahu ‘Alaihi Wassalam banwa beliau bersabda:

“Sesungguhnya zaman telah berputar seperti keadaannya ketika Allah menciptakan langit dan bumi, dalam setahun itu terdapat dua belas bulan. Empat diantaranya adalah bulan haram (disucikan). Tiga dari empat bulan itu, (jatuh secara) berurutan iaitu Dzulqaidah, Dzulhijah, Muharram. Sedangkan Rajab (yang disebut juga sebagai) syahru Mudhar, terletak diantara Jumada (ats Tsaniyah) dan Sya’ban.” (HR. Bukhari)
Ibnu Jarir ath Thabari rahimahullah meriwayatkan melalui sanadnya, dari Ibnu Abbas radhiallahu anhu sehubungan dengan pengagungan Allah terhadap kesucian bulan-bulan ini, beliau berkata,
“Allah Ta’ala telah menjadikan bulan-bulan ini sebagai (bulan-bulan yang) suci, mengagungkan kehormatannya dan menjadikan dosa yang dilakukan pada bulan-bulan ini menjadi lebih besar dan menjadikan amal soleh serta pahala pada bulan ini juga lebih besar.”
(Tafsir ath Thabari)











 

Happy Bestday Abah!!


Assalamualaikum wrh...

Hari ini 23 Jun, Selamat Hari Lahir ke 46 buat abah ku tersayang, Busra Bin Abdullah.
Semoga abah panjang umur, dberi kberkatan usia dan dimurahkan rezeki selalu hendaknya..Aminn


...Oreo Cheese Cake...


..sempat makan kt Food Court ngn suena n shopping sikit..

 

Abah, kami semua menyayangi abah spenuhnya.
Semoga abah dberi kesihatan tbuh bdan untuk mendidik dan mentarbiahkan kami semua. 
Semoga abah dberkati oleh Nya n semoga kita semua terus dberi nikmat Iman dan Islam yang berpanjangan..
Aminn..


 
...Selamat Hari Bapa...

Di kesempatan ini, kami sekeluarga ingin mengucapkan Selamat Hari Bapa untuk abah.
Semoga amalan abah dalam mendidik kami dberkati dan dterima oleh Nya..Aminn
Abah la bapa mithali untuk kami adik bradik, tetap sabar membesar, mencari nafkah, melayan kerenah kami adik beradik, mendidik n melengkapi kami dgn ilmu duniawi dan ukhrawi, menyediakan keperluan kami adik bradik, n semua la..abah tabah n sabar melalui nya sehingga tahap ini.


Terima Kasih yang tidak terhingga buat abah dan juga umie dalam membesarkan kami.
Semoga Allah swt sahaja yang membalas jasa kalian.
Semoga ummie dan abah sentiasa di bawah peliharaan Nya selalu..
Amiinn..




Friday, June 18, 2010

Tidak Sengaja

Salamuna'laik...


Hari ini, tidak terfikir pun untuk mengupdate blog ini.
Tp rasenya nak menulis jugak sbb hari ini telah menjadi sejarah buat diri ku..huhu


####

####

####


Sebenarnya, hari ini saya telah mencalarkan kereta ummie dan pok teh ku..huahua
Kejadiaan tersebut bukan dipinta mahupun disengajakan, tp Allah izin kejadian tersebut dah nak berlaku pada tarikh, masa dan tempatnya..


Pagi tadi, ummie ajak g rumah maa (nenek) untuk makan roti jala dan kuzi. Selepas makan ummie ajak balik dan saya dengan senang nya naik kereta untuk mengundur dan memandu pulang.


Dalam keadaan yang tidak sedar, saya telah mengundur kereta lalu mengenai kerete pok teh yang di parking dekat dengan kereta ummie..(pok teh, ore parking jauh doh, pok teh g parking dekat bakpo, hehe). Jenis xse menerima kenyataan. haha


Dah la kereta baru die, huh memang pucat lesi la time tu macam xde darah mengalir. Hanya tuhan je tahu betapa takut dan gelisah nya time itu. Mase tu abah dah balik dan pok teh dan cik za berada di rumah. Terus menelefon abah supaya datang cepat ke rumah maa untuk mengalih kereta.


Pada masa kecemasan itu, kereta masih belum dialihkan kerana masih rapat antara satu sama laen dan tkut silap langkah akan lbih memudaratkan lagi keadaan. Ku lihat, kupandang, ku renung wajah ummie, maa, ayah, cik da, adik2 semua. Masing2 dalam keadaan terkejut.


Tidak lama kemudian, pok teh pun sampa, terus tengok kereta die. Ayat yang mula2 keluar dari keretanya "Allah, kereta aku!!!"
Memang lawak la pokteh time tu, dengan muka die. Xlama selepas tu abah pun smpa plak then terkejut tgk. Akhirnya, abah berjaya mengalihkan kereta tersebut. Keputusannya, ada banyak jugak calar kat kereta ummie dan sedikit 'lokoh' cat (ada ke bahasa gitu) pada kereta pokteh. Tu pun kt bhagian tyar, kira xnampak sangat pun. (lega pokteh) haha.


Kemudian cik da kata klu polish tu hilang, dan terus cik da ambik polish yang ada dalam kereta nya. Abah terus polish, alhamdulillah kesan calar yang ada semua hilang. Saya sendiri pun sedikit lega, xla kuat sangat ketaranya. Tu semua bukan dipinta, bak kata cikda biase la tu nak geroh.


Lepas tu, pok teh xhabis2 nak perli. Geram wehh. Tapi saya tahu, pokteh xmarah pun.huhu
Tak lama kemudian cik yah n ayah soh smpa, dan tersebar la kejadian tersebut. Cik yah tengok kt kereta yang kne lalu berkata "Oloh, sikit jah nie, patut kno kuat lagi" Lawak sungguh cik yah.


Setakat ini dulu c0retan dan pengalaman serta pengajaran untuk entry kali ini buat diri ku..
...salam..


p/s : gambar xingat nak snap sbb terlalu gementar dan takut.


Thursday, June 17, 2010

KB, Pasar Tani, Jeram Linang..

Assalamualaikum wbt.. Selawat dan salam buat Nabi & Rasul junjungan SAW.

Sedar tak sedar sekarang kita berada pertengahan bulan Jun, bermakna beberapa minggu sahaja lagi saya akan berada di rumah kemudian menyambung pembelajaran sebagai pelajar di UMT. Selama berada di rumah ini, terlalu banyak sangat aktiviti walaupun aktiviti saya makan dan tido sahaja (tu pun aktiviti jugak) hehe.. Terlalu nikmat rasenya berada di rumah, walaupun ramai dalam kalangan kawan saya mengatakan boring dok rumah. Tetapi bagi saya tidak sedikit pun berada di rumah itu boring, malah ia dianggap nikmat yang tak ternilai.



Nikmat yang paling besar bg saya bila berada di rumah ialah nikmat kebahagiaan bila bersama kaluarga. Bergurau, berkongsi cerita, keluar bersama, shopping, berkhelah, berlawak jenaka, "bobok" (bhasa klate), suka kcau adik, mmasak n pelbagai aktvti membuat kan saya bhagia sgt bila bersama mereka. (walaupun umie slalu mrah saya sebab kcau adik, tp tu la hobi saya. Kenak kan..hehe)

Dah lama rsenya xupdate blog ini, kerana kemalasan yang melanda diri. Pada mulanya bukan main bersemangat lagi (pada awal pembabitan dalam pembikinan blog) cari idea nk tulis ape dlm nie. Tp bru je sekerat jalan dah malas, ape la nak jd nie. ish3. Bile time rajin nk menulis plak internet buat hal, bile internet dah ok xjugak rse nak menulis. Lbih suka layan fb dengan membaca komen org dan membaca blog2 orang. Mcam xde kerja je. Tapi saya suka sangat baca blog2 married student tentang kisah mereka mcm mne mereka melayari bahtera perkahwinan dalam alam pembelajaran. Dengan nak menyara mkan mnum, membeli keperluan anak2, pampaers, susu, baju dan semua la.. sungguh kagum dengan mereka. ishhh, sudah byak dah melencong nie. sudah pasti entry kali ini panjang lebar nie..ok la, truskan kepada apa yang saya nak ceritakan.

Pada hari Khamis yang lalu, 10 June abah mengajak kami sekeluarga ke Kota Bharu. Niat utamanya nak membeli kain untuk saya untuk semester akan datang. (agah kan, buka sem baru nk baju baru, hehe). Abah terus membawa kami ke kedai kain Kelantan Silk Store dimana tempat yang biasa kami beli kain. Di sana, abah dah knal tauke kain tu, tmbah pulak ada diskaun 15% bagi kami sekeluarga sbb abah menggunakan kad ahli kawannya.


Sebenarnya ingat nak membeli 2 pasang kain shj, tetapi nafsu telah menguasai diri. Saya teringin sangat nk membeli baju warna pink dan purple sbb saya kkurangan bju warna itu walaupun sbenarnya saya meminati warna tersebut. Sebelum ini, abah saya yang selalu belikan baju untuk saya , adik2 dan umie, membuatkan saya tiada pilihan untuk membeli. Dan abah yang baik hati telah membawa saya ke kedai untuk memilih sendiri warna dan corak yang saya minat. Cari punya cari jumpa la 2 pasang, tapi warna pink sahaja yang jumpa. c0lour purple xjumpa pun, dan ambik la colour hijau cmpur biru (sbb berkenan sgt n hrga pun agak la mahal, ksian kat abah)



Setelah siap byar, umie tertengok la kain yang coraknya cantik. aishh, cantik la plak bju nie, fikir ku di dlm hati dan disuarakan di depan abah. Abah tanya nak ke, saya ckap biarla dlu, fikirkan ksian kat abah. Abah plak yang xsampai ati lalu, terus menyuruh pekedai itu menggunting. Lepas jalan2 ckit, abah terpandang la satu lagi kain, die plak yang minat kain itu lalu membeli plak. Adoii, abah ku. Buat pengetahuan semua, abahku ini memang meminati kain. Pantang sahaja die ternampak kain yang berkenan di hatinya, pasti die akan membeli buat diriku, adik2 dan ummie. Dan hari itu juga, maka belilah kami semua 6 psang baju (termasuk baju umie, adik dan saya) yag jumlahnya semua dlam dua ratus lebih. Tu pun selepas diskaun, kalau xde diskaun mahu nya sampai tiga ratus lebih. Kesian sekali lagi kat abah, hilang begitu sahaja duit dalam masa sehari bagi memenuhi keinginan dan kebahagiaan anak. Sesunggunya abah memang seorang bapa yang penyayang, tidak sesekali mengecewakan anak2.

Ya Allah, rahmatilah abah dan ummie, sesungguhnya mereka la harta yang paling berharga buat kami adik beradik dan lindungilah mereka di bawah sinaran rahmat Mu. Moga mereka tergolong dlam golongan orang2 yang soleh, dan tempatkan lah mereka di kalangan nabi dan anbia'. aminn..




Pada hari sabtu berikutnya, 12 June 2010 saya bercadang ingin ke Pasar Tani Ketereh memandangkan lbih 1thun saya tidak ke pasar tani. Niat ke sana ingin membeli beg kuliah. Saya ke sana dengan suna biarpun pada awlnya mahu pergi dengan wanie tapi dsebabkan ada msalah yang tidak boleh dielakkan saya bersama suena pergi ke sana.

Alhamdulillah, saya mendapat apa yang saya inginkan. Dan apa yang saya terkejut harga di pasar tani memang la tidak boleh dpertikaikan. Amat la terlalu murah berbanding beli di supermarket walhal produk yang dipasarkan adalah sama. Rase mcm teruja pun ada, ishhh dhsyatnya nafsu. Tapi laen kali mmg ingat nak beli kat pasar tani je. Klu beli kat supermarket, dapat satu je, tp beli kat psar tani dah dpat 2. Bukan ap pun, skadar nak buat g kuliah. (saya bukan suka sangat jenis yang branded "pdhal xde duit")

Lepas balik dari pasar tabi tu, ayah cik dan cik da bercadnag ke Jeram Linang. Ape lagi, excited la saya, sbb slama 2 bulan di rumah nie xberkesempatan pun nk keluar pergi jalan2 or makan angin. Tapi saya faham keadaan ummie dan abah yang cbuk dengan jadual nya yang penuh dengan kelas tambahan dan memenuhi jemputan perkahwinan. Apalagi, terus bersiap2 menyediakan apa yang ptut, mksudnya menyediakan makanan. Amat la kelam kabut ckit dtambah dengan penat berjalan ke psar tani td sbb saya dengan rela hatinya ingin menawarkan diri untuk menggoreng bihun.

Perjalanan kami ke sana sudah agak lewat, pukul 2.30 baru bertolak dan mengambil masa setengah jam untuk sampai ke sana. Ingat kan orang berkurang stelah petang, tp orang begitu ramai jgk pada sebelah ptangnya, mmyulitkan lagi untuk memakir kereta. Last skali, terpaksa parking kereta di atas, jauh sdikit dari kwasan berkhelah.

Ok la, lyan gmbar je la. Penat nak taip dtambah plak masa sekarang yang agak larut malam. 2.54 a.m.


..Setelah sampai, terus bukak mkanan..


..turun main air jugak sbb nak jaga budak2..







Sekian dulu untuk entry kali ini.. Semoga kebahagiaan terus menjadi milik kita semua dan perjalanan hidup kita ini terus diredhai oleh Nya..aminn

"Keharmonian, kebahagiaan, ketenangan, sakinah, mawaddah & rahmah" milik kita semua


Wednesday, June 9, 2010

Kenangan itu...


Assalamualaikum warahmatullah....

Hari ini genap 4 tahun kenangan itu berlalu.. Moga kenangan itu mengajar erti sebuah kehidupan sebenar.

Terima kasih untuk semuanya atas segala nasihat, tunjuk ajar, teguran yang bermakna dalam memotivasikan diri. Ia sedikit sebanyak membakar semangat untuk terus hidup dan bangun dari kekalahan.

Insyaallah segala kenangan itu tetap dijadikan kenangan dan diabadikan andai terlupa.

Terima kasih kerana mengingatinya dan saya begitu terharu ats ingatan itu dan ia cukup bermakna bagi kita.



Semoga kita terus berjaya dalam mengharungi pahit getir kehidupan. Barsabar la andai dilanda badai dan dugaan kerana ia mengajar kita erti sebuah kehidupan. Semoga kita sama2 berjaya memperolehi kehidupan dunia dan akhirat dan berdoa la semoga kita sama2 mendapat redha Allah yang sebenar2 nya.. Insyaallah...

Saturday, June 5, 2010

Ciri2 Teman Yang Baik


1. Teman yang baik selalu ada disaat kamu memerlukannya..

2. Teman yang baik tidak pernah menjerumuskan hidupmu dalam maksiat.


3. Teman yang baik selalu menegur dengan baik apabila kamu ada salah.


4. Teman yang baik tidak pernah membocorkan rahsia atau aib mu.

5. Teman yang baik selalu dapat memotivasikan dirimu.


6. Teman yang baik tidak pernah membicarakan mu dibelakangmu.


7. Teman yang baik selalu bersedia menolongmu walaupun temanmu sendiri memerlukan pertolongan.


8. Teman yang baik tidak menjelekkanmu dihadapan umum.


9. Teman yang baik tidak hanya membicarakan kelemahanmu tapi juga mencari jawapan atas kelemahanmu.


10. Teman yang baik ketika melihat kamu bersedih hati, dia akan bertanya "Kenapa?" dan dia akan sangat peduli terhadap masalahmu.


11. Teman yang baik selalu mendengar curahan hatimu.


12. Teman yang baik melebihi saudara sendiri.


13. Teman yang baik tidak menghitung-hitung perbuatan baik yang dia pernah lakukan untukmu.


14. Teman yang baik tidak mengingat kesalahanmu.


15. Teman yang baik tahu betul siapa dirimu.


16. Teman yang baik selalu bisa diandalkan.

17. Teman yang baik selalu ada, bukan saja ketika kamu ada wang dan meninggalkanmu kalau kamu tidak ada wang.

18. Teman yang baik tidak mengharapkan pembalasan.


19. Teman yang baik tidak pernah memanfaatkanmu.


20. Teman yang baik selalu boleh dipercaya perkataannya.


21. Teman yang baik selalu mengingat kebersamaan yang dialami.


22. Teman yang baik tidak pernah melupakanmu walaupun tidak lama bertemu.


23. Teman yang baik selalu mendukung apa yang baik bagi hidupmu.

24. Teman yang baik tidak tahan melihatmu dalam keadaan yang buruk.


25. Teman yang baik selalu menguatkanmu.

26. Ketika tidak tahu menghubungi siapa, teleponlah temanmu, karena dia sentiasa ada mendengar masalah mu.

27.Teman yang baik, dialah yang pertama kali menawarkan bantuan untukmu, tanpa kamu memintanya.

28. Teman yang baik menghargai apa yang ada padamu.

29. Teman yang baik tidak rela kamu dipersendakan.

30. Teman yang baik berusaha memberi yang terbaik.


p/s : Terima kasih buat sahabat2 ku semua...Thanks a lot....



Thursday, June 3, 2010

Jalan-Jalan

Assalamualaikum wbt. Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Selama sebulan lebih bercuti semester ini, ari nie lah pertama kali saya keluar dengan kawan sekolah saya, Wanie. Tapi kami keluar berdua sahaja untuk menghilangkan boring berada di rumah, menuju ke kedai Ketereh yang tidak la terlalu jauh dari rumah saya. Kawan yang lain, Najwa belum lagi pulang ke Kelantan manakala Asma mungkin mempunyai kesulitan kenderaan untuk keluar kerana jarak rumah yang tidak la terlalu dekat.Insyaallah, suatu masa nanti kita akan hang out ye, bile semua sudah pulang dan mempunyai masa yang sesuai untuk keluar. Saya tunggu tu! Tak sabar rasenya nak keluar dengan korang semua kerana korang la rakan yang The Best sekali!

...Friendship Forever....

Buat pengetahuan semua, Wanie dah ajak saya banyak kali untuk keluar ke kedai Ketereh, tapi hari ini baru Allah izinkan.. Sebenarnya berpunca daripada saya, susah sangat nak bangun pagi. Masyaallah, liatnya saya nk bangun pagi tambah2 dengan rumah yang tiada orang lagi la best tdo. Ish2 teruk kan..hehehe. Banyak kali dah saya cuba untuk bangun awal, bila saya set alarm, alarm berbunyi then saya tekan n sambung tdo balik. Last2 bangun lewat kemudian tak jadi la nak keluar. Sebenarnya sejak 2 minggu ini saya selalu tidak boleh tidur, maknanya saya tdo lewat. Kadang2 sampa pukul 3 tak bleh tdo lagi. Saya cuba nak tdo awal, tapi tak bleh. Mungkin sebab saya tido banyak siang hari kot menyebabkan malam susah nk tido, 'tp xde la banyak' sangat cuma bangun lewat pagi je.. hehehe.

..gud morning semua..

Hari nie saya cuba bangun awal dan alhamdulillah Allah kejutkan saya bgun. Kemudian, saya terus mandi dan bersiap2 nak ke rumah Wanie. Selepas siap, ingat nak tunggu ayah datang untuk menghantar ke rumah Wanie. Rupa2 nya ayah dah sampa, ad kat bawah dekat kandang lembu die.

Ayah, bleh tak hantar rumah Wanie jap?
Bleh, siap2 la.
hehehe

Apabila nak turun, pok teh sampa tanya nak g mane. Cakap la nak g kedai tere. Kemudian ayah siap2 nak g hantar, lpas tu pok teh kta biar die la hantar. Kemudian, saya pun ke rumah Wanie dengan membonceng motosikal dengan Pok Teh. Apabila sampa di rumah Wanie, saya tunggu sekejap untuk Wanie bersiap then kitorang pun berjalan ke kedai Ketereh. Sambil berjalan tu, banyak la cerita yang ingin dikongsi memandangkan lama sudah kami tidak bertemu.


Sesudah sampa di kedai, Wanie menyatakan hasratnya untuk ke Cyber Cafe (cc) untuk mnyemak result nya yang keluar hari nie. Then saya meneman Wanie naik ke cc. Selepas setengah jam, ktorang turun dan masuk Zon Ria. Sebenarnya tidak tahu nak membeli ape di sana, skadar suka2 untuk menghabiskan masa yang ada. Saya tidak membeli apa pun, cuma Wanie la tersangkut dengan baju yang ada di situ lalu membeli. Dalam tidak tahu nak membeli apa tu, ada jugak yang membelinya .(walaupun dalam keadaan yang tiada duit..hehehe)

..Tengah khusyuk membalas komen fb..hehe

Kemudian kami keluar dari Zon Ria, dan membeli wafer yang dikirim adik sambil teringatkan Danish dan Damia ada di rumah ma. Selepas membeli wafer, saya naik atas pasar membeli sedikit makanan memandangkan tidak menjamah apa2 makanan pun dari pagi lagi. Lepas tu, saya ke Seven Eleven membeli air slurpe yang dikirim suna. Then, kami berjalan pulang ke rumah Wanie. Dalam perjalanan, sempat tel ke ayah suruh datang ambik di rumah Wanie. Sesudah sampai, ayah baru je sampa.. 'Ayah memang menepati masa, sbb tu saya suka'..hehehe

..makanan yang dibeli di kedai tadi..

Sesudah sampai, ingatkan Damia dan Danish ad, rupa2 nya suna bagitahu diorang baru turun jalan2 dengan papa die. Lalu wafer yang sedia ada dimakan la oleh adik2 ku..huhu. Sebaik pukul 1.30, adik2 aku semua yang sekolah balik. 'awal plak balik hari nie'. Sejurus selepas itu, pok teh pun balik bersama Danish dan Damia. Terlepas la diorang nk makan wafer..huhu. Nanti laen kali yer Kak Jie beli..
..perjalanan pulang..

..gelagat Danish dan Damia setelah pulang..


p/s : rindu nak hang out ngn Wanie, Najwa, Asma dan tak lupa juga Elah..Miz u all so much.. Akan datang yer kite keluar seblum cuti sem nie berakhir..Salam Ukwah Fillah..=)


:: annurislam ::

Wednesday, June 2, 2010

Result Oh Result

Assalamualaikum wbt.. Setinggi kesyukuran di rafa'kan ke hadrat Allah di atas kurniannya yang tanpa sempadan. Nikmat yang terbesar dalam kehidupan ialah nikmat Iman dan Islam.. Sebulan lebih sudah berlalu menandakan sebulan lebih jugak la saya berada di rumah. Subhanallah, cepatnya masa berlalu, rasenya baru sahaja mula bercuti. Selama sebulan ini tiada apa yang saya lakukan.. Yaallah, nape la saya begitu malas sekali. Hanya makan, dan tido sahaja. Ruginya rasa, tidak mengisi masa2 yang lalu dengan perkara yang bleh mendatangkan faedah..Ingatlah, masa itu emas, hargailah masa sebaiknya..


Buat pengetahuan semua, 2 miggu lepas keputusan final exam semester 2 dah keluar. 2 hari sebelum result kuar, saen2 ad ckap kt facebook y result nk kuar dlam masa tdekat nie..huh, bdebar, seram sejuk dah tubuh.. Tkut sangat sbb takut xdapat apa yang diimpikan kerana banyak sangat masalah sebelum semasa dan selepas exam. Lpas 2 hari, kawan ad mesej bagitahu result dah kuar, bleh la check. Masa tu dah lewat dalm pukul 6.40 petang. Terus buka laptop nk check.huh, memang berdebar sangat2, tkut mimpi tak menjadi realiti.. Lepas bukak, msukkan username dan password, then log in n tuptup bukak....huh alhamdulillah.. Syukur sangat2. Target dah lepas cuma impian nk dapat anugerah Dekan blum lg tercapai. Insyaallah dengan sedikit lg usaha, tawakal dan doa mungkin tercapai kot..hehe(perasan)
Pencapaian untuk sem nie kira berpuas hati la dari semester pertama, kira banyak jugak la meningkat. Walaupun banyak sangat2 dugaan, cabaran dan rintangan untuk semester ini, alhamdulillah dapat jugak ditempuhi. Tapi ad jgak la sedikit terkilan dengan subjek agroeko sbb last exam, sangat2 stress dengan masalah yang bertimpa-timpa. Yaallah, Tuhan saja yang tahu begitu tertekan nya saya pada hari itu sehingga xdapat membaca dari malam peperiksaan lg sampa la ke dalam dewan peperiksaan. Saya xtahu apa yang saya jawab, nasib baik la semua objektif, main tembak je la. Klu structure n esei, c0mferm kertas saya la lecture snang nk tanda sbb byak sangat yang kosong..huhuhu. Walau ap pun, saya percaya dan yakin pada rezeki saya, Allah dah memberi yang terbaik utk saya. Benar la kata alim ulama', ujian itu menguji keimanan.

Di kesempatan ini juga, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga buat teman study group saya Hanim, Sarah, Mardhiah dan Farah kerana banyak berkongsi ilmu dan tunjuk ajar.. Jasa kalian saya kenang sampa bila2..Moga Allah sahaja yang membalas budi baik kalian semua n semoga kalian semua dirahmati dan diredhai oleh Nya..Aminn Tahniah buat mereka semua sebab dapat anugerah Dekan..Caya lah korang, memang The Best la..=)


Jazakumullah...

p/s : Jangan cepat mengeluh andai diri diuji.. Mungkin yang terbaik menanti kita di sana kerana Dia mengatur hidup kita dengan aturan yang indah sekali.. Good Luck untuk sem akan datang..=)



:: annurislam ::